Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

01 December 2010

Yeah IC baru !



Sangat seronok melihat IC baru. Terasa nak melompat lompat seperti kanak kanak dapat gula gula. Excited punya pasal, Facebook jadi mangsa. Gambar IC baru terus upload di Facebook.



Lepas ni perlu jaga IC dengan baik. Tak boleh hilang. Nanti kena kompaun RM100 plus ganti IC  baru RM10. Tak boleh rosak lagi. Nanti nak kena bayar RM10 untuk ganti IC baru.



**********************************************************************************



Tips penjagaan IC :
  1. Elakkan IC daripada terdedah kepada suhu yang terlampau tinggi.
  2.  Elakkan daripada aktiviti yang boleh merosakkan cip.
  3. Elakkan IC daripada terdedah kepada air, bahan kimia, dan asid yang boleh menjejaskan ketahanan IC.
  4. Elakkan daripada merosakkan permukaan IC.
  5. Elakkan daripada risiko yang boleh mengakibatkan IC bengkok.

Klik [JPN Malaysia] untuk mengetahuinya lebih lanjut. Status permohonan IC juga boleh disemak di situ. Segalanya dipermudahkan untuk anda. Hanya perlu rajinkan jari jemari anda. *wink2*




**********************************************************************************


IC lama dah sangat uzur. Memang patut ganti IC dari tahun lepas lagi. Tapi asyik tangguh sahaja *konon konon nak tunggu wajah jadi cantik* hinggalah IC tu melarikan diri dari tuannya. Hilang salah tuan salahkan IC. Isk Isk Isk. Geleng gelengkan kepala.

Memang suka IC baru dengan wajah baru saya. Hik Hik Hik....




Tak ada lagi rasa malu untuk tunjukkan IC pada polis. Tak bermakna saya mahu kena saman lagi. Cukuplah sekali seumur hidup kena saman sebab ekesiden. Kenangan itu masih terpahat kat my NAZA. Kesian dia. Ada kesan lipstick di situ gara gara cium bus. Nak tengok kesan lipstick tu? Klik [EKSIDEN]


Hati berbunga bunga dapat IC baru macam dilamun cinta. Opsss.... ^_^

5 comments :

  1. hehe.. kenapa? baru2 ni ic hilang ke?

    ReplyDelete
  2. @sadieq
    ha'ah hilang .... huhuhu....

    ReplyDelete
  3. bukan asyik hilang je la en me ... Salah tu ... Baru pertama kali hilang ... Tak baca habis ni ... Isk Isk Isk

    ReplyDelete
  4. hehe..ic baru?..iqbal baru buat tapi xsempat ambil lagi sebab kena datang u amek final exam..xsabar nak tgk muka ic baru.. =D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_