Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

31 March 2011

Sangat teruja lepas pertama kali guna kamera DSLR. Syok!

Buat pertama kali saya snap picture guna DSLR camera. Sangat teruja!
Wokey, nampak sedikit jakun di situ. Orang lain dah jemu kot guna kamera tu. Tapi saya masih baru sekali gunakan. Pertama kali gunakan dengan jayanya... Seronok... Terasa cam photographer. Rasa cam nak kumpul duit beli kamera DSLR ni la... hehehe


Tengoklah hasil budak baru belajar ni.....
Sudi sudi lah komen hasil kerja saya yang tak seberapa ni... ^_^













Semua gambar saya tak edit. Segar dari kamera Aizuddin.

30 March 2011

Kaitan warna merah dan selera makan

Warna merah selalu dikaitkan dengan keberanian. Tapi tahukah kamu warna merah juga berkait rapat dengan selera makan? Saya pernah terdengar tentang kaitan warna merah dan selera makan ni  di rancangan tv3 WHI (Wanita Hari Ini). Siri yang mana satu saya dah tak ingat. Kesan dah banyak sangat tertelan semut dalam minuman ~



Merah merupakan satu warna yang penuh emosi dan bertenaga. Ia meningkatkan kadar pernafasan dan tekanan darah, serta merangsang selera makan. Disebabkan warna merah mampu memberi rangsangan kepada selera makan, ia sering digunakan di restoran-restoran dan merupakan pilihan yang bagus untuk ruangan makan di rumah.
Sumber : lifemojo



Warna merah mampu meningkatkan selera makan kita. Serius!

Saya pernah pergi beraya di rumah kawan, kawasan ruang tamunya penuh dengan warna merah. Warna langsing merah, kerusi sofa warna merah, carpet merah, bekas bekas kuih merah. sampai mata saya pun naik merah nengoknya.

Kesan suasana warna merah tu telah membuatkan kami semua rasa lapar semula selepas beberapa minit makan di rumah orang lain.
Lepas tu boleh pulak tangan tak berhenti nak ambil makanan masuk mulut. Makan aje. Mula mula makan nasi impit, lepas tu kek, kuih raya, kerepek....Dahsyat betol selera makan masa tu, tidak seperti biasa. Ni kalau hari hari duk mengadap makanan kat ruang makan yang merah cenggitu, memang boleh tembam jadinya.

 
Jika kamu mahu menurunkan berat badan, kamu tidak digalakkan untuk makan di dalam pinggan merah atau duduk di sekitar kawasan yang berwarna merah. Lebih digalakkan untuk makan menggunakan pinggan berwarna gelap atau hitam, kerana warna-warna gelap ini mampu mengurangkan selera makan.

5 blog paling kerap dilawati 2011

Hai semuaaaaa.....

Excited nak bagi tau kamu sesuatu ni. Nak bagi tau apa? Nak bagi tau 5 blog yang paling kerap saya lawat sepanjang 2011 ni lah. Tapi tak ada lah sepanjang 2011 sangat. 2011 pun tak habis lagi. Saya ambil kira 5 blog yang saya kerap lawat kebelakangan ni. Blog yang suka baca. Nebes la tu nak tau. hehehe...


Blog Hanis Zalikha merupakan blog yang saya ikuti sejak saya mula berblog lagi. Saya suka gaya penulisan dia yang sempoi tu.
Saya juga suka baca product review di blog adik Hanis ni. Menarik sampai saya pun tergoda jugak dengan produk tu. Memang berbaloi pakai produk yang dia review.
Blog adik Hanis jugak menjadi pendorong kepada saya untuk berjaya dalam dunia blog.


Sejak diperkenalkan oleh Fana, saya memang rajin jugak lawat blog abang Ben ni. Banyak nasihat nasihat tersembunyi di situ. Jangan cari komen saya di blog abang Ben ni. Tak banyak. Saya lebih suka jadi silent reader. 
Tapi kekadang saya terlepas pandang entri yang di'updated' oleh abang Ben. Laju sangat dia update, mengalahkan bullet train. ahaha... Hyper tau...


Blog DTS ni juga termasuk dalam salah satu blog yang saya suka lawat dalan tahun 2011 ni. Saya suka masuk blog ni sebab banyak resepi yang memberi ilham pada saya time saya nak memasak. Saya suka makan dan memasak. Jadi tak sah kalau dalam sehari saya tak melilau di blog masakan. 
Blog DTS ni juga banyak memperkenalkan saya kepada blog-blog masakan yang lain.

Suka lawat blog Munira lagi lagi bila time tension. Ayat-ayat kelakar dalam entri dia mampu buat saya ketawa dan tersenyum. Dia tak perlu pun nak letak HAHAHA atau hihihi dalam entri dia pun kita dah boleh gelak. Tak percaya p lah terjah blog dia.


hokhokhok... batuk sat.. Ni kalau tuannya baca mesti kantoi selalu stalk blog dia.
Memang wajiblah kakak dia kena stalk blog adik sendiri setiap hari. Nak tau apa yang adik dia buat. hehehe...


Cukup sudah saya senaraikan 5 blog yang saya suka lawat untuk tahun 2011 yang baru 4 bulan ni. Sebenarnya banyak lagi blog yang selalu lawat, tapi ni yang top5 la. hehehe... yang lain jangan kecikkan hati pulak... ^_^

Terlaksana jugak pelawaan andyhowt minta support projek bro Denaihati. Tujuan projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda. 
Meh ramai ramai join projek ni...Benda yang baik patut disokong. Yeah!


Saya nak seru 10 blogger untuk join projek ni :
  1.  Munira Sajuti
  2. Farhan Zulhusmi
  3. Nadiah Ayoub
  4. Aizuddin
  5. Fana
  6. Aslann As
  7. Nur Elyani
  8. SyedGraphix
  9. Nur Faziera 
  10. Ijam Ismail

Klik SINI untuk join projek ni.

29 March 2011

Perlu ke nak terlalu percaya 'suami' palsu kamu tu???

Yang siap nak pergi call perempuan tu marah  marah buat apa?
Yang siap nak pergi ucap 'terima kasih' kat perempuan tu secara sarkastik sebab konon konon berjaya porak peranda kan 'rumahtangga' palsu u kenapa?
 Nampak emo tak ayat-ayat tu? Nak tau emo ke tuan yang taip ni, baca cerita penuhnya di SINI



Kenapa bila hubungan kamu dan 'suami' palsu kamu tu jadi porak peranda kamu terus p serang perempuan lain? Kamu anggap konon konon perempuan tu yang jadi batu penghalang hubungan kamu??? #apakes
(aha...siap hastag lagi, bajet kat twitter)

Tak malukah p serang kaum sejenis kamu padahal 'suami' palsu kamu yang bersalah dalam hal ni? Bukan main seronok lagi DIA terlepas dari serangan kamu. Tak pasal pasal orang tak bersalah diserang, dimarah, dimaki hamun segala. Kesian....


Saya dulu pernah jugak alami situasi ni. Situasi yang mana? Dua-dua pun. Menyerang dan diserang. 
Hep Hep.... Saya tak serang perempuan lain erk, saya serang BF saya sendiri. Saya bukan jenis yang nak serang orang tanpa usul periksa. Walaupun muka saya tak berapa nak matang seperti yang dikatakan, tapi saya mampu berfikiran matang. Kamu yang bermuka matang dari saya ni tak mampu pulak nak berfikiran matang kan? Malu haih....


Berbalik pada cerita serang BF saya tu. Opss... Ex-BF erk....

Semakin hari semakin DIA tidak sayang pada saya. DIA dah mula menampakkan rasa hambarnya cinta. Saya dapat kesan perubahan itu. Saya pun SMS dia tanya kenapa DIA seperti sudah berubah. DIA jawab tiada lagi rasa cinta. Sabar je la kan? Bila baca SMS DIA tu saya dah boleh agak mesti DIA curang dengan perempuan lain ni. Saya cuba check kat Facebook untuk dapatkan kepastian. Tak de pulak. Haish, manalah DIA nak berani buat onar kat Facebook tu. Saya kan ada. Saya dengan selambanya p check kat Friendster. Sah memang DIA tengah duk mengayat perempuan lain. Dua kali sabar dah ni. Malam tu saya terus kol DIA untuk dapatkan kepastian. DIA tak mau ngaku mula-mula. Tapi bila saya dah mula meninggikan suara baru DIA nak ngaku. Sekuat hati saya tengking DIA sampai terkejut DIA. Haih, peduli apalah kan DIA bukan suami saya pun. Tak berdosanya tengking DIA. Malam tu jugak saya minta clash talak 3!


Pelik kan LELAKI ni? Susah sangat ke nak bersikap jujur? Saya banyak dah cakap kat DIA, jujurlah. Saya tak kisah pun kalau hati DIA dah berubah haluan, asalkan DIA jujur. Sabar Sabar....

Lepas saya clash saya tak de la p serang perempuan tu nak marah-marah, maki hamun segala. Salah LELAKI tak jujur, perlu ke nak p serang perempuan lain?

Paling saya pelik, kenapa saya pulak yang kena serang dengan perempuan tu. Padahal perempuan tu pun dah jadi Ex-GF jugak masa serang saya tu. Perempuan tu dah la tak kenai sangat siapa saya boleh pula nak kata saya bukan bukan kan.... Sabar je la... Perempuan tu tak sedar ke yang LELAKI dia duk puji-puji tu bukan baik sangat pun! hoho... tetiba ter'emo'... Pergi dapur kejap minum air sejuk untuk redakan hati yang panas.

Nasib baik dia sering kat Facebook je. Boleh delete and block. Kalau serang face to face saya senyum sinis je la... Sebab rasa dia buat kerja sia-sia.


Jika kamu tak kenai sangat LELAKI tu jenis camne jangan nak letakkan kepercayaan 100% pada DIA.  Sia-sia tau tak? DIA bukan suami sah kamu pun. Kamu ingat kamu gagah perkasa ke kalau boleh serang, marah marah, maki hamun perempuan lain? Malu Malu....


LELAKI yang suka mengayat perempuan lain masa couple dengan kita tu bukan jenis yang sesuai untuk dijadikan SUAMI. So, buat apa kamu nak pertahankan DIA di sisi kamu? Fikirlah sendiri mana yang lebih baik. Semua dah besar dan matang pun kan?

Hanya suka homemade mee

Selamat pagi semua!


Dah bersarapan ke belum? Belum lagi??? Haish, awat tak sarapan lagi? Baik p sarapan dulu sebelum baca. Sat lagi ada pulak terliuq nengok gambar makanan ni.


Homemade mee yang segar dari rumah.
TERBAIK!!!


Siapa yang suka makan mee? dan siapa yang tak suka makan mee?
Mesti jumlah yang tak suka lebih tinggi berbanding yang suka. Sebab apa ada yang tak suka makan mee ni? Sebab rasa mee yang di jual kat pasaraya atau kedai kedai runcit tak sedap?


Saya dulu pun tak suka makan mee. Lebih suka pilih keuw teuw. 
Tapi semenjak mama dah pandai buat mee sendiri ni, saya SUKA sangat makan mee! Mee yang mak saya buat tiada campuran kapur yang banyak seperti mee yang dijual kat kedai kedai tu. Apa bukti???
  • Boleh tau dari segi rasanya. Homemade mee ni tiada rasa pahit pahit kapur.
  • Boleh tau bila kamu makan mee kari. Cuba kamu masukkan mee yang dibeli dari kedai ke dalam mangkuk dan tuang kuah kari. Apa akan jadi? Kuah kari akan bertukar kepada warna kemerahan. Homemade mee ni pulak takkan mengubah warna kuah kari tersebut menjadi kemerahan seperti mee yang dibeli di kedai. Sebab apa jadi camtu??? Sebab, kandungan kapur dalam adunan mee tu lah!


Mungkin lepas ni kamu yang tak suka mee ni boleh cuba makan homemade mee ni. ^_^
Nak resepi? Tak tau lah. Mama je yang reti buat. Saya tak tau! hehehe...
Kalau berminat nak beli bagi tau lah saya. Mama memang buat mee ni untuk dimakan dan dijual.

28 March 2011

Kantoi kami blogger suka bergambar

Tak terkata saya bila baca entri kat blog kawan UTHM saya. Asyik sangat bergambar sampai orang duk snap gambar kami pun tak perasan. Malunya saya... Nyorok bawah meja sat... 


Tengok sahaja gambar yang diletakkan dalam entri tu memang terserlah kami semua ni blogger suka bergambar. KANTOI!!!


Kami memang camtu pun! Pergi mana-mana sahaja pasti bergambar. Bermacam-macam gaya posing ada. 



Siapa yang tak suka bergambar??? Bagi tau saya....



Saya rasa tak de pun orang tak suka bergambar. Orang tak lawa cam saya pun suka bergambar.... lalala ~


INI entri yang mengkantoikan kami blogger suka bergambar....


STALKER!


Baru hari ini saya tahu ada orang yang rajin duk stalk blog ni hari-hari.... Tersenyum seketika ^___^ Bangga lew tu.... 
Bangga la sikit, sebab ada jugak orang nak stalk blog ni even ini bukan orang popular... hokhokhok... Terbatuk...


 Ini bukti yang menunjukkan saya tak buat cerita palsu pun!


||
||
V

Ni saya amek dari SINI tanpa surat persetujuan dari tuannya.



Saya tak kesah pun ada stalker suka datang sini, asalkan mereka tak mencarut entah apa apa kat blog ni. Nak mencarut pasal saya kat blog kamu, saya tak kesah dan tak nak amek tau..... SEKIAN

Tart Gulung buatan Hanim



Asal sebut tart gulung sahaja mesti orang akan ingat Hari Raya. Kena tunggu Hari Raya dulu ke baru nak buat tart gulung, baru nak makan ??? 

Saya memang tak kira hari apalah nak buat tart gulung ni. Asal ada bahan dan ada mulut yang nak makan, saya buat. Senang je pun buatnya. Tak susah!



Tart Gulung


Inti Nenas :
  1. Buang kulit buah nenas dan potong. Nak potong bulat bulat ke panjang panjang. Dua-dua pun boleh.
  2.  Kisar buah nenas yang telah dipotong tadi.
  3. Tapis nenas yang telah dikisarkan. Asingkan air dan hampas nenas tersebut.
  4. Ambil hampasnya dan masukkan dalam kuali.
  5. Masak hampas nenas tadi. Air nenas tu tak di gunakan dalam buat inti ni, so kamu boleh minum saja.
  6. Masukkan cengkih dan gula secukup rasa.
  7. Masak sehingga kering dan bertukar warna keperangan gelap.
  8. Sejukkan beberapa minit.
  9. Kepal membujur supaya mudah nak masukkan dalam kulit tart dan gulung.

Kulit Tart :
  1. Hancurkan satu ketul butter (250g) dalam sebuah mangkuk.
  2. Tuang 2 1/2 cawan tepung ke dalam mangkuk.
  3. Campurkan 2 sudu tepung kastard dan 1 sudu gula kastor ke dalam adunan kulit tart.
  4. Adun semua campuran sehigga sebati.
  5. Gunakan acuan semprit untuk dapatkan bentuk seperti tart gulung di atas.

Sapuan atas Tart Nenas:
  1. Ambil telur. Asingkan putih dan kuning telur. Hanya gunakan kuning telur untuk sapuan atas tart gulung ini.
  2. Tuangkan sedikit madu ke dalam kuning telur dan pukul sebati. 
  3. Sapu atas tart gulung sebelum di bakar.


Tak susahkan???



SELAMAT MENCUBA!!!

Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman


Syoknya dapat Wallet ni. Boleh bagi kat adik. Suka Suka !
semoga niat suciku termakbul ^__^




Saya nak ajak 3 orang ni join jugak!

Munira anak Sajuti
Aslann As yang perasan muda
Imamuddin pemilik jamban comel (comei ke?) 



Lain-lain tu nak join pun boleh. Klik ==>  SINI

Bumi Kita makin hari akan makin cantik jika semua seperti DIA


# Bila aku masak air menggunakan cerek eletrik, aku masukkan air yang dimasak ke dalam termos, supaya aku tak perlu berulang kali memasak air. 
# Bila aku gosok baju, aku gosok sekali baju-baju untuk hari mendatang. Aku tak perlu gosok berulang kali lagi. 
# Aku jarang mengeluh bila panas. Aircond ada ke tiada aku tak peduli. 
# Aku paling rajin siram pokok bunga dalam keluarga. Hijau mata memandang dan kalau nak makan ulam pun aku tinggal petik sahaja.


Bahagianya Bumi ini jika kita semua pun seperti DIA. Saya suka cara dia menCINTAI Bumi. 


Nak tahu siapa DIA dan apa lagi aktiviti yang DIA selalu lakukan untuk menCINTAI Bumi Kita....
Terjah SINI

27 March 2011

Tetap update blog walaupun letih...

Sampai sahaja rumah terus online, updated blog. Menaip dengan kelopak mata yang hampir melabuhkan tirainya. Mengantuk, letih, loya, semua pun ada lah.


Pertama kali saya dan kawan-kawan blogger jejakkan kaki ke Politeknik Sultan Idris Shah di Sabak Bernam. Kereta saya pun pertama kali jejakkan tayarnya ke situ jugak! Jauh tu perjalanan.... Dua jam dari Klang... Letih Letih... 


Hajat pergi sana nak berjumpa dan bergambar dengan kawan-kawan blogger yang konvo kat sana. Sekali sampai dua orang dah balik la. Melepas.... huh ~
Tinggal dua orang sahaja blogger yang sanggup menunggu ketibaan kami. Nasib baik ada lagi dua orang ni.

Kalau tidak, menanges saya dalam kereta sambil nyanyi,

Sia-sia saja usaha kami semua.
Datang melawat mereka tiada.
Apakan daya, 
Menunggu ery tak kunjung tiba.
*menyanyi ikut rentak lagu Tiada Lagi. 
Kalau lirik tak kena dengan irama lagu. Senyap senyap sudah. hehehe *



Keletihan yang berbaloi. Enjoy lepak dengan mereka. Siapa mereka yang terlibat??? Nanti saya bagi tau lah. Lupa pulak nama popular diorang apa.... Nak sekarang??? Letihlah! Esok je ya....


Wokey semua...
SELAMAT MALAM. 
oyasuminasai!


*Mandi air panas sebelum tidur ni best ni. Memang boleh nyenyak tidur malam ni.hehehe*

26 March 2011

Opocot! Terkejut saya....

Opocot!

Tak senonoh betol anak gadis melatah camtu. Terus bakal mak mertua reject. Banyak pulak bakal mak mertua duk usha gadis kat blog ni. Chet! Perasaan sungguh...



" Jangan jangan. 
Jangan cepat melatah. 
Nanti cepat tua. 
Bikin masalah. "


Memang tak elok melatah ni. Buruk bebeno ghupanya.


Sebenarnya sebelum ini saya ada jugak melatah ni, tapi di alam maya sahajalah. Tak percaya??? Baca INI.

Mula mula memanglah ber'opocot' di alam maya sahaja. Opocot wokey, bukan poco poco.
Tapi entah camne boleh pulak melarat ke alam nyata yang bukan fantasi lagi. Sabar je la. Boleh pulak saya, ter'opocot' kat dapur masa cawan yang dipegang hampir terjatuh. Adeh.... Lepas tu saya terus menahan jari jemari saya untuk menaip perkataan opocot tu. BAHAYA! Nanti bakal mak mertua semua reject saya... Saya TAK MAU!!!! Caye nak tawen cepat....



Ber'opocot' adalah satu habit yang tidak baik. Lebih baik ber'poco-poco' dari ber'opocot'. 
Pesanan khidmat kesihatan ini di bawa secara percuma dari Gadis Hanim.

25 March 2011

aku REVIEW sambil SEDEKAH



Epilog diriku Nukilan Hatiku blog milik Kyerull. Tengok nama blog pun dah boleh agak mamat ni mesti jiwang punya. hehehe....


Pandangan saya tentang blog Kyerull ni :

  • Sukalah... Blog dia ni RINGAN!!! Hanya 78.4KB. Patutlah cepat je loading blog ni. Tak sempat nak angkat kerusi dah habis loading. Tak percaya berat blog ni hanya 78.4KB??? Boleh check kat SINI
  • Blog ni simple dan tiada widget yang menyemakkan pandangan. Paling penting blog ni TAK DE LAGU! Tak de lah gangguan masa pembaca nak baca entri.
  • Banyak tips yang berguna. Contohnya cara atasi stress, cara pikat laki, cara jaga hubungan cinta, dan macam-macam lagi lah... Nak tau, terjah lah blog beliau di SINI


pssttt... Pemilik blog pun masih single rasanya... Ehem Ehem... Sesiapa nak cari calon tu boleh la usha usha. *_^

Earth Hour 2011 akan berlangsung esok (26/3). Jangan lupa!

Hello Malaysia!


Saya ada pengumuman penting nak bagi tau ni.

At 8:30 PM on Saturday 26th March 2011, lights will switch off around the globe for Earth Hour and people will commit to actions that go beyond the hour.With Earth Hour almost upon us, our thoughts are with the people of Japan during this incredibly challenging and sad time for their country.

Ingat ya kengkawan.
Tapi tu bukan masa untuk kamu ngedate di kegelapan malam erk. Jangan Jangan. Bahaya!


Untuk keterangan lanjut tentang Earth Hour boleh baca di SINI.

Hanim dan Heliza ada persamaan? Serius la sikit!


Persamaan antara Hanim dan Heliza :
  • Umur sama. Kami tetap comei walaupun dah agak berusia sikit... teheee...
  • Memiliki kelulusan akademik yang sama iaitu Ijazah
  • Ada blog di blogspot.com, tapi blog Heliza tak aktif sangat dah. Tak macam dulu lagi. Yela, mesti tak macam dulu dah. Sebab sekarang dia busy. Ada syarikat yang perlu dikendalikan.
  • Ada twitter *suka sangat tweet dengan Heliza*
  • Ada facebook jugak!

Dua dua pun H la.... hehehe.... *kenyit kenyit mata comei*

Itu antara persamaan yang perasan sendiri la.

Ada lagi satu persamaan yang dikatakan oleh sorang blogger ni masa saya bergambar dengan dia di KFC.
Persamaan ni mungkin akan buat kamu muntah tanpa henti di sini. Nak tau apa persamaannya???

Bersedia ya...


Bersedia untuk muntah....



Ni dia......


Munira kata gambar saya yang ni macam Heliza. hokhokhok *tebatuk*




Saya letak semua gambar. Sebab, saya tak tau yang mana satu cam Heliza!

Mesti korang dah penat loya tekak, pening, muntah segala kan? Meh saya bagi ubatnya...
Gambar Heliza yang saya amek dari Facebook dia. Cowie Ija, caye pinjam gambar ye...





Tenung puas-puas dan bandingkan dengan gambar saya kat atas tu. Sama tak??? *sambil buat suara kecik dan muka comei*

24 March 2011

Demi pengalaman hujan pun diredah


Cerita ni sudah hampir seminggu berlalu. Patut disimpan dalam kotak besi dan kunci. Tapi disebabkan saya dah berjanji akan bagi tau apa yang saya lakukan di Sri Pentas Utama, saya terpaksa pecahkan peti besi tu. Sanggup demi kamu semua. Echeh....

Sampai sekarang saya masih tak percaya yang saya telah menjejakkan kaki ke Sri Pentas. Jakun seketika. Patut bookmark tarikh 20hb tu... hehehe

Susah nak masuk Sri Pentas ni. Hari tu pun, mereka yang tak bawa sijil tak boleh masuk. Guard hanya bagi mereka yang mahu ujibakat sahaja masuk. Ujibakat apa??? Ujibakat pengacara lah. Ada yang boleh teka tu. Saya tau. Janganlah tanya-tanya lagi. Malu saya.


Pen bergoyang bukti ini bukan lakonan.
Semangat isi borang, sebab dah lama tak menulis. heh ~


Tu dia borang saya.
Nak tengok tulisan saya ZOOM la sampai dalam.


Bukan main ramai lagi menunggu giliran untuk diujibakat.
Disebabkan saya bukan jenis yang setia sangat menunggu, saya dan kawan p makan di restoran Nasi Kandar. Kelaparan sangat dah masa tu. Menunggu sampai tengahari.
Siap je kami makan, hujan pun turun dengan seronoknya. Dahlah tak ada payung dalam kereta. Baru sahaja keluarkan jemur semalam. Haiseh, terpaksa redah nak ke kereta. Dari kereta ke Sri Pentas pun kena redah hujan jugak. Sanggup! Demi pengalaman... Nak merasa gak sertai ujibakat ni, walaupun tau diri tak layak.

Sekembali di Sri Pentas terus pergi solat. Habis je solat, saya bersiap dan berlari comei ke tingkat bawah. Sekali nombor saya dah lama dipanggil la. Atas budi bicara juri yang baik hati, saya dipanggil juga masuk. Pok Pek Pok Pek tak sampai 3minit, saya pun disuruh keluar. Itu tandanya memang saya tak layak. #okbai


Muka berkerut sebab dah kepanasan.


Picture credit to Aizuddin

Wajarkah kewujudan Mr. Mama dalam Institusi Keluarga???


Jikalau zaman datuk nenek kita dulu, kewujudan Mr. Mama adalah suatu yang pelik. 
Pada zaman sekarang pula, kewujudan Mr.  Mama dalam sesebuah institusi keluarga merupakan suatu perkara yang normal. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi???
  • Memang sejak sebelum kawen lagi dia duduk di rumah. Tak suka kerja. Janji nak cari kerja lepas kawen tapi tak jugak
  • Tiada orang mahu amek dia berkerja. Katanya lah.
  • Pembantu rumah berhenti kerja. Tiada pengganti. Disebabkan gaji si Suami lagi rendah, si Suami dengan rela paksa berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa menjaga anak-anak.
  • Si suami sudah malas bekerja. Berhenti kerja bukan sebab anak-anak, tapi sebab diri sendiri dah tak mahu bekerja. Hanya mahu goyang kaki sambil menunggu suapan dari si Isteri. #apakes

Semua yang saya senaraikan itu hanya berdasarkan pemerhatian saya seorang gadis yang masih belum bersuami. 

Mr. Mama duduk di rumah menjalankan tanggungjawab sebagai surirumah manakala Mrs. Papa pulak keluar mencari nafkah untuk keluarga. Adakah ianya wajar, sedangkan si Suami punya cukup fizikal,  akal yang waras, dan sihat tubuh badan?


Di rumah jugak boleh menjana pendapatan sendiri. Tak perlu jadi surirumah sepenuh masa dan hanya harapkan pendapatan Isteri sahaja. Lagipun kan sekarang zaman teknologi. Macam-macam perkara boleh buat dengan adanya internet ni. Peniagaan online salah satunya.
Jika tiada internet pun boleh berniaga dari rumah. Di mana ada kemahuan di situ ada lebuhraya. Assalamualaikum!

23 March 2011

Mengidam punya pasal, sanggup!

Hari ini telah menunaikan keinginan perut yang mahukan makan kek secret recipe... Suka!

Demi kek saya sanggup bangun pagi terus mandi dan bersiap. Selalu tak macam tu.
hehehe.. Terkantoi pulak..

Saya pergi makan kek dengan Munira anak Sajuti. Perkenalan kami bermula dari Sahabat Blogger terus ke alam nyata.

Dua jenis kek yang kami beli :

Lepas sahaja kami p beli kek tu, kami terus pergi ke KFC di tesco Kuala Selangor. 

Di KFC, saya order set A ni. 

Kalau keluar tak bawa laptop tak sah. hehehe...
Masa ni lah kami nak berkongsi cerita tentang blog sambil online FB dan twitter. Belajar-belajar apa yang patut.
Tangan tu bukan tangan saya!

Tengah tengah makan sempat lagi posing depan kamera. Kekonon nak buat muka paling comei... Meow ~

Perut saya tengah menyanyi gumbira sekarang sebab dapat makan kek secret recipe tu. Sedap sangat. Lembut sahaja rasanya. Lepas ni saya kena belajar buat kek camtu lah... Senang sikit nak suap bakal suami dengan air tangan sendiri nanti... ahaks... Jangan muntah.... ^_^

Kini tinggal kenangan


Di twitter memasing sibuk mengimbau kembali kenangan masa SPM dulu. Mana taknya, hari ni kan adik-adik kita menunggu result keluar. Mesti berdebar-debar tu. Dup dap Dup dap ~

Saya tak mau cerita pasal result saya, sebab saya tak memang tak berapa ingat. Kena p geledah fail sijil dalam bilik... Tak mau la, maleh....

Apa yang saya ingat saya dapat A1 untuk subjek Pendidikan Al-Quran dan As-sunnah. Kalah subjek Bahasa Melayu. Bahasa Melayu pun dapat A2 je. Memang terserlah yang saya ni pelajar sekolah agama. hehehe...
Tak percaya saya dulu sekolah agama??? Sila percaya, saya dulu sekolah di SMKA Kuala Selangor.

 Sekarang ni rindu pulak nak dengar tazkirah camni lagi.
Kalau dulu bukan main lagi tersengguk-sengguk kepala time tazkirah.
hehehe... kantoi

 
 Kelas saya masa tingkatan 5.
Kelas sains tulen.
Cuba cari mana saya???
Mana ada nak cam saya yang mana, nampak kerusi dan tudung sekerat tu je. lol

 Kenangan choral speaking.
Latihan terakhir sebelum pertandingan.
Kalah but still enjoy... ^___^

Kenangan kawad di Stadium Kuala Selangor.
Cari mana saya???
Kalau anda jumpa memang hebatlah, sebab saya pun tak nampak saya yang mana. ~ huh

Seronok masa pertandingan kawad ni. Banyak kenangan indah. Persembahan kawad kami yang sangat mabeles. Terpegun penonton tengok. Cikgu kami kata camtu. 
Patutnya kami dapat no.1, tapi juri tu pilih kasih. Boleh pulak pasukan sekolah yang salah buat persembahan tu, juri suruh keluar dan masuk buat balik. Sabarjela.....

 Gambar saya masa sekolah.
Wokey, saya tau masa ni saya gelap.
T___T

Kenangan SPM sekolah memang best!!!


Picture credit to Cik Fana

22 March 2011

AKU BENCI ROKOK

SAYA BENCI ROKOK!!!


Kenapa saya benci rokok???
  • Asap dari rokok tu menganggu pernafasan saya. Memang sangat menganggu terutamanya bagi orang yang menghidapi penyakit athma cam saya ni.
  • Bau Busuk!!! Banyak pulak perfume nak kena simbah kat dalam kereta dan baju bila ada asap rokok yang melekat.
  • Rokok buat bibir lelaki nampak hitam dan muka mereka jadi nampak tak bermaya. Euw, sangat geli nengok bibir lelaki yang hitam disebabkan rokok tu. Nampak tak sihat jerk.
  • Rokok punca lelaki disekeliling saya ada banyak penyakit. MENCIK!!!!
  •  
    Pesanan saya untuk bakal perokok dan perokok :
    • Bagi kamu yang teringin nak cuba merokok tu baik batal sahaja hasrat kamu. Kamu ingat kamu merokok nampak macho ke ??? Tak langsung!!! Ulang lagi sekali, TAK LANGSUNG!!! Nanti bibir kamu pasti hitam, muka kamu nampak tak bermaya. Saya tau lah. Sebab saya boleh nampak perbezaan tu bila abang banyak merokok dan tak merokok.
    • Bagi perokok tegar tu, cuba cuba lah tinggalkan tabiat merokok tu. Tak boleh berhenti merokok??? Siapa kata tak boleh heh. Adik saya boleh pun. Cuba cari aktiviti lain bila tangan gatai nak pegang rokok. Elakkan dari cuba menyentuh rokok. BAHAYA!!! Allah pun tak suka hambaNya bahayakan diri sendiri. Fikirkanlah.....

    Mereka yang merokok ni bajet macho. Padahal tak pun. Serius TAK MACHO.
    Saya pernah tanya perokok, kenapa dia merokok. Dia kata nak relax tension. Waa... Jawapan dia...
    Boleh tenang ke lepas merokok tu??? Awat tak p solat ke baca Al-Quran nak cari ketenangan???
    Perokok ni tak sayang nyawa kot... Mereka tau merokok menjejaskan kesihatan, tapi still nak merokok. Tak ke tu namanya tak sayang nyawa??? Paling penting, perokok tu memang sengaja nak bagi orang sekeliling cepat mati. Risiko orang sekeliling dapat sakit akibat terhidu asap rokok lebih tinggi berbanding perokok. Patut ambil perhatian tentang itu.


    Pesanan terakhir untuk perokok :

    Jika kamu tak sayang nyawa kamu, kamu cuba fikir pasal orang sekeliling. Kesian kami. 
    #okbai




     Sesiapa yang nak tau sebab saya tetiba jadi gila meroyan merepek merapu pasal perokok and rokok segala, boleh klik pada gambar di atas.

    21 March 2011

    Hanya mampu tersenyum depan Fizo Omar

    Tapi akaun friendster ni dia dah tak aktif.

    Hai semua!!! 

    Apa khabar??? Dah lama tak updated blog lepas entri INI. Ramai pulak view entri ni... 18sx punya pasal la tu..

    Pasal apa gambar Fizo Omar kat atas tu??? hehehe... Sebab Fizo Omar jadi boyfriend saya??? #ohtidak
    Mimpi je la... hehehe

    Semalam jumpa Fizo Omar di pintu masuk Sri Pentas Utama. Wah, excited.... sampai blur jadinya. Tak de pun terlintas nak p bergambar dengan dia. T__T
    Tak dapat nak buat bukti kenangan. Tak de gambar.

    Mula-mula nampak Fizo Omar dari pandangan sisi. Senyap je masa tu. Tak bersuara pun dengan member. Takut salah orang.

    Sekali lagi pandang nampak pula pandangan depan. Terus excited cakap kat member. " Tu Fizo Omar... "
    Tetiba rasa nak melompat masa tu. Pasal apa entah. Nak kata terlalu minat...Tak de lah. Biasa biasa aje.

    Pandang Fizo Omar terus senyum dan tunduk. Konon sopan. ahaks...
    Fizo Omar balas senyuman. Aduh, rasa nak pengsan kat pintu masuk Sri Pentas tu je.
    Senyuman dia manis. Senyuman real dia lagi manis dari senyuman dalam tv tu...
    Hati berbunga-bunga sampai la hari ni...Masih terbayang-bayang senyuman dia....^___^

    Nak tau apa yang saya buat di Sri Pentas??? Tunggu next entri. Member tak email gambar lagi. Tumpang kamera member je masa tu... Tak de kamera sendiri... T__T


    20 mac 2011 jadi sejarah paling indah. Seindah senyuman Fizo Omar... auw ~
    Jangan nak muntah-muntah hijau kat sini pulak. Busuk!!!! #okbai

    18 March 2011

    Filem HMM menarik sebab 18SX ???


    Ramai yang cakap filem Hikayat Merong Mahawangsa ni menarik. Saya tengok trailer filem ni kat tv pun rasa tertarik. Tak sabar nak tengok hasil seni anak Melayu kita yang boleh setaraf filem hollywood gitu.

    Akhirnya semalam saya berjaya masuk ke panggung melihat sendiri filem ni. Tak mau duduk dengar cerita orang sahaja. Nak jugak merasa keseronokan menonton filem ni.

    Filem ni seronok sebab part 18SX tu ke??? #ohtidak

    Part mana yang 18SX tu??? Tak tengok lagi??? Nak tau boleh klik SINI. Munira anak Sajuti ni dah ceritakan setiap detailnya. So tak perlu saya nak ulang lagi. #malu

    Lepas saya tengok cerita ni baru saya tahu pasal kewujudan Hikayat Merong Mahawangsa ni. Hish Hish... Memang tak patut...

    Lepas tengok cerita ni jugaklah saya berminat nak tahu lebih lanjut pasal Hikayat Merong Mahawangsa ni.


    Computer-generated imagery (CGI) yang digunakan oleh KRU dalam filem ni nampak real berbanding filem  Melayu lain. Bagus!!! Takbir spring kat KRU....

    Pasal konsep Pancaran Haba Archimedes dalam filem ni mungkin nampak agak tidak logik di situ. Saya tak mau komen banyak-banyak sebab isu ni pun dah diketengahkan dalam blog Bila Tergigit Halia di SINI.


    Ini contoh ilustrasi konsep Pancaran Haba Archimedes
    Sumber dari SINI


    Filem Hikayat Merong Mahawangsa ni bukan sekadar filem yang ada unsur 18SX dan unsur aksi.

    Filem ini ada pengajaran di sebaliknya.
    • Jangan nak menilai orang sebelum kita kenal hati budi dia. Merujuk kepada Tuan Puteri dan Putera Marcus.
    • Jangan terlalu ikutkan nafsu, kerana nafsu menyebabkan akal menjadi cetek. Tak boleh berfikir secara waras. Pengajaran dari sikap kemawas yang bernafsu syaitan itu.
    • Jangan terlalu bongkak dan memandang rendah pada orang lain. Banyak perkara yang  boleh terjadi di luar dugaan kita. Pengajaran dari sikap kemawas jugak!!!
    • Kebijaksanaan mengatasi segalanya. Jadilah orang yang bijak mengatur strategi dan bukan hanya pandai tunjuk lagak kekuatan sahaja. Kebijaksanaan Merong Mahawangsa membuktikannya.

    Menarik bukan filem Hikayat Merong Mahawangsa ni??? Apalagi tunggu, p la serbu panggung di kawasan terdekat anda.

    Baik buruk filem ni anda nilai sendiri lepas menonton. Lain orang lain pendapat.... ^_^

    Sehati Berdansa

    Rasa malas nak p joging dan tiada tangga untuk bersenam, menari sahaja di dalam bilik. On music dan menari ikut rentak sendiri. hehehe

    Saya suka menari bila sorang sorang dalam bilik. Malu nak menari depan orang even keluarga sendiri. Sangat kaku mengalahkan ranting kayu.... >.<


    Kelebihan tarian :

    • Setengah jam melakukan tarian mampu membakar 200 hingga 400 kalori.
    • Kekerapan menari memperlahankan kadar degupan jantung, rendahkan tekanan darah, dan mengawal kandungan kalestrol.
    • Digalakkan menari selama 30 hingga 40 minit, tiga atau empat kali seminggu untuk membantu menambah tenaga
    • Sekiranya kamu baru menjalani pembedahan, menari adalah alternatif positif bagi menggantikan aerobik atau joging.
    * Dapat maklumat ni dari majalah DARA.com *


    Banyakkan kelebihannya??? So apalagi... JOM MENARI. Sehati Berdansa bermula!!!
    Wah, semangat gitu.... hehehe

      16 March 2011

      Kenalpasti masalah : Mengapa naik jerawat


      Jerawat jerawat jerawat.... Ada sahaja orang akan cari pasal jerawat. 
      Hari ni ada orang cari pasal punca masalah jerawat ni timbul. 

      Alang alang dah orang cari pasal mengapa naik jerawat, saya jadi baik hati nak kongsi info ni. hehehe... masuk lif tekan sendiri melambung ke tingkat paling atas.... >.<


      Antara punca jerawat adalah :

      • Ketidakseimbangan hormon. Masalah hormon tak seimbang ni memang selalu terjadi. Masalah ini boleh dilihat pada perempuan yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Jerawat selalu akan naik sebelum, semasa, atau selepas haid. Jika mahu atasi masalah ni boleh cuba VCO.
      • Diet pemakanan. Pengambilan makanan berlemak, bergula, dan berminyak yang berlebihan boleh menyebabkan jerawat naik. Makanan seperti chocolate dapat membantu kita mengurangkan stress, tetapi akan menyebabkan jerawat jika makan berlebihan. Digalakkan banyakkan makan makanan organik seperti sayuran dan buah-buahan.
      • Biologi berevolusi. Perubahan usia juga menyumbang kepada masalah jerawat ini. #sabarjela
      • Kekurangan vitamin. Kulit muka juga memerlukan vitamin. Digalakkan mencari vitamin yang sesuai untuk kesihatan kulit muka. Makan supplement lebih efektif berbanding menggunakan barang komestik.
      • Stress. Mereka yang stress ini selalunya akan naik jerawat pada bahagian dahi.
      • Sembelit. Bila sembelit, banyak pulak toksik terkumpul dalam badan dan jerawat pun naik dengan sihatnya. Minum soya boleh kurangkan masalah sembelit ni. hehehe
      • Terlalu banyak minum minuman bergas dan berkafien. Kedua-dua jenis minumam ni tidak elok pada kesihatan. Lebih baik jika dikurangkan penggunaannya. Badan sihat, kulit pun cantik. Echeh, gaya macam kulit sendiri tu chantek. Wokey, sedar diri.... T__T
      • Kurang minum air. Minum air secukupnya untuk kulit sihat, tapi kurangkan minum minuman bergula. Tak sehat!!!
      • Berjaga malam. Kulit muka juga memerlukan rehat, kerana masa tidurlah sel sel pada kulit muka akan diperbaharui. Saya pernah terbaca dalam majalah yang mengatakan masa paling sesuai untuk sel kulit diperbaharui adalah di antara pukul 12 malam hingga pukul 2 pagi. 
      • Tersalah pilih barang kosmetik. Barang kosmetik juga boleh jadi punca masalah jerawat di muka. Sesetengah bahan dalam barang kosmetik tersebut boleh menyebabkan pori pori di muka tersumbat. Perlu baca bahan-bahannya dulu sebelum membeli. Jika kamu mengalami masalah jerawat, digalakkan memilih barang kosmetik yang berasaskan air.

      Apa pun masalah perlu dikenalpasti puncanya terlebih dahulu sebelum mencari jalan penyelesaiannya.


      Info punca masalah jerawat ni diperolehi dari SINI, SINI,

      Curang, sudah menjadi Asam Garam Kehidupan


      Isu curang dalam kehidupan memang selalu ada. Tak boleh nak lari dah. Kalau tak hadapinya sendiri pun, dengar dan perhati pengalaman orang lain. Kes curang dalam hubungan kekasih tak de la berat mana sangat pun nak dibandingkan dengan kes curang dalam sebuah perkahwinan. 

      Bukan setakat suami je ada curang, isteri curang pun ada jugak. 


      Ada beberapa punca pasangan itu curang berdasarkan pemerhatian saya :
      • Pasangan duduk berjauhan. Kisah ni saya pernah perhatikan kat opis dulu. Opis mana tu biarlah rahsia. Si suami duduk berjauhan dengan si isteri, hanya seminggu sekali berjumpa. Lagi-lagi masa si isteri tengah pantang selepas bersalin dan duduk kat rumah kampung. Mau dua minggu sekali jumpa. Masa lain yang tak jumpa tu p jumpa orang lain. Mula-mula memanglah jadi rakan borak je sebab sunyi. Tapi lama-lama berlarutan pulak. #parah
      • Perubahan fizikal pada pasangan. Inilah masalahnya bila pilih pasangan kerana paras rupa fizikal. Bila fizikal pasangan berubah, hati pun berubah. Mula nak cari lain.
      • Hasutan kawan. Hari-hari cerita bertapa bestnya pasang lagi satu. Bangga pulak tu cerita kecurangan dia pada orang lain. Nak pulak yang dengar tu kurang waras, terus termakan hasutan. #bahaya
      • Godaan pihak ketiga. Inilah yang paling bahaya. Semua orang perlu berhati-hati. Ustaz pun boleh terperangkap tau. Kes ni dah terjadi kat kampung saya sendiri.
      • Memang seorang play. Sejak sebelum berkahwin lagi memang seorang player. Jadi sifat tu memang susah nak buang. Sebenarnya, boleh sahaja ubah sifat tu. Tapi kalau diri sendiri memang tak nak berubah jawablah kat akhirat nanti.
      • Tiada lagi cinta dan keserasian. Ini alasan yang paling saya tak boleh terima. Cinta dan keserasian bukan boleh dicari tapi dibina. Nak binanya memerlukan usaha kedua-dua belah pihak. 
      • Balas dendam. Bila si Suami curang, si Isteri tak puas hati terus curang jugak. Kalau kau boleh ikut pintu depan, aku ikut pintu belakang. Masing-masing nak tunjuk hebat. #apakejadahnya


      Tak kesah pihak ketiga ke diri sendiri ke atau pasangan, masing-masing adalah penyumbang kepada masalah ini. Perlu muhasabah diri sebelum nak tuding jari pada orang lain. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Perlu berbincang. Jangan bertindak melulu.

      Sudah, tak mau mebebel panjang-panjang. Takut. Saya tak kahwin lagi. Wallahhualam...


      Ini segmen yang dianjurkan oleh Bro Framstone berdasarkan isu yang diutarakan oleh Nurelle.
      Sesiapa yang nak join segmen ni boleh klik pada gambar atas tu. ^__^

      15 March 2011

      Phoshoot lagi???

      Tak habis habis photoshoot. Sana sini phoshoot. Penat penat *cakap gaya Ipin*
      Haip, berangan pulak dia. hehehe.... #terlebihsudah

      Ini bukan photoshoot majalah ke apa. Ini hanya sekadar photoshoot untuk simpanan koleksi sendiri. Boleh tunjuk pada anak cucu nanti camne rupa neneknya masa muda. hehehe

      Nampak kaku???
      Wokey, saya memang tak reti posing. #malu

      Hehehe...
      Comei tak???
      Sebelah saya tu satu-satunya adik perempuan.
      Harap maklum ^__^

      Terserlah kecomelan saya di sini. #erk
      Adik bongsu lagi tinggi. 

      Tak ada baby, bear pun jadik. hehehe

      Kadang kadang seronok berangan ni. Tapi jangan terlalu asyik berangan sehingga tidak berusaha melaksanakannya. 


       

      Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_