Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

23 December 2010

Lagenda Budak Nakal (PPS)



Memang terlalu pahit untuk diceritakan. Lebih pahit dari makan peria. Mata mesti terasa pedih bila kisah pahit ni mengimbau kembali. Kekonon taip kisah ni sambil potong bawang.



Kisah ini bermula di sebuah IPTA. Perkenalan pertama kami di sebuah makmal Kimia pada semester pertama diploma. Pensyarah yang satukan kami dalam satu kumpulan. Saya terpaksa berkongsi meja dengan dia. Pada waktu itu kami sering bertengkar. Selalu sahaja ditegur oleh pembantu makmal sebab saya suka melarikan diri ke meja orang lain. Partner meja sebelah selalu jadi mangsa pertukaran tempat. Dulu saya tak suka jumpa dia. Dia nakal sangat. Selalu usik saya. Kecoh cerita pasal saya kat semua budak laki kelas dia. Kelas dia memang semua laki, satu je pun girl. Pernah satu hari budak budak kelas dia datang kat meja kami semata mata nak kenal saya.  Malunya saya. Pipi mau jadi merah cam pakai blusher kalau saya ni putih. Disebabkan mulut dia yang sangat kecoh tu, saya selalu melarikan diri bila ternampak dia. Dan saya juga pernah terjatuh semata mata nak elakkan diri dari dia. Tragik sungguh.


Kenakalannya bukan setakat itu aje. Dia pernah buat satu helah sampai tapak tangannya menyentuh pipi saya. Mau tak mengamuk saya masa tu. Sesuka ati nak pegang pipi saya gebu ni. Auw, gebu la sangat. Dia memusing satu makmal nak minta maaf sampai saya rasa rimas diekori seperti itu. Muka dia nampak panik masa itu. Patut tengok....


Dia memang tak putus asa nak cuba berkawan dengan saya. Macam macam cara dilakukan.

Lama kelamaan kami  jadi rapat. Selalu koling koling, mesej mesej, balik kampung sesama. Kami sering kongsi cerita and selalu dikaitkan bersama. TTM la katakan. Apa tu TTM? Teman Tapi Mesra. Kami sekadar teman biasa yang rapat and mesra. Ops, mesra yang tak melanggar batas agama tau.

Akhirnya berita keakraban kami sampai ke pengetahuan keluarga dia. Keakraban kami terbongkar masa dia sedang sakit. Disebabkan sakit dia tu dia terpaksa cuti belajar setahun. Saat itu memang tak dapat dilupakan. Parents dia datang jumpa saya untuk tau hubungan kami. Alhamdulillah mereka boleh terima and sayang saya. Ada suatu masa tu dia Tetiba terpaksa dibawa ke hospital selepas bertengkar dengan saya di telefon, rasa jantung ni dah macam jatuh ke bumi. Saya juga hilang fokus belajar masa dia sakit tu. Risau memanjang. Memang dah jelas nyata dan terang saya sayang dia waktu itu. Perasaan yang dulu menyampah kini dah berubah jadi sayang. Benar kata orang, jangan terlalu benci kerana ia akan berubah jadi sayang.

Hubungan kami berubah tahun demi tahun. Dari kawan ke TTM dan tahun lepas hubungan kami lebih serius. Kami dah plan nak nikah pada tahun 2012.

Nombor pada keretapi tanah melayu tempat kami bergambar.
Pada waktu itu juga kami declare untuk jadikan hubungan kami lebih serius.


Akhirnya saya dah mula nampak cahaya kebahagiaan menyuluh jalan hidup kami setelah 6 tahun. Mak dan ayah dia pun suka tengok kami bersama. Bahagia rasanya. Perasaan masa itu memang tak dapat saya nak gambarkan.


Tapi rasa bahagia itu hanya seketika. Jalan yang baru sahaja nak terang jadi gelap tetiba. Segala-galanya musnah dalam sekelip mata bila wujud kehadiran perempuan lain dalam hidup dia. Hati bagai diguris-guris bila dapat tahu dia curang. Pelamin anganku musnah berterabur. Keputusan berpisah adalah jalan terbaik untuk kami. Lagipun dia cakap rasa cinta pada saya tu dah tak ada lagi.

Sehingga kini saya masih terdengar janji manisnya dan juga harapan mak ayah dia. Bisa sungguh luka hati ini walau tak  berdarah.


Setiap kali melihat nabil raja lawak pasti teringat pada dia. Cara mereka hampir serupa. Erm, dah namanya pun sepupu. T_T
Sabar je la... Saya terpaksa telan walau sepahit apa pun rasanya pengalaman itu, kerana kepahitan itu banyak manfaatnya. Macam peria

Pengalaman pahit itu menjadikan saya lebih tabah dan hati hati dalam hadapi hidup.

Hadiah terakhir dari dia


Huh, berjaya jugak habiskan cerita tanpa menitiskan air mata lagi. Ops, kantoi di situ ~ Syyhhhhh
Senyap senyap sudah.


Cerita ini bukan nak mengungkit cuma nak membangkitkan kehangatan kontes yang dianjurkan oleh En. Akim, tuan punya belog Jangan Masuk Blog Ini.




Jangan Masuk Blog Ini memang sempoi.
* tak percaya? pergi tengok sana* ^_^




Saya mau ajak Cik Emy , Puan Arinah , and my little brother Farhan join kontes ini.
Blogger lain pun boleh join sekali. Sama sama kita hangatkan lagi kontes ini.


Klik gambar untuk join kontes




3 comments :

  1. citer btul eh..papepun tabahkan hati..tuhan mahu menguji kita tu..

    ReplyDelete
  2. terima kaseh sebab join ye. pastikan selap apdet dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  3. hmm.. xpe.. mungkin dia bukan yang terbaik buat kamu. =)

    salam ziarah.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_