Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

28 November 2011

#PeribahasaTwitter vs Peribahasa Melayu

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Peribahasa Melayu selalu kita dengar dan baca. Sejak sekolah lagi kita belajar. Bukan sahaja peribahasa perlu dibaca maknanya juga perlu dihafal makna, sebab nak jawab exam. >.<


Pernah baca Peribahasa Twitter ? Tak pernah kan ??? Hiks ~
Peribahasa Twitter adalah rekaan peribahasa berdasarkan Peribahasa Melayu.



Jangan buat akaun twitter jika tidak mahu ada stalker. 
 Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak.


Alang-alang bertweet biar sampai kena limit. 
 Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.


Biar mati facebook, jangan mati twitter.
Biar mati anak, jangan mati adat.


Terlajak retweet boleh di'undo', terlajak tweet malu sendiri.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 


Kerana marahkan stalker, twitter terus di'mangga'.  
Kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. 


Kerana satu perkataan typo habis kecoh satu timeline.
 Kerana telur sebiji riuh sekampung


Indah avatar dari rupa.
Indah khabar dari rupa.


Diam-diam timeline sunyi, Diam-diam banyak tweet.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.


Bagaikan resam twitter, makin diam makin banyak tweetnya.
Bagaikan resam padi, makin berisi makin tunduk.


Bagaimana rentak tweetnya, begitulah sikap tuannya. 
Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.


Bagaikan dengan BB.
Bagikan aur dengan tebing.


Jangan disangka tweet yang kelakar tiada pengajarannya.
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya.


Biar kena limit, jangan kena unfollow.
Biar putih tulang, jangan putih mata.


BB sudah di tangan, tweet sudah di timeline.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.


Hastag yang digunakan biar sampai jadi trending. 
Genggam bara api biar sampai jadi debu.

Sediakan ayat sebelum tweet.
Sediakan payung sebelum hujan.


Bagaikan BB dalam genggaman.
Bagikan telur di hujung tanduk.

kerana santan pulut binasa, kerana tweet orang terasa.
kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa.


Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kawan twitter.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Bagai sudah typo kena retweet pula.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula.


Bagaikan tweet artis, rakan sebelah tidak diendahkan
Bagaikan anak kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan.


Bagaikan menegakkan tweet yang typo.
Bagaikan menegakkan benang yang basah.

Bagai yang sedang typo.
 Bagai ayam mengeram telur.


Bagaikan follower yang bertambah selepas twtup. 
Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Bagaikan ada stalker di sebalik followers.
Bagaikan ada udang disebalik batu.


Tak follow maka tak tahu.
Tak kenal maka tak cinta.


Bagai bertweet tanpa followers.
Bagai bertepuk sebelah tangan.


Bagai stalker dalam followers. 
Bagai duri dalam daging.

Bagai ditarik BB.
Bagai murai dicabut ekor.









Nak baca lebih banyak Peribahasa Twitter boleh klik #PeribahasaTwitter. Dari situ kamu akan tahu siapa yang hasilkan Peribahasa Twitter yang saya senaraikan itu.
Bicara Hati gadis : Menghasilkan Peribahasa Twitter ini menguji ingatan saya tentang Peribahasa Melayu sebenarnya.



05 November 2011

Alhamdulillah, 25 tahun sudah

Rasa seperti baru semalam saya baru dilahirkan, tetiba 29hb Oktober yang lalu sudah mencecah 25 tahun. Tak sangka you dah matang rupanya saya. Yeah ! Boleh kawen dah. Hee...

Umur yang dinanti-nantikan telah tiba. Akhirnya saya sudah genap 25 tahun. Yipee Yipee ! *Lompat-lompat comei.*
Penasaran kan kenapa saya suka umur 25 tahun ? Ada orang tak mau usia meningkat, saya pulak tak sabar nak tunggu masa itu. >_< Saya tak mau bagi tau sebab saya tak sabar menanti usia 25 tahun ni. Biarkan kamu semua diselubungi misteri. Muhehe...










Terima Kasih kepada yang wish !
Sebenarnya banyak lagi, tapi mampu letak ni sahaja. >.<


















 

Bicara Hati gadis : Walaupun tahun ini saya tak dapat kek tapi saya sudah rasa sangat bertuah sebab ada kawan-kawan dan adik-adik yang wish birthday. Thank You ! Muah3x

30 October 2011

Aku Suka Dia.


Aku Suka Dia. Sangat suka. Hee
Siapakah ? Teeetttt ~
Hamboi, bukan main laju lagi nak tau kan. >.< 
Mana boleh bagi tau siapa dia yang saya suka. Kena la tunggu kad kawen diedarkan dua tahun. lagi. Ewah, konpiden je... 

 
Sebenarnya saya nak kongsi sebuah lagu baru ciptaan gadis youtube ni, tapi dia bukan Najwa Latif. Junior Najwa Latif maybe. ^_^




Aku Suka Dia by Ainan Tasneem
(melodi dan lirik ciptaan Ainan Tasneem sendiri)


Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…



Lyric credit to this blog



Bicara Hati gadis : Sudah terlalu ramai perempuan yang ada bakat untuk menyanyi sambil bermain gitar. So, apa yang membezakan mereka ?




26 October 2011

Katakan tidak pada perut buncit !


Memiliki status PMD (Perut Maju ke Depan) pastinya sukar.

Jika lelaki memang la boleh dikategorikan sebagai comei bila memiliki PMD, tapi bagaimana pula wanita ? Kenyakinan diri terus jatuh merundum. Tetibe terasa kecil berjalan dikhayalak ramai walaupun sebenarnya besar. >.<


Kadang-kadang kita lihat sesetengah orang makan banyak tapi badannya still slim world. Jeles bukan ?



Tahukah anda, 
tabiat seharian yang tidak sihat 
sebenarnya punca perut buncit.




Ada 5 tabiat yang kurang sihat patut dihindari jika kamu tidak mahu memiliki status PMD.


1. Makan terlalu cepat
Mengunyah makanan terlalu laju akan menyebabkan kita cepat menelan makanan tersebut sebelum ia hancur sebenar-benarnya. Penghadaman kurang bagus adalah punca kebuncitan perut. Ini serius. Saya telah lama perhatikannya.


2. Makan bersulamkan air
Makan bersulamkan air memang sangat tidak digalakkan, tapi makan bersulamkan kasi sayang amatlah digalakkan. Hee. Makan bersulamkan air bermaksud makan sesuap minum seteguk makan sesuap lagi minum seteguk lagi. Makan dan terus minum menyebabkan air akan menolak makanan ke tepi usus dan mengundang PMD.


3. Mandi sejurus selepas makan
Lapar tapi tak mandi lagi. Mana patut lakukan dulu ? Mestilah mandi ! Janganlah sesekali kamu nak makan dulu lepas tu terus mandi. Memang sengajalah nak bagi perut maju ke depan dengan jayanya.


4. Mengamalkan tabiat 'ular selepas makan'
Masih ingat lagi mama pernah pesan jangan jadi seperti ular selepas makan. Mula-mula saya tak faham maksud mama. Bila lama-lama baru saya tahu. Tabiat 'ular selepas makan' adalah tidur. Elakkan  ! Cuba makan 4 jam sebelum tidur. Itu lebih baik. Bagi ruang makan diproses terlebih dahulu, baru tidur. Kamu rehat perut juga rehat.


5. Melonggarkan kancing seluar atau kain
Sesetengah orang memang suka melonggarkan kancing seluar ketika makan. Katanya tidak selesa. Melonggarkan kancing seluar itu bukan sahaja boleh menyebabkan PMD tapi juga tak baik untuk usus.




Ada juga 5 ruang yang tidak sepatutnya kamu makan di situ jika tidak mahu perut buncit.


1. Di hadapan television
Makan depan television memang sangat syok. Menonton sambil makan macam ala-ala makan popcorn dalam wayang. alololo.... comeinya. Tapi tahukan kecomelan itu boleh mengundang kepada penambahan berat badan dan PMD. Lebih-lebih lagi bila kamu menonton sambil duduk ala berbaring dan tangan mengapai makan masuk mulut tanpa henti.


2. Di ruangan kerja
Makan diruangan kerja memang akan jadi tabiat lebih-lebih lagi jika kamu tidak mempunyai ruang waktu disebabkan kerja yang berlambak. Kamu akan cenderung untuk makan dengan cepat dan banyak tanpa kamu sedar.


3. Bilik tidur
 Tabiat makan di bilik tidur akan menyebabkan kamu cenderung tidur sejurus selepas makan. Jangan ! Jangan jadi seperti ular selepas makan. Kesian perut terpaksa bekerja semasa kamu sedang tidur.


4. Dalam kereta
Makan sambil memandu menyebabkan kamu mengunyah makan dengan laju selaju kereta di jalan. Tentu sahaja tidak dapat fokus jika memandu sambil makan. Mana nak pegang stereng, mana nak pegang makan lagi.


5. Dapur
Ada sesetengah orang suka makan sambil berdiri di hadapan peti sejuk atau almari. Makan secara berdiri akan menyebabkan makanan tidak dihadam dengan baik dan menimbulkan banyak gas. (sumber dari SINI)



Punca paling utama yang menyebabkan perut buncit adalah makan selaju 100km/j, dalam erti kata lain mengunyah makanan dengan laju.


Akan tetapi lelaki selepas berkahwin memang tak boleh lari dari perut buncit. Sebab ??? Baca sendiri kat SINI. Malu saya nak explain kat blog ni. *tunduk malu*



Bicara Hati gadis : Sejak kerja di Petaling Jaya ni saya dah mula pandai kunyah makanan lelaju sebab nak jimat masa makan bila ada terlalu banyak kerja di pejabat. Sebab tu sekarang ni saya terasa perut saya pun dah mula pandai nak ke depan. Harus ubah balik tabiat makan sesopan mungkin !




Motif letak gambar dengan Fouziah Gaus ???




Keluarga Besar membahagiakan



Sangat meriah hidup bila ada keluarga besar ni. Kecoh you.... 


Masa kenduri atau hari raya pasti meriah dengan gelak tawa semua. Lupa seketika masalah beban kerja bila berkumpul. Melihat gelagat mereka sudah cukup menggelikan hati. Terasa bagai digeletek-geletek. Hee.. 


Keluarga besar ni pun ada cabarannya. Perselisihan faham itu perkara biasa. Tolak ansur itu perlu. Jika masing-masing nak menang dan keras kepala sampai bila pun masalah takkan selesai. Betol tak ???



I LOVE MY FAMILY !







Cuba cari mana satu saya ??? Muhehe...


 



Bicara Hati gadis :  Ahli keluarga tetap ahli keluarga. Marah mana pun kita, mereka tetap keluarga kita. Darah mereka sudah mengalir dalam darah kita. Tiada faedahnya pun jika kita bertengkar dan berdendam terlalu lama.



 

21 October 2011

Paranormal Activity 3 #TajukFilemSeram terbaik tahun ini


Oktober tahun ini memang sangat menggembirakan saya. First, dapat tiket TGV sempena birthday and the second one dijemput untuk Primiere Screening Paranormal Activity di GSC Midvalley. Weeeee.... Tengok dulu before release kat panggung wayang.


Paranormal Activity 3 is more more better than 1 and 2. Gerenti punyalah ! Konpiden je saya, padahal tak tengok pun Paranormal Activity 1 and 2. Hee... Salahkan gadis ini jika statement saya salah. Sebab dia yang kata 3 is better. lalala *buat muka tak bersalah*


Paranormal Activity 3 tidak seperti movie genre seram yang lain. Ia seumpama kamu menonton rancangan SEEKER.
Dialah pelakon, dia jugaklah jurukamera. Nampak ketamakannya di situ. Tapi itulah yang uniknya dalam Paranormal Activity 3. Apabila kamu menonton kamu akan terasa seolah-olah kamu di situ. Real punya !


Memang hilang la keayuan gadis melayu saya semasa menonton filem ni. ( Ayu la sangat kan >.< ) Seram punya hal.

Masa permulaan cerita semangat beliakkan mata (tipu!). Sekali masuk part seram terus menjerit sampai terangkat kaki. Malu youuuuuuuu... Rasa cam nak tutup muka dengan handbag. Orang lain tengok sopan je tak bersuara. Saya sahaja banyak bunyi.




Synopsis:
In 1988, young sisters Katie and Kristi encounter an invisible entity haunting their home. Although it appears friendly, it turns hostile, tormenting the young girls and their family. A scene near the start of the film, which is based before the second film, features Katie bringing over a box of video tapes to the home of her sister Kristi and after leaving Kristi starts to sort through some of tapes, being filmed by her husband Daniel.
< Credit to this girl >



Permulaan cerita sememangnya bahagia dan gembira, sepasang suami isteri (Kristi and Daniel) yang baru berpindah ke rumah baru. Tetapi kegembiraan itu bertukar menjadi seram apabila tape simpanan neneknya di tayangkan semula. Disitulah bermulanya kisah sebuah entiti yang mengganggu rumah Katie dan Kristi semasa mereka masih kanak-kanak. Kewujudan entiti tersebut telah menyebabkan hidup keluarga Katie dan Kristi pada masa itu terseksa. Lebih-lebih lagi apabila ibu dan teman lelaki adalah mangsa entiti tersebut.
Kamu pasti tak sangka yang pemilik entiti tersebut adalah ahli keluarga terhampir mereka. Serius terasa kejam sangat masa tu. O.o
Nak tau siapa pemilik entiti tersebut dan apa yang terjadi padi ibu Katie serta teman lelaki ibunya, kena tonton dan rasai keseramannya sendiri di pawagam. Mana boleh saya sorang sahaja rasa seram, kamu pun mesti kena jugak !





 Terima kasih pada pojiepooh sebab baik hati bagi saya tiket tu dan saya dapat berkenalan dengan #tunangkite yang dia selalu sebut tu. Hee. Suka !



SELAMAT MENONTON !





16 October 2011

Lelaki lembut itu 'DONUT' ?




Saya sangat suka DONUT. Lelaki lembut ? Pun suka jugak !
Tiada alasan untuk saya tidak suka atau membenci lelaki lembut. Mereka pun manusia jugak kan ?
Kenapa kita suka menilai manusia berdasarkan paras rupa dan perwatakan ? Asal muka jambu sikit, sopan n lembut sikit je kata mereka 'donut'. Apakah ???


Kenapa donut ? Kenapa ? Kenapa ?
Cuba kamu ambil donut dan tekan bahagian atas donut tu dengan hujung jari. Rasa apa ? Lembut kan. Itulah sebabnya lelaki seperti itu dikatakan donut.


Antara sifat-sifat lelaki yang selalu dikategorikan sebagai 'DONUT' :

  • Berkulit cerah
Selalunya lelaki kulit cerah lebih cenderung digelar sebagai lelaki lembut. Lagi-lagi muka ala -ala K-Pop, jambu gitu. Kenapalah kata lembut, kan encem tu ? :-p
  • Manja
Lelaki yang jenis rapat dengan keluarga atau jenis yang bermanja-manja dengan mak ayah la. Lelaki jenis ini memang agak lembut sikit. Eh ? Tapi tak bemakna mereka auw auw auw...

  •  Suka warna merah jambu (pink)
Warna pink (merah jambu) selalu dikaitkan dengan perempuan. Bila lelaki menggemari warna pink mesti mereka akan digelar lembut atau jambu. Auw... Warna merah jambu ini sebenarnya warna kasih sayang. Ia mampu meningkatkan kuasa pujukan terhadap seseorang. Lelaki pun boleh la suka warna pink ni, tak de masalah punya. ^_^

  • Suka memasak dan mengemas
Lelaki yang lebih cenderung untuk melakukan aktiviti yang selalu dilakukan oleh perempuan seperti mengemas, memasak, atau menjahit. Sangat untung dapat lelaki jenis ini ok ! Tak payah susah diri kerepotkan badan nak kemas hari-hari. Dia sedia membantu. Hee
 
  • Sopan-santun
Sopan-santun itu kan bagus. Tapi bila kesopanan seorang lelaki mengalahkan perempuan mula ada yang bersuara, LEMBUT....  O.o





Jika kamu perhatikan baik-baik lelaki yang kamu gelarkan lembut itu lebih suka berkawan dengan lelaki di kalangan mereka jugak. Adakah itu bermakna mereka gay ? Oh, tidak ! Jangan selalu berprasangka buruk terhadap golongan ini. Husnuzon...



" Mereka lebih senang bergaul dengan rakan-rakan lelaki 
kerana tidak perlu memikirkan hal-hal yang menyesakkan fikiran mereka. "




Drama DONUT di astro RIA ni memang kelakar dan banyak pengajarannya.



Bicara Hati gadis : Jangan menilai orang melalui pemerhatian sahaja tapi lakukan juga penyelidikan.




 

#DearFutureHusband Hatiku Milikmu



Sejak semenjak usia meningkat ni banyak pulak saya terima jemputan majlis perkahwinan dari kawan-kawan dan sepupu-sepupu sezaman saya.
Banyak jemputan banyak juga la saya terima soalan mana pasangan setiap kali pergi ke majlis perkahwinan. -_-



Bukan mahu jual mahal atau berlagak cantik untuk tidak terima mana-mana lelaki untuk menjadi kekasih hati. Saya rasa lebih baik saya ke sana sini sendiri atau bersama teman dan bukan kekasih yang tidak halal. Faham kan maksud saya ? Saya ingin diri saya diteman oleh kekasih yang halal. Maksudnya SUAMI la.... ( Nak bawa saya ke hulu hilir sila pinang saya cecepat  :-p )




Bicara Hati gadis : Terasa macam semakin banyak dosa yang dikumpul bila semakin lama berpacaran. Lebih baik saya sendri selagi saya tak jumpa my DEAR FUTURE HUSBAND.
 
 
 
 

03 October 2011

Amalan menziarahi rapatkan hubungan



Hari Raya dan amalan ziarah-menziarahi amatlah sinonim. Masa Hari Raya la masing-masing merajinkan diri menerjah dari rumah ke rumah. Masa Hari Raya jugak la segala hubungan terjalin. Dari alam maya ke alam nyata. Jauh makin dekat, Dekat makin rapat.


Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud, “Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan telah kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan,semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang paling takwa di antara kamu.”


Walaupun Hari Raya tahun ini saya tak buat open house, tapi rumah saya tetap meriah dikunjungi oleh sahabat-sahabat dari alam maya. Padahal tak de la alam maya sangat, sebab dah kenal live. Hee...



Menu pada hari itu ;
Nasi Impit, Rendang Ayam, Lontong (lontong wokey bukan lotong), dan Sambal Kacang,.
Tengok menu atas meja je ya.... lalala ~


 
Khusyuknya adik ni  makan. Bukti mama saya masak sedap. Hee...
Mama yang masak ya bukan saya. 
Saya masak tak sesedap mama, segan nak hidang pada tetamu.


Jejaka-jejaka terhangat dipasaran, pilih-pilih nak mana satu. Hee. 
Dah macam ajen cari jodoh pulak hah....
Dari kanan : koqinkaremo88, taufiqhelios, NurAizuddin, abang Mistahery, Qhairol Iqhssan, Helmi Ejoy, dan Fareez Dew
(Photographer : EazyIzuddin)

 
 Sangat beruntung gadis ini diapit dua jejaka. Hew Hew



Gadis ini lagi bertuah diapit tiga jejaka... WOW !



Tetiba saya jadi anak dara yang sangat rajin bila tetamu datang. Hee
Pssttt, sebelah saya ni blogger jugak. Nak kenai klik SINI.



Bukan mereka sahaja yang mai berkunjung rumah saya, saya juga pergi rumah mereka ! Tapi tak semua rumah la saya dapat pergi. Sedihnya...
Tak pe, next year saya akan cuba untuk terjah semua rumah. Insya'Allah....


 
Saya di rumah Atiq Salleh  


Dah namanya blogger kat mana-mana pun nak posing. Hee


Ada lagi satu rumah blogger yang saya pergi, tapi tak de gambar sangat. Datang dah lewat masa tu, malam. Saya dan dia orang paling last datang. Nak bergambar dengan adik ni pun tak menyempat. T_T
Nak tengok kemeriahan open house blogger tersebut boleh klik SINI.


Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat”  (Surah Al Hujuraat ayat 10.)


Special thanx to this guy sebab sudi datang rumah saya even kita baru kenai.


Bicara Hati gadis Amalan ziarah-menziarahi bukan setakat pada Hari Raya sahaja, hari-hari biasa pun boleh. Sentiasalah menziarahi dan bermaaf-maafan sesama kita.





13 September 2011

The Sultani Flamingo Hotel, Ampang



Hari-hari makan nasi lemak, roti canai, nasi ambeng, nasi ayam.... Bosan Bosan *geleng kepala*
Sekali-sekala nak jugak merasa makan sesuatu agak luar dari biasa. Hee...
Perut pun sudah pandai buat permintaan nak makan apa pada tuannya. (Heh,ini perut ke tuannya yang mengada?)

The Sultani Flamingo Hotel, Ampang salah satu restoran yang sesuai untuk mereka yang suka cuba sesuatu kelainan. Berada di Restoran Sultani terasa seperti berada di Moghul. Tak perlu nak susah payah kerepot kerut dahi nak tempah tiket kapal terbang untuk merasai suasana berada di Moghul, di Malaysia pun boleh. Hee.

Pertama kali saya melangkah masuk ke dalam restoran ini saya rasa sangat teruja. Baru masuk tengok suasana, belum lagi tengok makanan. Lepas tengok makanan yang berderet lagi la teruja. Rasa nak amek semua letak dalam pinggan je. Hee...
Pilih punya pilih, sekali saya cuma ambil samosa, nasi, butter chicken, dan ...... Ok saya dah lupa apa lagi saya makan.


Makanan untuk berbuka puasa.




Disebabkan saya sampai lambat ke restoran tu, saya tak dapat nak melahap lelama kat situ.
Kawan-kawan semua dah nak balik. Sedihhh....
Kempunan saya nak makan kebab.





Purata harga makanan di sini adalah di antara RM 5 hingga RM 30.

The Sultani juga menyediakan pakej buffet yang menarik
  • Hi-Tea Buffet (Sat & Sun, 12 pm - 4 pm)
                    Adult : RM 38 nett
                    Children : RM 25 nett
  • Sultani's Musical Buffet (Saturday, 7.30 pm - 11.00 pm)
                     RM 46 nett per guest





Untuk maklumat lanjut boleh layari  THE SULTANI


ATAU
Datang terus ke alamat tertera :


           The Sultani, 
           Level 5, Hotel Flamingo, 
           Tasik Ampang, 
           Jalan Hulu Kelang, 
           68000 Ampang, Selangor

Tel: 03 4251 7360
Fax: 03 4256 3188





The Sultani merupakan penaja makanan untuk majlis octove.com



Mereka yang memeriah majlis OCTOVE

    Picture credit to this girl






    09 September 2011

    Kongsi, Kumpul, dan Tebus


    Perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup adalah berkongsi sesuatu dengan orang lain, kecuali berkongsi suami. Itu memang bukan sesuatu perkara yang menyeronokkan. >.<
    Lebih menyeronokkan lagi bila kita dapat ganjaran dari perkongsian tersebut. Hee


    "octove.com" adalah satu-satunya laman web sosial yang memberi ganjaran pada setiap apa yang kita kongsi. Beruntung bukan ?


    Mungkin masih ramai yang tak tau apa sebenarnya OCTOVE tu.  (Gaya macam saya ni orang yang banci penduduk sampai boleh tau berapa ramai yang tak tau apa itu octove)

    Sekarang saya sangat baik hati (baik hati ada makna.Hee) nak terangkan apa itu octove dan macam mana kamu boleh dapat ganjaran dari setiap perkongsian.
    Baca-baca baik ya. Rugi tau if kamu baca skip skip. (bajet ada cctv kat blog sampai boleh tau ada orang baca entri main skip skip)


    Octove adalah laman web sosial seumpana facebook (rasanya lagi advance kot), tetapi hak milik anak Malaysia. Kiranya laman web sosial tanahair la. Bangga kan, kan ? Sila kata ya untuk jaga hati saya. Ok, tak de kaitan dalam ini cerita. =.=


    Octove beza memang berbeza. Saya berani katakan la yang fungsi octove lebih advance dari Facebook.


    Antara kelebihan OCTOVE :

    • Live video streaming dari telefon bimbit
    • Boleh hubungkan terus dengan laman sosial lain. Part ni memang saya sangat suka. Kadang-kadang kemalasan melanda diri menyebabkan saya malas nak on Facebook and Twitter dalam satu masa. Kewujudan akaun Octove ini memang sangat membantu melayan kemalasan saya. Hee. Saya dah tak perlu nak on Facebook, lepas itu Twitter untuk updated cerita tentang saya. (bajet artis orang nak tau cerita pasal dia). Nak bagi tau pembaca yang saya sudah updated blog pun senang. Just share link kat octove, lepas itu dengan baik hatinya akan publish di Facebook dan Twitter juga.
    First, taip apa yang kamu nak share dengan kawan.

    Kemudian, set publish kat mana kamu nak publish.
    Oleh sebab saya hanya ada Facebook and Twitter, so saya klik dua tu je. Hee


    Status yang kamu updated di Octove tu akan keluar seperti di bawah ini;
    Facebook

    Twitter (@gadishanim)

    • Membantu pengguna mempromosi dan mengiklankan produk mereka. Saya hanya promosikan blog saya je. Buat masa ini la. Hee. Akan datang tak tau lagi.
    • Video chatting. Dah macam YM pulak hah. (dah lama tak on YM) Kamu boleh nampak fungsi chatting ini di bahagian bawah page, ada tab for chatting di situ. Apa yang bestnya kamu boleh set status kamu cam YM. Kamu juga boleh buat kamu invisible di mata kawan-kawan octove kamu. Syok kan ?

    • Bermain games online. Fungsi ini juga ada di bawah page octove tu. Sebaris dengan tab chatting. Bab games online ni saya tak mampu nak explain panjang-panjang sebab saya tak pernah cuba lagi. Maafkan saya. (baca dengan nada suara alih bahasa conan)


    Octove juga menawarkan ganjaran pada setiap apa yang kamu share. Ganjarannya adalah points. Kamu kumpul points banyak-banyak. Lepas itu kamu boleh tebus points tersebut dengan baucer atau barang yang ditawarkan pada masa yang ditentukan.


    Share banyak points pun akan banyak juga.
    Saya join octove baru berapa minggu dah boleh dapat more 1000.
    Kamu pun mesti boleh juga. ^_^ 


    Jangan percaya pada setiap apa yang kamu baca di sini selagi kamu tak rasai pengalaman itu sendiri. Memang best dan berbaloi-baloi.

    Jika berminat, kamu boleh mendaftar di SINI. Dah daftar tu boleh la add saya, Hanim Mahali as your friend. Add friends pun boleh tambah points jugak tau. ^_^



    Bicara Hati gadis :
    Nak kumpul points banyak-banyak. Time hadiah-hadiah menarik tertarik lagi da bomb baru nak redeem. Hee



    

    07 September 2011

    Alahai wartawan tak bergaji......




    Yeah balik kampung ! Yeah !!!
    Memang hati melompat-lompat kegirangan la time nak pulang ke kampung. Heh, hati dalam badan pun boleh melompat-lompat erk ? O.o

    Nak pulang ke kampung tu memang seronok dapat jumpa sanak saudara rakan taulan kekasih lama.... TAPI,
    Ada jugak tapi tu....

    Tapi yang kurang best bila terpaksa berhadapan dengan para wartawan sukarela ni... Tak perlu nak hulur mikrofon dah bertalu soalan tersembur bersama air liur...

    Masa zaman muda-muda ( tetiba terasa diri tua -_- ) dulu tak ada la terima banyak sangat soalan nak jawab, tapi sekarang.....
    Amek berkepuk-kepuk soalan.... Dah mengalahkan soalan engineering susahnya. Overdose U...


    Antara 3 soalan lazim yang ditanyakan oleh para wartawan sukarela :

    1. Sekarang kerja kat mana ? (soalan paling dibenci oleh penganggur bertauliah)
    2. Berapa gaji ? (mengalahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri je)
    3. Bila nak kahwin ? (soalan paling susah abad ini.Susah bagi mereka yang tak de calon berkenaan.Huu)


    Sebenarnya banyak lagi soalan yang selalu ditanya. Nak list semua dua entri pun tak cukup. Hee...
    So saya bagi senarai emak-emak soalan sahaja, anak-anak soalan simpan ketat-ketat dalam peti besi.





    Bicara Hati gadis : Soalan yang paling saya suka jawab soalan nombor 3. Konpiden je jawab dua tahun lagi, walaupun sebenarnya mata masih melilau mencari calon berkenaan. Hee








    04 September 2011

    Selamat Hari Raya Umat Islam



    Assalamualaikum....


    Selamat Hari Raya kepada semua warga Malaysia dan warga bukan Malaysia. Rasa seperti tertinggal gerabak keretapi sahaja bila mengucapkan Selamat Hari Raya pada raya ketujuh.


    Alhamdulillah kita masih ditemukan lagi pada hari Raya tahun ini, walaupun pertemuan kita hanya di alam maya.


    Mohon seribu kemaafan jika ada salah silap saya sepanjang perkenalan kita.


    Terima kasih kepada adik ini kerana sudi beri saya kad Raya (padahal diri sendiri yang minta.Hee)



     
    SELAMAT HARI RAYA !
    Jemputlah datang rumah...
     

    Bicara Hati gadis : Lepas ini saya dah boleh updated blog setiap hari. Sebab, 'black' (laptop) dah sihat ! Saya pun dah ada broadband sendiri. Hee... Suka !


     

    





     

    Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_