Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

22 March 2010

HuJaN


Hujan, rahmat Ilahi. Memang seronok bila hujan turun, terasa sejuk je. Rasa bersyukur bila hujan turun, sebab dah lama  merasai kepanasan yang teramat sangat. Saya takut pandu kereta ketika hujan. Tekan minyak cam tak gerak saja kereta, kaki jadi ketar. Nak bergerak pun teragak-agak. Bahaya betollah.

Saya paling risau pandu kereta time hujan. Pandangan saya jadi kabur. Saya tak dapat nak melihat dengan jelas dan tidak dapat memastikan pergerakan kereta di sekeliling. Cuwak sangat rasa pandu kereta masa hujan. Lagi-lagi ketika seorang diri.

5 p.m tadi ada kelas financial. Masa tu hujan lebat sangat. Tapi saya terpaksa gak pergi kelas even takut nak pandu kereta. Dahlah seorang saja. huh, tawakkal sajalah. Alhamdullilah berjaya dan sampai dengan selamat.
  
Rasa kelakar pula bila terfikir balik keadaan saya gelabah tadi... (*_*)

No comments :

Post a Comment

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_