Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

31 October 2010

Peristiwa di Majlis Perkahwinan



Kenduri kawen semakin bersepah sepah sekarang ini .Merata rata . Baru sedar sejak usia meningkat . Sebelum ini tak pernah nak ambil port pun .

Setiap tahun pasti ada sahaja trend baru yang wujud dalam majlis perkahwinan . Majlis perkahwinan zaman dulu lebih banyak diadakan di rumah . Sekarang orang lebih gemar adakan di dewan or hotel . Lebih senang katanya.


Berapa banyak majlis perkahwinan yang meninggalkan kesan mendalam pada kita . Memang takkan lupa sampai bila bila . Pasti ada . Saya ? hehehe ... ada lah jugak !


Masa zaman muda muda dulu saya suka sangat majlis perkahwinan . Lagi lagi majlis perkahwinan sedara mara sendiri . Boleh makan banyak banyak . teeheee...

Sekarang suka jugak . Tapi mood suka akan pergi terbang jauh bila ada suara yang tanya , hanim bila nak kawen . Opsss... No komen ... Dah macam artis jawab soalan wartawan . Wartawan jugak tu . Wartawan tanpa gaji ....

Masih ingat lagi wedding makcik bongsu saya pada tahun 1998 . Masih darjah 6 . Pertama kali menyibukkan diri . Tak sedar yang diri tu masih kanak kanak . Sibuklah bantu sepupu sepupu buat bunga telur . Banyak pulak tu nak kene siapkan . Sampai tertidur tidur sebelah bunga telur . Hish Hish .

Nenek saya ada pantang larang untuk pengapit pengantin . Tak boleh bagi budak budak muda belasan tahun jadi pengapit . Nanti cepat kawen . Dari mana datangnya pantang tu pun tak tau . Saya pernah jadi pengapit masa berumur 16 tahun untuk my cousin . But I'm still single until now . Lupakan sahaja pantang tu .

Hati terasa geli bagai di usik usik dengan bulu ayam bila teringat peristiwa jadi pengapit . Pengapit bidang terjun yang tak reti terjun .

Pagi kejadian , saya and saudara mara yang lain berkumpul di rumah cousin . Semua duduk bersantai di halaman rumah sementara tunggu yang lain tiba . Tapi saya and mama terlebih prihatin terus masuk ke rumah . Tanya samada ada apa apa yang boleh kami bantu . Tetiba.... cousin bersuara .... ' Tak ada pengapit lagi ni'
Me and mama tergamam . Makcik terus pandang saya . 'Hanim lah jadi pengapit' . Oh tidaaaakkkkk ! Rasa nak menjerit sahaja masa itu . Setuju dalam paksa . Cheh , konon ....
Perjalanan ambil masa yang agak lama . Saya beruntung , sebab dapat duduk dalam kereta mewah bersama pengantin and tak perlu bersesak sesak dengan yang lain . hohoho....
Ok , semua perlu mengemaskan diri di masjid sebelum majlis bermula . Saya dipaksa untuk bermekap .

After that , adik mak tanya . 'Mana satu kasut Kak hanim ?' . Alahai , malunya nak tunjuk ...  Sandal sahaja . Sandal ala ala tomboy gitu . Baju sahaja ayu . Kasut tidaklah se ayu baju . Rasa nak tekup muka kat lantai .
Tak bawa high heel untuk dipakai . Saya bersaiz 5 terpaksa pakai kasut mama yang bersaiz 7 . Sumbat tisu di hadapan untuk menjadikan kasut nampak serasi . Jalan dah macam pakai uncle McD pakai kasut besarnya .





Sesiapa yang nak khidmat saya untuk jadi pengapit dia , tolonglah bagi tahu awal awal . Tak mau peristiwa seperti itu lagi .... =.=

Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza yang mengancam

Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza .... I'm coming .... Terasa seperti suaranya memanggil manggil bila perut mula berlagu dondang sayang . Sudah terbayang cheese yang mengancam . Tak sabar ni . Mana pulak Pizza Hut di Bukit Raja Shopping Centre . Beginilah rupanya bila 6 tahun meninggalkan Selangor . Lebih banyak berjalan jalan di Batu Pahat . 


Hati terus melonjak bila nampak nama tulis Pizza Hut . Jalan punya jalan sampai ke hujung tak nampak pintu masuk ke Pizza Hut . Terus keluar mencari pintu Pizza Hut . Sekali masuk tengok rupanya nak ke Pizza Hut kena lalu KFC . Cheh !


Cepat cepat cari port nak melahap . Dah terluir tengok orang makan Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza . Port baik punya . Sudut tepi . Boleh nampak pemandangan luar . Sambil menayang nayang pada orang di luar . Cheh , tak  se no oh .


Lihat itu . Tak sabar nak order . Cepat tekan call. Sekali tekan tak datang . Haih , cepatlah datang take order. Pizza tu datang memanggil namaku . teheee...
Tekan lagi . Cheh , baru nak datang . Senyum tahan air liur .

A few minute later , Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza datang . Tetiba .....

 *gabungan 6 cheeses sangat mengancam*

 hilang satu keping .  Mana hilang ? Rupanya ....

 dia di sini .... Cheh !

Saya tak mau lepaskan peluang menikmati pizza yang mengancam .
 Yummy Pizza .
Macam macam cheese ada .



 Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza sangat sedap , terasa nak lagi .




Gabungan 6 cheeses yang menjadikan Pizza ni luar biasa :


Parmesan cheese is a hard dry white Italian cheese that stores well. 
It has a particularly buttery, salty taste .

+

Mozzarella cheese is a sliceable curd cheese originating in Italy .
Mozzarella cheese is made from water buffalo milk .

+

Romano cheese is a type of cheese that is known for being very hard, salty and sharp. 
It is usually grated.
It is different from normal cheeses because it requires more milk per pound, 
most water being lost in the creation process .

+
Cheddar cheeses were originally made in England . 
Cheddar cheese is a relatively hard, pale yellow to off-white, and sometimes sharp-tasting cheese
It is shaped like a drum, 15 inches in diameter, with natural rind bound in cloth. 

+

Provolone is an Italian cheese that originated in Southern Italy, 
where it is still produced in various shapes as in 10 to 15 cm long pear, sausage, or cone shapes.
It is traditional, creamery, stretched, curd cheese .

+

Monterey Jack is an American semi-hard cheese made using cow's milk.
Monterey Jack cheese has a high moisture content, melts easily, and has a bland, buttery flavor.







Rugi tak dapat menikmati Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza yang mengancam ni . Sesiapa yang tak rasai kesedapannyaa silalah pergi ke Pizza Hut berdekatan .





I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!

 

29 October 2010

Bakat dan Raja Lawak

Biarpun saya tak setinggi Hanis Zalikha , mata tak sebulat Heliza Helmi , suara tak sesedap Siti Nurhaliza , bakat lakonan tak setanding Lisa Surihani , berbicara tak sepetah Aida Gadis Melayu  dan tak selawak Ahmad Nabil , tapi saya bersyukur dengan apa adanya saya .
*habis keluar semua nama*



Sedar atau tak masing masing ada bakat terpendam . Dahi mula berkerut dan berfikir bila disebut pasal bakat terpendam . Pasti ada . Cuba cari . Bakat terpendam saya ...........




1. Menyanyi
Pernahlah masuk pertandingan nasyid masa zaman sekolah rendah . Itu pun jadi backup singer  . Sadisnya . Pernah jugak masuk kumpulan koir masa tu . Banyaklah dapat jemputan menyanyi di majlis majlis ...... dalam sekolah  =.=



2. Berlakon
Pertama kali lakon masa zaman muda muda kat universiti dulu . Cheh , cam dah tua sangat saja sekarang . berlakon  ala  ala teater gitu, teater mini ... HA HA HA HA HA
Watak yang dipegang masa tu watak jururawat . Jururawat hospital gila . Tengking saja kerjanya . Itu pun entah berkali latih nak bagi nampak real kat pentas . Hish Hish



3. Menari
Berdikir barat pun tangan keras . Masa berlatih dikir barat kat sekolah dulu asyik kene tegur  saja dengan member . Bak kata cikgu saya , saya tangan tak bedung . Haih , memang pun saya tak dibedung masa baby dulu . Saya cepat rimas *informasi dari mama* .


4. Peragaan
Tinggi hanya 5' 2" . Layak jadi model ke . Berangan saja . Gelak tetiba . Teringat masa sekolah adakan pertandingan Busana Muslimah . Kelakar . Masa tu saya turut serta atas galakkan member . Jalan penuh kenyakinan bila dipanggil nama . Semua terpesona , cam profesional . Cheh , perasan lagi . Tapi bila jawab soalan hampeh . Banyak betol ar ar ar ar .... *komen dari kawan : jalan dah ok cam model , tapi jawab soalan terus zero*



5. Reka Fesyen
Senyum dulu . Sejak kecik lagi dah suka bergaya , pakai kasut tumit and baju kebaya . Tak boleh bayang masa tu pergi raya pakai kasut tumit naik basikal .
Naluri bergaya tu memang tak boleh nak dibuang . Minat reka fesyen pun tak boleh nak dilupuskan . HE HE HE HE , reka fesyen untuk diri dan keluarga saja . Masih tiada kelayakan lagi . Coming soon saya nak ambil sijil rekaan . Keretapi tersasar jauh keluar dari landasan . Engineer nak jadi Designer ? Syyyhhh ... Tolong jangan gelak ...



6. Penulis
Bila saya start mengeluarkan ayat ayat puitis puitas , mereka kata saya minah jiwang . Tak apa lah . Saya terima . Muka kecewa .
Tapi saya tak boleh lari dari hakikat itu . Saya suka bidang seni . Mencuba nasib hantar karya ke Heliza Helmi Production . Sampai sekarang masih senyap . Karya saya masih tak cukup bagus . Perlu usaha lagi . Tak putus asa nak asah bakat . GANBATE ! 









Pesanan Penaja :
sesiapa yang rasa dirinya ada bakat melawak boleh hadirkan diri ke sesi ujibakat Raja Lawak di Thе Mall Kuala Lumpur pada 6 & 7 November  2010 . Jangan sia-siakan bakat anda . 






Sekali lagi ?

Ke tepi tepi ... Sila keluar dari ruangan ini . Proses pengubahsuaian sedang dilakukan . Semua orang lari dan tak mau datang lagi . Padan muka sambil menyalahkan diri sendiri bila belog senyap tanpa pengunjung .

Saya takkan sanggup nak halau mereka yang rajin baca belog saya semata-mata kerana proses pengubahsuaian dilakukan .

Berubah lagi .... Tak kesah la kamu semua nak kutuk saya or nak kata saya tak tetap pendirian , asalkan .... jangan serik datang sini lagi .... *plez plez*

Saya tak suka orang tipu saya . Saya tak nak dengar awak berjanji . Saya nak awak tunaikan . Hish , ada pulak yang bising sebab saya dah banyak kali janji tak mau tukar tukar layout belog lagi . Ok Ok . Saya dah tak mau janji apa apa lagi . *silent*

 

 

28 October 2010

Jalur lebar berguna untuk graduate students



Tarikh graduasi : 11.10.2010
Now : 28.10.2010

Sudah 2 weeks saya menjadi penganggur terhormat di sini . Sudah banyak job yang saya apply lepas graduasi hari tu . But , nothing happen . Senyap sahaja . Tiada apa-apa berita dari pihak syarikat . Last week saya post 3 'surat cinta' pada syarikat terpilih *tapi tak bermakna saya terlalu memilih* . Masa inilah memerlukan kesabaran yang tinggi dalam penantian penuh penyeksaan .

Semenjak jadi penganggur terhormat ni , saya lebih banyak masa untuk di luangkan di hadapan komputer ni  , updated blog , cari-cari kerja , aktifkan social network . Cam nak balas dendam pulak . Masa jadi student dulu , tiada ruang dan kesempatan untuk lakukan semua itu . Sekarang terlalu banyak kesempatan sehingga kebosanan melanda . Arrggghhh ! ~ sabaq...

Jalur lebar amat berguna di saat ini . Almost employer iklankan kekosongan kerja kat jalur lebar . Ya , its reality . Saya ada gak check kerja kosong kat paper tapi hampeh . tak dok . Ada pun bukan bidang saya . Terasa rugilah belajar 6 tahun if I apply kerja di luar bidang . Haiya , susah sangat ke nak cari kerja di bidang civil engineering ni . Kawan-kawan saya dah ramai yang menikmati gaji mereka . Jeles sesangat !



Ada dua web yang saya suka guna untuk apply kerja kat private company sekarang ni :
1. http://myjobstreet.jobstreet.com
2. http://www.jenjobs.com/
 Seronok bila tengok application reviewed . tapi bilalah mereka nak panggil saya pergi interview . 
Sudah tak sabar . Skill hampir sahaja mau berkarat .




 


Be Part of ChurpChurp Today !



Hi bloggers ! 
Did you know about churpchurp ?


Its just like nuffnag  and facebook or twitter . Churpchurp can give us extra pocket money and we can met more new friend . You can use the money for financing your study , like Hanis Zalikha use pocket money from nuffnag .

Churpchurp is interesting ... * Tak tipu punya ... *

Churpchurp do many activities for their churpers , and the most important is you can earn extra money. 

* Haih , kalau cakap pasal duit . senyum sampai telinga . I can see you ya... Hahaha ... Part yang ni memang tipu . teheee... *



Easy step to join churpchurp :

1. go to http://www.churpchurp.com/
2.  Click start here at I want to be churper

3. Fill the form carefully and submit la.  
*salah isi duit pergi tempat lain . jangan nak nanges pulak masa tu .*
4. Make sure your authorization status . This important ya . Advertisement will auto publish at your facebook and twitter .

5. Setting your dashboard
- specific assignment options
- Customize disclaimer for scheduled tweets
- Adjust scheduled tweet rate
6.Do assignment from churpchurp and getting money



" Being part of ChurpChurp is like being part of a family. Not only do we share our love around, but we also do mini activities like going to the movies and having outdoor outings together.  Like ‘Fly Kite Day!‘ recently *grins* "



So .... 
Lets follow me join ChurpChurp .


Make our blog more valuable and 
get reward from our social network





Share what kind of activities you’d like to see ChurpChurp to organize if you have not joined any previous one
I want to suggest churpchurp to 
- organize carnival for university students like 'Happy Day with Churpchurp!' . Almost blogger is there . Churpchurp can organize games like football , futsal , and netball for us . So we can enjoy together ! 
- do environmental activity around . Enjoy and care our environment . 2 in 1 .




Al-Quran tenangkan jiwa



Marah , resah , gelisah .... Apa yang dilakukan serba tak kena . Serabut sangat rasa . Mesti pernah alami situasi begini kan ? Saya pun pernah , tapi segala-galanya kembali tenang lepas saya membaca Al-Quran .


Sabda Rasulallah :
" Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ketenangan jiwa itu turun kerana bacaan Al-Quran "

27 October 2010

Hargai bila ada


Bila rindu ingat saat indah .........

Tolong sambungkan , saya tak ingat la lirik seterusnya . Ini kalau masuk jangan lupa lirik memang failed peringkat saringan lagi . Hish hish .

Saya rindu ,
rindukan  'black' my laptop ,
rindukan bulat my cutie cat ,
rindukan F4 my lovely friend .

Dah lama saya tak dapat guna khidmat 'black' . Ini semua salah saya . Tak jaga dia baik-baik . Selalu sahaja ambil ringan . Sekarang baru saya tahu , laptop ni memang sensitif . macam hati seorang perempuan .
Masa 'black' sihat , saya selalu guna dia tanpa henti . Asyik fikir nak siapkan assignment and project sahaja , tanpa memikirkan keadaan 'black' . So selfish . Saya juga tak memberikan dia perlindungan sebaiknya . Saya pernah bawa dia naik motor . Time itu saya masih tak ada kereta . Motor pun pinjam kawan .'black' melambung and terhentak masa motor yang dibawa melalui bonggol .  Sian 'black' . Sori .

Saya rindu nak peluk bulat . Melihat telatah dia bermain dengan badan dia yang agak comel tu . Saya sangat rindukan dia . tapi apa saya boleh buat , dia dah tiada lagi . Dia mati kene langgar kereta . Rantai lehernya pun kene curi . Sob3x . Saya harap saya akan dapat penggantinya .
* t-j mengandung , harap-harap anak-anaknya nanti comei *


si bulat yang comei


F4 my lovely friend is Haiza , Shamimi , and Asma . F4 tu untuk empat sekawan . Saya rindu nak bersuka-ria bersama mereka .Saya rindu nak menyumbangkan suara yang sumbang bersama mereka , saya rindu nak pergi jalan-jalan cari makan bersama mereka , saya rindu nak pergi tonton filem best bersama mereka , saya rindu nak merempit (konvoi motor) bersama mereka ....... yang penting saya memang sangat rindu saat-saat manis bersama mereka ....... saat-saat perjuangan kita bersama di UTHM . bila kita bleh berjumpa lagi ? Semua jauh-jauh . Kelantan , Kedah , Terengganu , dan saya di Selangor .

 We F4
( Shamimi , Haiza , Hanim )
Ops , tertinggal lagi sorang .
Asma jadi jurukamera masa tu .
Asma ada di bawa
*
*
*
*
Asma pakai tudung hitam
Tudung ungu Shamimi , tudung krim yang kecik tu Haiza , and saya tudung pink .
yang tak pakai tudung tu kawan sekelas , Farah .
We happy together






26 October 2010

Final Gadis Melayu pada 29 Oktober 2010

Hari ini tetiba pulak saya berbesar hati mahu cerita pasal Gadis Melayu disebabkan malam kemuncaknya jatuh pada tarikh .... Isk, malu lah saya nak cakap . Hehehe... Tarikh hari lahir saya . Jangan jeles ya gadis-gadis di luar sana ( '_____' ) *senyum sampai ke telinga* .
Saya suka sangat tengok Gadis Melayu sejak siri pertama lagi . Masa first time tv9 war-warkan audition pencarian Gadis Melayu pada 2 tahun lepas , saya terus simpan angan-angan mahu pergi audition tu . Angan-angan Mat Jenin la katakan .
Di sepanjang perhatian saya untuk ketiga-tiga siri Gadis  Melayu ini , saya lebih suka melihat siri yang pertama . Memang terselah kemelayuan dan kesopanan seorang gadis Melayu . Saya harap Gadis Melayu 4 nanti , tv9 akan cuba serlahkan semula ciri-ciri itu . Harap sangat ni .

Enough ! Sekarang saya nak perkenalkan wajah-wajah Gadis Melayu 3 .


1. Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor
2. Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang
3. Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah
4. Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor
5. Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selango
6. Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang
7. Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor
8. Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, dari Selangor
9. Siti Amira Mustakhim (Amira), 25, dari Kedah


Sesiapa yang terlepas menyaksikan episod Gadis Melayu 3 yang sebelum ini , boleh saksikan ulang tayangnya di sini.


Jangan lupa saksikan MALAM KEMUNCAK GADIS MELAYU 3 secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 29 Oktober 2010 , 8.30 malam di TV9!

Di sebalik mimpi

Perkara yang saya tak suka ketika saya tidur , ialah bermimpi . Tidur tak puas rasanya , letih ...
Lebih-lebih lagi if malam tu mimpi kene kejar hantu or penjahat , tak pun berkejar-kejaran dengan pakwe .
Ops , yang last tu bukan saya .

Orang tua-tua kata mimpi itu mainan tidur . Aik, orang tua sahaja ke yang cakap camtu ? Hish , ada juga lah yang muda tu .

Bagi saya mimpi itu ibarat suatu petunjuk untuk kita . Tapi tengok juga lah bila masa kita mimpi . Kalau mimpi ehem ehem tu lain cerita ya . Usually mimpi suatu petanda ni , mimpi before waktu subuh . Ini saya cerita berdasarkan pengalaman saya . 

Teringat lagi masa saya berumur 12 tahun . Mimpi tu lepas saya menduduki UPSR 1998 . Saya mimpi saya dan kawan-kawan tunggu cikgu di hadapan pintu pagar sekolah . Bila sahaja nampak kereta cikgu masuk , kami terus kejar . Saya dibelakang sekali . Cikgu buka pintu kereta dan terus ucap tahniah pada mereka yang dapat 5A . Ramai yang gembira . Berdebar-debar saya menanti cikgu cakap sesuatu pada saya . Tapi cikgu senyap sahaja , sampailah di hadapan tangga sekolah . Cikgu menoleh mencari saya . Cikgu cakap saya tak dapat 5A . Saya terus tersentak , dan ..... terjaga dari tidur . After one week (masa keputusan UPSR keluar), situasi yang sama berlaku . Cuma ada satu yang berbeza , result UPSR saya . I'm get full A . Happy tersangat-sangat masa tu . Lepas dapat result tu baru saya cerita pada mama . Selama ini saya hanya anggap mimpi tak memberi erti apa-apa pada hidup kita . Tapi lepas peristiwa tu , saya sentiasa berwaspada bila saya mimpi sesuatu yang ganjil . Berhati-hati bila tidur . Tetiba . Apa-apa pun , sebelum tidur mestilah cuci muka , gosok gigi , berwudhu' , baca doa dan mengucap dua kalimah syahadah . Pesanan dari Gadis Hanim ..

New look

Finally ,,,, *tarik nafas lega* saya berjaya lakukannya .Didn't you all see something new here ? Comei tak ? Plez say yes .... hehehe ... ( ' _______ ' )
Saya amik masa sehari tuk cari tema yang sesuai . *saja wat gempak,padahal juz a few hours* 
I hope this da last time . Penat la tukar-tukar . Berapa kali saya tukar-tukar pun dah tak ingat .
Saya tukar ni sebab saya nak buat sesuatu yang simple and tak menyemakkan minda .
Dah lewat ni . Semua orang dah tidur . My brother yang selalu tidur lambat pun dah tidur . Tapi saya masih merepek di blog ini . Ok , stop talking about my blog new look .

Hari ini hidung saya terasa sakit lagi , even tak seteruk before this . Kesakitan tu disebabkan resdung . Ada sumber mengatakan sakit resdung dapat diubati dengan mengeluarkan ulat resdung tu . Ulat resdung macam mana rupa pun saya tak pasti . Tak pernah nampak secara jelas .
Saya pernah cuba kaedah asapkan muka tu . My auntie yang suggest . Dia kata rawatan tu bagus . Set rawatan tu ada pencuci muka , masker resdung , and herba resdung sekali . But , the result is not like I think . Its becomes worse .Banyak plak pimples yang timbul . Rasa cam ulat resdung tu istiharkan perang plak . dan yang paling saya tak suka , muka makin gelap . After that , I stop gunakan rawatan tu and try to find another product . Ada yang syorkan T** A***** . Tapi gerak hati saya cenderung suruh saya guna NDZ . NDZ ke DNZ . I'm not sure . Cenggini la rupanya bila nak meningkat usia, lupa . Sori ya ...

Kesan permulaan guna produk tu amat menakjubkan . Kulit saya makin cerah and pimples yang kecik-kecik kat dahi pun hilang . Tempoh masa two weeks only . Tapi tu hanya hilang pimples kat dahi . Masalah pimples yang tumbuh kat pipi saya akibat resdung ni masih ada . Lepas sebulan baru berkurang . Lambat sikit la untuk jerawat degil camtu .
Rasa aman je bila masalah pimples tu dah berkurang . Tapi masih de satu hal lagi , masalah resdung . Asyik bersin-bersin and gatal-gatal hidung je . Seksa rasanya . Solutionnya , saya cuba pakai foot detox . Foot detox tu tuk singkirkan toksik keluar dari badan . After three times saya guna , saya dapat satu kesimpulan .
Masalah resdung yang menular pada diri seseorang disebabkan oleh toksik dalam badan .
Sekarang masalah resdung tiada lagi ... Yipeee ! *dah macam iklan tv pulak*



 
Sebelah kiri tu picture foot detox sebelum diguna and hasilnya pada picture di sebelah kanan . 
Memang agak menggelikan . Penuh toksik . Ni hasil the second time guna . Lepas 5 hours toksik diserap terus ke foot detox tu , jerawat yang menggunung terus jadi dataran . Cam magic pulak . ^_^

foot detox di tampal di kaki






 Kat atas yang pakai tudung pink tu gambar saya sebelum jumpa produk yang serasi . 
Tengok muka saya yang gelap and manyak jelawat .
Tak payah zoom pun bleh nampak . Haiyaaa...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



dan kat bawah ni gambar selepas sebulan guna produk baru tu . 

After 2 months ni saya tak de lagi pose gambar sorang-sorang.
Nanti bila saya ada pose gambar baru ,
saya publish kat blog or kat page facebook bicara gadis .





Moral of the story :
1. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru .
2. Percaya pada gerak hati .
3. Semua orang layak rasa nikmat chantek tu . Jangan putus asa berusaha untuk jadi lebih baik .
GANBATE !


23 October 2010

' SURAT CINTA '


Sudah 12 hari berlalu . Saya masih begitu . Menjadi penganggur terhormat di rumah . Even saya ada wat bisnes kecil-kecilan , tapi rasa tak kan sama dengan bekerja sebagai engineer . Impian sejak saya tingkatan 4 . Terasa seronok dapat melihat pelan lukisan sambil memerhatikan kerja-kerja di tapak bina . Pakai topi keselamatan warna putih . Syok abes . Berangan tak sudah . Sometimes rasa jeles gak bila dengar kawan-kawan dah kerja . Mungkin rezeki saya masih belum tiba . Banyak gak saya apply jobs , secara online , email , n pos . Semalam petang pun saya baru pos ' surat cinta ' ke 3 company . Hope ada yang terpikat dengan ' surat cinta ' saya . Hehehe.. Tak sabar rasa nak start keje sebagai engineer ni . Saya tatot lama-lama berkarat n skill saya jadi tumpul . Huhuhu..

21 October 2010

MUNCUL selepas MENYEPI

Hari ini saya mula berbicara setelah sekian lama saya berdiam diri . Bukan berniat untuk tidak mengendahkan kehadiran bloggers di ruangan blog saya . Cuma saya tiada kesempatan untuk blogwalking . Dan kesempitan itu membuatkan idea saya juga tiada ruang untuk berkembang .
Busy sangat ke saya ? Tetiba plak persoalan tu timbul setelah membaca sesuatu dari BISKUT di ruangan Kesan Kaki .

 Bukti Kejadian


Semua tu bukan seperti yang U all sangkakan . Saya bukan busy celebrate or what . =.=
Saya sekarang tengah mencari peluang pekerjaan . Bangun pagi terus buka jobstreet n email . Apply job . After that , pack order n hantar pada customer . K la ... Nak tengok CINTA KIRANA ... C U LATER ... sori ya ... LUV U all !

17 October 2010

Lega rasanya ^_^


Beberapa ari ni aku tak senang duduk . Orang asyik tanya je bila stok aromatherapy cones de lagi . Customers semua dah tak sabar nak barang tu . Mereka semua suka sangat baunya . Tak sabar nak letak kat rumah and kereta . Yea , i know dat . But i'm still waiting ... Waiting my car free ... huhuhu... dah lama aku tak nampak my car kat rumah . Abang aku always guna tuk setelkan kerja banci bahagian pertanian . So, aku tak boleh keluar la . Nak ambil barang pun susah . Nasib baik malam ni ada ehsan dari kawan saya tuk hantar barang tu terus ke rumah . Lega rasanya . Sok pagi boleh terus hantar barang tu kat customers .  Aku dah janji . Aku tak boleh kecewa mereka semua . 










p/s : kepada sesiapa nak mencuba aromatherapy cones tu , boleh order . Just email or sms je saya . Maklumat lanjut di page BC shop .

Genap SEtahun

Hepi besday to you ,
Hepi besday to you , 
Hepi besday to you ......






 Wah , dah setahun rupa BC ( Bicara Gadis ) ni . Sori my love . Saya dah terlambat wish kat kamu . Sepatutnya 8 Oktober hari tu . Saya terlupa . Tapi apa pun saya still sayang awak .... ^_^
Oktober tahun lepas kita bertiga . Saya , awak , n  jejaka H . Oktober tahun ni , hanya kita berdua . But we still hepi together . Tanpa awak , saya akan rasa sunyi . Mungkin sekarang saya masih menangis meratapi pemergian jejaka H kepada perempuan lain . Saya seronok ada awak . Kerna di sini tempat saya berkongsi rasa ,  berkongsi cerita , berkongsi ilmu , dan berkongsi kebaikan . Saya SUKA !
Apa-apa pun saya bersyukur pada ALLAH , kerna memberi saya rasa nikmat bahagia bersama jejaka H . Even hanya seketika . Kewujudan jejaka H dalam hidup saya juga salah satu sebab wujudnya BC .




Thank to all my follower . 
Thank juga pada sesiapa yang rajin singgah blog ni and bagi komen .

15 October 2010

PUJIAN or SINDIRAN ?

Wah , seronoknya bila terdengar pujian tentang diri kita yang keluar dari mulut insan lain . Lagi-lagi pujian tentang kecantikan pada diri kita . Betol tak ? Moga-moga pujian itu takkan menjadikan diri kita alpa dan bongkak .
Tapi benarkah pujian tu satu pujian yang ikhlas atau hanya sekadar sindiran . Hanya DIA sahaja yang mengetahui .
Saya kat sini bukan nak bagi ceramah atau motivasi . Cuma nak cerita pasal perkara yang menimpa diri saya . Beberapa minggu ni saya menerima beberapa komen positif daripada kawan-kawan selepas sebulan 'bertapa' kat rumah . Tapi tak bermaksud saya tak keluar langsung . Saya keluar rumah , tapi just dengan family . Memang sengaja saya buat sedemikian rupa . Saya perlukan masa untuk diri saya . Saya nak buat satu perubahan pada diri saya . Dan misi saya ni dah 80% berjaya .
Pelbagai produk saya cuba tuk atasi masalah yang saya hadapi . Kadangkala masalah ni selalu membuatkan saya rasa rendah diri . Ada sesetengah pihak yang suka membuat perbandingan antara saya dan adik . Saya tau dia sememangnya lagi lawa dari saya . Tu dah kelebihan yang Allah bagi pada dia . Memang tak dapat dinafikan lagi . Kawan-kawan saya pun puji dia . Ayat-ayat yang selalu saya dengar : ' Adik ko lagi putih erk ' . Cis ! ~ sabar jo den donga *harap-harap adik tak baca blog ni . Ngeh3x ... *




Berbeza memang berbeza . Adik lagi putih . Kulit adik tak bermasalah cam saya . Jerawat tumbuh dengan pesatnya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan .

Semua tu kesah dulu . Sekarang kulit saya dah semakin pulih . Makcik pun de cakap kat saya before raya ri tu , saya dah hampir serupa cam adik . Thats mean , kulit saya dah semakin bersih n cerah . Yipee ! 

Before g konvo kat Johor , saya hangout ngan kawan-kawan praktikal JKR . De yang cakap saya semakin cerah n gebu semenjak duk kat rumah ni . Kalau cerah tu memang saya akui , tapi bab gebu tu kene pk berkali-kali . Bekas jerawat masih tak hilang , cuma berkurang . ^_^
Saya ditengah
Ni da latest picture yang saya de . Real , tak pakai mekap or apa-apa bedak pun kat muka .
Hehehe ... tapi mata saya masa ni memang tersangat mengantuk ... Tak dapat tidur lena malam tu . Asyik terjaga je , tak tau apa sebabnya .


Peristiwa masa konvo lagi satu hal . Dua hari sebelum konvo , saya g la UTHM tuk setelkan pasal alumni . Kene amik gambar tu rekod alumni . Masa tu terserempak dengan seorang classmate kat F2 . Masa nampak dia , saya terus salam . Dia tak tegur saya pun terus cakap ngan member sebelah . Ok , fine . Saya senyap je . Lepas setel urusan peminjaman jubah tu , kami semua terus g pejabat care alumni . Dalam perjalanan tu , saya borak-boraklah cam biasa . Time tu baru dia perasan yang dia salam tadi tu saya . Dia kata muka saya dah lain . Baru berapa bulan tak jumpa dah lain , hampir saja dia tak kenal . Aduhai , sadisnya . Saya bukan g buat surgery . Saya cuma guna produk kecantikan n kesihatan je .

11.10.2010 , saat yang ditunggu telah tiba . Saya konvo !
Setelah selesai upacara konvo , saya keluar dari dewan seperti kawan-kawan lain . Masa nak keluar dewan tu , saya ternampak seorang classmate time diploma . Dia dah jadi staff UTHM . Saya salam dia . Pastu baru saya tegur dia . Terkejut dia . Dia tak perasan pun yang salam tu saya . Dia kata dia tak dapat cam tu saya . Dia kata saya lain sangat . Ni lagi sorang . Haiyaa...

Sempat saya berbual dengan dia kat ' alam maya ' lepas peristiwa tu .

Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya , mereka semua ni puji saya betol-betol ke ape . Apa-apa pun , thanks pada semua yang cakap saya lawa . Hikhikhik ... Malu saya ...


Sebelum :
Ni gambar saya masa zaman ' kegelapan ' dolu 


Selepas :
Gambar di hari  'kejadian '

13 October 2010

KONVO 11102010

Dah 6 hari saya tak updated blog . Hari ni baru kesempatan . Lega rasa dah selesai konvo . Kalau tidak asyik berdebar-debar aje , dah macam nak naik pelamin plak . hehehe... 
Sebelum ni saya rasa macam tak nak g konvo , tak de mood . tapi bila dah tiba masanya , saya rasa seronok sangat . Tak rugi saya daftar tuk join konvo ni . Walaupun ni bukan kali pertama saya konvo , tapi rasa kali ini berbeza dengan masa diploma . Pakaian konvo masa diploma simple je . Hanya jubah konvo yang tak bersulam . Bila grade tuk ijazah , kami semua kene pakai hut n topi konvo . Memang syok abes time tu . Tapi perasaan tu bercampur aduk dengan rasa sebak . Pertama kali saya rasa sesedih ini bila terpaksa tinggal UTHM . 
6 tahun saya bermaustatin di Batu Pahat ni . Dari KUiTTHO yang kecik sampai UTHM yang besar , dari tak wujud BP Mall sampai BP Mall jadi tumpuan . Sedih-sedih .... Lepas ni tak tau la bila lagi akan jejakkan kaki ke sana lagi . Hukhukhuk .... T_T

Apa pun saya sempat hangout ngan kengkawan before hari konvo tu . Kami g wat latihan vokal kat BP Mall , g tengok wayang . Lepas tu g check lokasi hotel kat Batu Pahat tuk family . Kul 3 pagi baru kami balik . Saya dah ngantok gilos masa on da way balik ke Parit Raja time tu . Tetiba our driver yang terulung , Mizz Mimie suruh saya ganti dia plak . Berdebar gak la masa tu . Dah lama tak bawa kereta manual ni semenjak de kereta auto sendiri. Melompat-lompat kereta kat pintu pagar UTHM tu . Dah macam kuda la plak . Member-member yang dah tido kat belakang terus terbeliak bijik mata . Aiseh , dahsyat betol . First time dapat lesen dulu pun tak cam tu . >>> Malu


WE
Dari kiri : me , Mizz Mimie , Mizz G-hah


                                                         Masing-masing keluarkan duit gaji . 
Kiri : Engineer di Kelantan  & Kanan : Engineer di Penang
Saya bila lagi ?
( rezeki masih tak kunjung tiba )



Tak dapat menyanyi kat pentas AF , K-box pun jadik la


11 Oktober 2010 tarikh bersejarah buat semua Graduan Kejuruteraan Awam kemasukkan 07/08 . Hepi tak terkata . 3 tahun bertungkus lumus , akhirnya saya berjaya memegang Ijazah .

Terima kasih pada Ibu Bapa , keluarga , semua Pensyarah , rakan-rakan seperjuangan , dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya melaksanakan pengajian saya .
















I will misz U all my frenz !










p/s : Gambar-gambar time konvo yang lain saya upload kat FB Bicara Gadis


 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_