Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

11 November 2009

SAHABAT


Saya rasa seperti ada sesuatu urusan yang belum diselesaikan,
tapi saya tak dapat nak kesan apakah ia.... Huu
Apa pun yang terjadi, saya tetap perlu study untuk final exam.

Tetiba masa ni pula tetiba ilham datang menjelma.
Maka terhasillah satu lirik untuk sahabat. Chewah...
Masa saya buat lirik ini, saya terbayang asma, mimi, dan haiza....
Jadinya saya tujukan lirik ini khas untuk mereka... Tulus dan ikhlas dari hati. hehehehe...
Harapnya asma, mimi, dan haiza boleh sediakan muziknya pula...

Gud Luck... !!! Ganbate...!!!






SAHABAT




Tak mudah untuk aku
Hadapi dunia
Tanpa dirimu
Yang kupanggil sahabat

Walau cara kita berbeza
Kita tetap bersama
Menghadapi dunia
Mengharungi cabarannya

Oh sahabatku,
Kau teman sehati
Kau teman sejati
Bersamalah kita
hadapi dunia

Kau adalah lilin duniaku
Menerangi jalan hidupku
Kau adalah penghibur hatiku
Memberi seribu kegembiraan

Oh sahabatku,
Genggamlah tanganku
Bersamalah kita
Hadapi dunia


SFH (111109/0020)









oUr FriEndsHip is 4-EveR aNd neVer eNd....








10 November 2009

AKU INSAN BIASA


Antara banyak-banyak hasil nukilan saya, inilah yang paling saya suka. 
Silalah bagi pandangan atau komen untuk saya memperbaikinya. hehehehe... 





AKU INSAN BIASA


Hidup ini tidak seindah mimpi
Bahagia yang kuminta
Kelukaan yang kuterima
Namun kutetap tempuhi

Aku hanyalah insan biasa
Takkan pernah terlepas dari dosa
Aku hanyalah insan biasa
Yang inginkan hidup sempurna

Hidup ini penuh pancaroba
Bisikan godaan
Menjadikan diriku alpa
Menghanyutkan jiwa yang terleka

Aku hanyalah insan biasa
Sering melakukan kesilapan
Aku hanyalah insan biasa
Yang ingin perbaiki diri

Tak mampu kuterokai hidup ini sendiri
Tanpa rahmat dan kasihMu
Yang Maha Kuasa





SFH (170809/0102)





 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_