Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

31 May 2011

Terpegun melihat Menara Taming Sari Melaka


Sesiapa yang pernah datang ke Bandar Hilir, Melaka pasti tahu kewujudan Menara Taming Sari. Menara yang sering menjadi destinasi utama pelancong. 

Pertama kali saya melihat Menara Taming Sari, saya terpegun. Berdiri tepi jalan sambil memerhati ia berpusing dengan warna-warni lampunya. Punyalah terpegun sampai kawan panggil pun tak perasan. Nasib baik dia tak tinggal je saya kat situ. Kalau tak mesti terpinga-pinga di situ sambil nanges seperti anak kehilangan mak.




Tower Name: Menara Taming Sari (360 degree viewing tower)

Cost: RM24 million together with support Building (Melaka house)

Height: 110 meter

Passenger capacity:
66 passengers

Made/Technology: Switzerland

Ride Duration: 7 minutes
( sumber dari menaratamingsari )



Saya tak naik pun Menara Taming Sari tu. Malam tu tak berkesempatan. Nak berjalan-jalan di tempat lain pulak. Perlu spend lebih masa dengan 3 orang gadis Melaka. Sebab esoknya saya balik Kuala Selangor.
Maybe next time saya akan cuba rasai pengalaman menaiki Menara Taming Sari sambil memerhati keindahan malam Bandaraya Melaka.

Di sekitar Menara Taming Sari Melaka itu juga ada tempat nak shopping, cam ala ala uptown gitu. Apa tak namanya. Lupa pulak. Salahkan semut yang suka menyemak kat makanan n minuman saya. Hehehe....

Mata saya berpinau-pinau tengok banyak sangat pilihan pakaian yang cantik cantik. Harganya pun berpatutan. Saya sempat rembat sehelai blaus puteh. Rembat??? Beli wokey.


Naik Menara Taming Sari tak sempat. 
Jalan-jalan shopping sempat pulak. Haip! Haip!



Selain pakaian dan cenderahati, ada juga Chocolate Fruit Dip. Ada banyak pilihan di situ. Antaranya, Banana Chocolate Dip, Strawberry Chocolate Dip, dan Marshmallow Chocolate Dip (marshmallow tu buah ke?)



Marshmallow Chocolate Dip yang sangat mengancam.
Memang menggugat keimanan nafsu makan.


Rasanya pun mengancam jugak.
NyumNyum ~



Walaupun Melaka negeri yang kecil, tapi Melaka banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Semua cantik cantik. Kamu pasti teruja melihatnya. Kalau nak p sana boleh la roger roger saya. Bajet cam mahir sangat jalan kat Melaka tu. -_-




28 May 2011

Kasihnya Ibu


Hari ni aku mampu tersenyum, bercakap, dan berjalan semuanya kerana kasih mama padaku. Mama membesarkan anaknya ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. 


Mama masih mampu tersenyum di saat kelahiranku walaupun setelah bertarung nyawa melahirkan aku yang seberat 3.9kg.
Setiap malam di saat abah sedang berdengkur, mama sanggup bangun mencelik mata hanya kerana ingin membancuh susu untukku. Mama tidak sanggup mendengar tangisan kelaparan anaknya ini. Di siang hari mama tetap melayan kerenahku dengan senyuman walaupun mama tak cukup rehat di malam hari. 


Di saat diri ini tidak mampu berkata-kata seperti kanak-kanak lain, mama tetap sabar melayan kerenahku. Tiada jeritan yang dilemparkan padaku walaupun aku selalu menarik baju untuk memanggil mama bila inginkan sesuatu.


Mama selalu sediakan bekalan makanan pada setiap hari untuk aku sebelum aku pergi sekolah. Mama tak pernah mengadu keletihan walaupun mama membantu abah mencari sesuap nasi disamping menjalankan tanggungjawab sebagai surirumah. Bermacam-macam kerja mama lakukan hanya untuk membantu abah mencari nafkah untuk anak-anaknya. Mama pernah berjual dari rumah ke rumah, memasak, dan menjaga baby untuk memenuhi keperluan kami adik-beradik. Mama kuat melakukan pelbagai kerja kerana kasihnya pada anak-anak.


Mama sangat memahami anak-anaknya. Mama bukan sekadar ibu pada aku, tapi mama juga BFF aku. Kami selalu berkongsi cerita bersama. Cerita jejaka H pun mama tau. Jejaka H tu cerita lama, tak perlu nak ungkit lagi. T_T



Kasihnya Ibu pada anak-anaknya takkan pernah luntur hanya kerana sebotol clorox, dan tak pernah hilang walaupun dilanda ombak tsunami.



Lepas menang RM 50 dari joegrimjow, saya nak bawa mama makan di Pizza Hut. Di situ kami boleh makan, berkongsi cerita, dan bergelak tawa bersama. (Berangan mengalahkan mat jenin)
Hadiah yang diberikan oleh joegrimjow adalah anjuran bersama Faridzulasyraf.com dan Denaihati.com





Bicara Hati gadis : Entri kali ini terpaksa gunakan panggilan diri aku. *wink2*





27 May 2011

Blog readers can Earn too!


Duit Duit di mana engkau Duit. Menyanyi sambil mencari duit dicelah-celah helaian buku dan juga celah-celah susunan pakaian dalam almari. Bajet banyak sangat duit sampai rajin nak p selit merata. T_T


Manusia akan tersenyum kerana duit. Manusia juga akan jadi pemarah kerana duit. Macam-macam boleh berlaku hanya kerana duit. Duit boleh mengubah sikap seseorang. Dahsyatnya lah pengaruh duit ni.


Jika sebelum ini nuffnag hanya memberi peluang kepada blogger untuk menambah pendapatan, tapi kini nuffnag sudah berevolusi. Nuffnag juga memberi peluang kepada pembaca blog untuk menambah pendapatan. Mereka boleh membaca sambil menambah pendapatan. Mereka juga mampu jadi seperti blogger walaupun tidak memiliki blog. Hanya gunakan laman web sosial seperti Facebook atau twitter untuk menjana pendapatan dari blog yang dibaca. Bagaimana caranya???  Scroll la ke bawah lagi kalau nak tau.... ^_^
 


Beberapa langkah mudah untuk pembaca blog tambahkan pendapatan.



Untuk maklumat lanjut boleh layari Grapevine by Nuffnag



Lepas ni pembaca blog boleh la membaca blog kesukaan sambil menjana pendapat. ^_^



Bicara Hati gadis : Tetiba rasa makin sayang kat Nuffnag. Hee



26 May 2011

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia

Undian Blog Pilihan Malaysia 2011 bakal bermula..... 
Calon-calon BPM masih dalam pencarian. Sesiapa yang berminat untuk sertai boleh klik Pra-BPM 2011.


Tetiba pulak tahun ni gatai tangan nak join segmen ni. Bajet boleh tercalon. *cubit-cubit tangan*
Tercalon atau tidak, yang penting saya mencuba. Cuba untuk maju setapak ke hadapan dalam dunia blog ni. Lebih baik kita mencuba dari tak buat apa-apa. Betol tak?


Sebelum saya melalut ke laut, lebih saya terus menceritakan serba sedikit tentang blog saya. Khas untuk mereka yang baru ingin mengenali blog saya. Dah kenai tu duduk diam-diam je.... Hehehe


Blog saya boleh dikategorikan sebagai Blog Personal Wanita Pilihan. Saya menulis blog sejak Oktober 2009. Pilih bulan Oktober sebab bulan Oktober bulan kelahiran saya. Saja nak bagi pembaca blog ingat hari lahir saya. Hehehe... Jangan lupa 29 Oktober Hari Lahir saya. (Bajet ada yang nak bagi hadiah T_T)


Nama blog saya blog Bicara Gadis Hanim. Blog saya menceritakan tentang sebuah kehidupan yang tidak hanya tertumpu pada kehidupan saya seorang sahaja. Saya lebih suka membincangkan isu-isu seperti rumahtangga, cinta, kesihatan dan kecantikan.


Saya juga ada berkongsi resepi dan sedikit pengetahuan mengenai Bahasa Jepun dalam blog saya. 

Dipendekkan cerita, saya suka berkongsi apa yang saya tahu. Disebabkan itu, saya mewujudkan blog Bicara Gadis Hanim.





SEMOGA KAMU SEMUA ENJOY BACA BLOG SAYA.
^_^




25 May 2011

Aida Gadis Melayu mula berjinak-jinak dengan blog

Masih kamu ingat pada gadis ayu ini? Khairul NoorMaaidah namanya, atau dikenali dengan panggilan Aida. Dialah juara rancangan realiti Gadis Melayu musim pertama di TV9.





Aida Gadis Melayu ni seorang yang rajin update Facebook dia. Dari situ kita boleh tahu perkembangan dirinya. (Tak sabar nak tunggu kelahiran anak kak Aida. #tetiba)


Membaca cerita perkembangan Aida Gadis Melayu tak seseronok membaca ceritanya di blog. Sejak 7 Mac 2011 Aida Gadis Melayu sudah mula berjinak-jinak dengan dunia blog. Entri pertama Aida Gadis Melayu adalah Kasih Ibu. Dalam entri ni Aida menceritakan kisah kelahirannya. Bermula dari Ibunya mengandung sampai saat dia dilahirkan. Seterusnya Aida menceritakan kesah disebalik dia menceburi diri dalam rancangan realiti Gadis Melayu. Nak tahu lebih lanjut kisah hidup Aida boleh la follow blog Aida Gadis Melayu, SaLSabieyLa.




SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOG KAK AIDA !
(bajet kak Aida baca blog ni)






Kenapa perlu ada Wordless Wednesday???

Dia ni, dia ni, dan dia ni.... Masing-masing update entri dengan gambar tanpa berkata apa-apa. Mereka hanya biarkan gambar yang meluahkan segalanya.


Kenapa? Pasal Wordless Wednesday tu la. Tak tau lagi dia. Nak tau lebih lanjut pasal Wordless Wednesday baca INI.


Tapi kenapa perlu ada Wordless Wednesday??? Bukan ke hari Rabu hari yang paling sesuai untuk berkata-kata. Hari yang paling sesuai untuk kita berbicara meluahkan segalanya. Dipendekkan cerita, hari Rabu hari paling banyak kata laaaaa....... Hari Rabu tak sepatutnya jadi wordless.

Kenapa saya kata hari Rabu sepatutnya hari yang paling sesuai untuk berkata-kata meluahkan segalanya? Sebab, entri INI la.



Bicara Hati gadis : 
Hari ni tetiba macam banyak pulak perkara nak diluahkan dalam blog. hehehe



Lasertag di Laser War Zone memang cool !!!

Akhirnyaaaaaaaa...... Siap jugak video yang dinanti-nantikan. Hampir berjanggut saya tunggu video ni. T_T

Video yang saya maksudkan ni adalah kesinambungan dari entri LASER WAR ZONE medan peperangan paling menyeronokkan. Kamu yang hanya baca dan tengok gambar-gambar saya di entri tu pun boleh kata lasertag ni sangat cool. Lepas kamu tengok video ni mesti akan rasa lasertag ni permainan yang double tripple cool.... konpiden je gadis ni... -_-


Tapi sebelum menonton video ni, kamu kena bersiap sedia dengan selimut. Sebab, video ni pun sangat COOL..... Nanti tak pasal pasal ada yang menggigil kesejukan. Hehehe...


Sila jangan perhatikan perempuan yang pakai tudung tu. *tutup muka malu*



Dah habis tonton??? Apa macam? Cool kan video ni? seCOOL lasertag di Laser War Zone.
Siapa sangka video ni hanya di'edit' oleh seorang setiausaha. Dia siap masukkan suara latar lagi dalam video dia ni. Memang terbaik! (harap setiausaha tu baca dan belanja saya mcD. lalala )



Nak rasa seronok atau tidak lasertag ni, kamu kena cuba sendiri. Jangan hanya percaya pada apa yang kamu lihat.




23 May 2011

Pusing dan Menang


WOW! Kotex has created an exciting WOW Twist game for all to join. Game ni sangat mudah dan WOW! Memerlukan kecekapan ingatan dan kepantasan menggunakan tetikus. Hadiah yang disediakan juga WOW!



INDIVIDUAL PRICES
Top Prize iPod Touch x 1 and Standard seating movie tickets x 2
Second Prize : iPod Nano with Multitouch x 1 and Standard seating movie tickets x 2
Third Prize : Standard seating movie tickets x 10


TEAM PRIZE
iPod Touch x 4 and Gold class movie tickets x 8 ( 2 per parcticipant )



Hadiah dah WOW, mesti game pun WOW jugak. Percayalah babe....



Click WOW Twist game for join.


How to play ?

  • Klik mana-mana dua WOW twists yang comei tu.

  • Padankan WOW twist yang sama patterns.

  • Selesaikan semua sekali untuk meneruskan ke pusingan seterusnya. Perlu selesaikan mengikut masa yang ditetapkan.



WOW twist game ada tiga pusingan perlu dilaksanakan :


Pusingan pertama

Pusingan kedua

Pusingan ketiga




Semakin lama semakin banyak twist yang perlu dipadankan. Comei comei pulak twist ni. Geramnya saya... Rasa nak picit je... ngeh ~



Lepas dah selesaikan ketiga-tiga pusingan WOW twist game, kamu perlu register untuk masukkan skor kamu ke dalam leaderboard.  Semakin tinggi skor kamu semakin tinggi peluang kamu nak menang hadiah.



Skor saya pada ranking number 76. T_T

yang lain pasti boleh buat lagi baik dari saya, kan kan??? Janganlah malu-malu nak ngaku...*sambil cuit-cuit bahu*



WOW twist game juga boleh main secara berkumpulan. Find 4 persons and create a team.
Sebagai ahli pasukan, kamu boleh menyumbangkan skor individu kepada jumlah keseluruhan skor  kumpulan. Faham??? Tak faham??? Meh meh saya bagi contoh. 


Jika kamu dan ahli pasukan kamu memperolehi 2000 mata, maka jumlah skor keseluruhan kumpulan kamu akan jadi 8000 mata.

Setiap kumpulan hanya boleh hantar satu skor sahaja. So, create as many teams as you can. Skor kumpulan paling tinggi berpeluang memenangi hadiah yang WOW itu.






The Contest will run from 26/04/2011 at "00:00:00" to 12/06/2011 at "23:59:59".




GUD LUCK!!!
*tengah berusaha mencari team members*






22 May 2011

Mereka sudah jatuh cinta dengan Kuala Selangor

Sangat bangga jadi anak jati Kuala Selangor walaupun Kuala Selangor bukanlah seperti bandar Klang atau Kuala Lumpur. 


Kenapa saya bangga jadi anak jati Kuala Selangor? 
Sebab Kuala Selangor best! Ada macam-macam yang menarik.

Kuala Selangor banyak tempat sejarah. Boleh dikatakan seperti Melaka jugak la. Tempat sejarah yang selalu jadi tumpuan pelancong adalah Bukit Melawati. Haip! Jangan ingat lotong (lotong wokey, bukan lontong) je ada kat sini. Asal sebut bukit melawati je orang mesti akan cakap "oh, bukit yang banyak lotong tu". lol


Lotong tu memanglah salah satu daya tarikan Bukit Melawati ni. Tapi bukan lotong tu je yang ada kat Bukit Melawati. Ada macam-macam lagi.



Salah satunya rumah api di puncak Bukit Melawati.


Tengok betapa ramai pengunjung yang suka datang ke Bukit Melawati ni.
Pengunjung terdiri daripada penduduk tempatan dan juga pelancong asing.



 Selain itu, ada abang encem.... Hehehe

Abang encem yang ada depan Muzium Permainan Tradisional


Kita boleh dapat macam-macam maklumat tentang permainan tradisional jika kita masuk ke dalam Muzium Permainan Tradisional ni. 

 Pertama kali saya tau kewujudan permainan Rip-Rip Ram ni.
T_T


Saya dan dua orang kawan sempat lagi bermain ting ting di luar Muzium Permainan Tradisional. Tetiba teringat zaman kanak-kanak dulu. Comei sangat gaya kami main ting ting tu. Tak percaya tunggulah kemunculan video dari pengacara popular. Hehehe.... Masuk lif tekan button sendiri terus melonjak ke tingkat paling atas.


Masa untuk beramah mesra.
Pengacara popular ni memang peramah, dengan lotong pun dia ramah jugak.
^_^


Selain itu terdapat juga tempat bersejarah yang lain di Kuala Selangor, seperti ;
  • Makam anak dara yang dahulunya pernah digunakan oleh sesetengah pihak bagi mendapatkan nombor atau membayar niat.
  • Kota Tanjung Keramat yang pernah dikenali sebagi bukit belanda.
  • Batu Hampar yang pernah digunakan sebagai tempat pancung kepala suatu ketika dahulu .
  • Meriam yang pernah digunakan oleh Belanda.
  • Baitulhilal tempat melihat anak bulan.
  • Telaga tujuh yang suatu ketika dahulu pernah digunakan oleh penduduk setempat ketika musim kemarau.
  • Perigi Beracun yang digunakan untuk merendam penderhaka.


Disebabkan Kuala Selangor menjadi tumpuan pelancong, Kuala Selangor menjadi sebuah pekan yang semakin maju. Terdapat Plaza di Kuala Selangor, iaitu Plaza One. Plaza One terletak di belakang Tesco Kuala Selangor. Kuala Selangor juga ada Pizza Hut, mcD, KFC, dan Secret Recipe. 
Dah tiada alasan lagi untuk pergi ke tempat lain. Semuanya ada di Kuala Selangor.


Antara banyak tempat yang kami lawati di Kuala Selangor ni, In Box Karaoke la paling mabeles. Hehehe.... Nampak sangat suka sumbangkan suara yang sumbang.



Bukan saya saja yang kata In Box Karoke di Plaza One ni sangat mabeles. Gadis ni juga!

Menyanyi penuh gaya dia. Hehehe...


" Lebih baik aku pergi karaoke kat sini daripada pergi Kuala Lumpur. Klang ke Kuala Selangor pun tak sampai sejam "

Itulah yang dikatakan oleh gadis Klang.



Saya memuji In Box Karaoke di Plaza One bukan kerana saya anak jati Kuala Selangor, tapi kerana perkhidmatannya. Biliknya besar dan harganya berpatutan. Hanya memerlukan RM20 (weekends price) untuk berkaraoke di bilik standard (bilik paling kecik). Bilik standard ni boleh memuatkan 5-6 orang. Besarkan? Memang berbaloi-baloi berkaraoke di Plaza One ni.


Kepada sesiapa yang masih belum berpeluang melawat Kuala Selangor, boleh la luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan untuk datang melawat  Kuala Selangor. Tempat yang penuh sejarah dan kehijauan. Pastikan anda bawa orang yang mahir dengan Kuala Selangor. Jika tidak anda pasti tidak tahu tempat-tempat yang patut dilawati. 



SELAMAT DATANG KE KUALA SELANGOR !!!




Ini pancake ke lempeng???


Sekali cuba makan pancake kat mcD terus teringin nak masak sendiri. Bajet pandai sangat la nak masak kan....


Sekarang nak cari resepi tak susah. On laptop, on tenet, terus p kat google and search. Tak perlu nak kecoh kecoh tanya orang. 

Hek Eleh! Pancake pun tak tau buat? 

Serius malu nak tanya orang lagi lagi bila ada respon yang kurang menyenangkan. Tanya google tak de malu sangat. Hehehe...


Dengan konpiden dan penuh kenyakinan saya terus salin resepi yang saya tengok. Tak de pulak nak p godek-godek resepi lain. Memang letak 100% kepercayaan kat resepi tu la..... (Padahal malas)


Dengan penuh kenyakinan juga saya pergi menghuru-harakan dapur.

Dah siap bancuh semua terus masak bancuhan pancake tu. Hati berdebar, menanti penuh harapan. Dah terbayang-terbayang pancake yang sedap lagi gebu dan montok.



Sekali tengok...........Oh tidak!!!!!!!!!!! (menjerit dalam hati je. kalau jerit kuat-kuat kantoi la masak tak menjadi. ngeh)



Konpius je nengok hasilnya... Ni pancake ke lempeng??? Tak gebu pun.... grrrrrrrrrrrrrrr ~


Aiskrim di atas pancake jadi penyeri.
(Nasib baik ada aiskrim. Sedaplah juga makan.)






Pengajaran :

- Jangan letak 100% kepercayaan pada sesiapa atau pada sesuatu perkara. Nahas kamu yang akan kecewa.

- Jangan terlalu malas untuk menyelidik sesuatu perkara. Tanpa penyelidikan yang rapi, hasilnya pasti tidak memuaskan.




Cukuplah sekali saya buat perangai buruk camni. Buangkan sifat malas, tambahkan sifat rajin dalam diri. Semoga kita semua menjadi insan yang rajin, rajin membuat kebaikan. ^_^




20 May 2011

Tergamam seketika bila dengar kawan sakit kanser

Handphone yang jarang berdering tetiba menjerit. Menerima panggilan dari seorang kawan. Dia bagi tau yang seorang kawan bernama Faz (panggilan manja di rumah Alin) menghidapi kanser. Kanser mulut. Dah tahap kritikal. Tak boleh bercakap dah.


Terus tergamam dengar berita tu. Tetiba jadi gagap.


Dah lama tak jumpa dia. Tetiba dapat berita dia sakit.  T_T

Faz, akak rindu Faz.... Rindu sangat!!!


Tetiba rasa sebak.



Gambar yang sempat candid time praktikal kat JKR.


Semakin sebak tengok gambar Faz yang ni.
T_T




18 May 2011

LASER WAR ZONE medan peperangan paling menyeronokkan

Hai semua!


Hati berkobar-kobar nak cerita pengalaman berperang di LASER WAR ZONE. Jangan tak percaya wajah seayu (ayu la sangat) saya pun mampu pergi berperang. Hehehe...



Laser war zone is the ultimate laser tag challenge. Cabaran laser tag merupakan sebuah permainan yang menyerupai medan peperangan yang sebenar. Cabaran laser tag melibatkan penggunaan hand-held infrared-emitting targeting device. Peralatan ini tidak menyakitkan kerana menggunakan konsep laser untuk menembak.


Bersiap sedia dengan senjata sebelum masuk ke medan peperangan.


Sebelum misi peperangan dimulakan, semua pemain akan diberi sedikit penerangan mengenai permainan dan juga cara penggunaan senjata. So kamu tak perlu la takut takut nak mencuba permainan ini.



Kawasan medan peperangan.



9 sebab kenapa saya kata laser war zone BEST :
  1. Cabaran lasertag di laser war zone merupakan indoor sport yang tak memerlukan anda untuk berjemur di bawah panas matahari. Sudah pastinya warna kulit takkan berubah.
  2. Cabaran lasertag merupakan game seumpama paintball tapi tidak mengotorkan baju. Baju kamu akan kekal cantik seperti sebelum kamu bermain.
  3. Badan tak rasa sakit sakit sebab hanya ditembak menggunakan cahaya atau dikenali sebagai laser. Balik rumah masih boleh tersenyum riang.
  4. Kamu akan dapat alami sendiri pertempuran di medan peperangan. Di dalam cabaran laser tag ni kamu perlu mengatur strategi dengan baik bagi memastikan kamu memperolehi mata yang banyak.
  5. Cabaran lasertag sesuai untuk semua peringkat umur. Hanya ibu mengandung sahaja yang tidak dibenarkan main.
  6. Laser War Zone ada menyediakan pelbagai kemudahan seperti loker berkunci untuk menyimpan barang-barang berharga, cctv untuk keselamatan dan juga toilet.
  7. Sambutan-sambutan hari penting seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan, atau apa-apa sahaja acara boleh diadakan di sini. Makanan dan minuman akan disediakan. Penggunaan private room juga disediakan.
  8. Permainan di laser war zone dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan juga kekeluargaan.
  9. Harga yang ditawarkan berbaloi-baloi.
Mission price for non-members RM 18, members RM 15, and students RM 12.
Price for battle tag party is RM 40 for 2 missions (minimum 15 pax)
Prive for battle tag extended is RM 50 for 3 mission (minimum 15 pax)




Jika berminat anda boleh datang terus ke Laser War Zone di I-City atau hubungi di talian 03-355218775.


Lokasi :
Unit K-14-1,
Jalan Multimedia 7/AH, citipark,
I-City,
40000 Shah Alam,
Selangor.



Selain itu, kamu juga boleh membuat tempahan secara online di www.laserzone.com



    Semasa di Laser Wat Zone, pengacara segmen bersama Aizuddin bersama jurukameranya sempat merakamkan detik pengalaman kami di sana. Nantikan kemunculan videonya. Baik punya..... ^_^

    Antara scene yang dirakamkan.



    Antara mereka yang terlibat.
    Semuanya masih mampu posing walaupun dah 4 mission kami main.
    Ternyata cabaran lasertag di Laser War Zone ini memang menyeronokkan.



    BEST SANGAT!!!




    Tawaran hebat untuk non-members. Diskaun RM 5 untuk satu pertempuran. Tawaran sah sehingga 27 May 2011. So apa tunggu lagi??? Telefonlah rakan-rakan atau ahli keluarga. Ajak mereka ke LASER WAR ZONE.

    Jom ramai-ramai serbu Laser War Zone di I-City Shah Alam.



    Operating Hours :
    1.00PM to 12AM (Weekdays)
    10.00AM to 1.00AM (Weekend)





    Photographers :  Nur Elyani dan Eazy Izzuddin





    16 May 2011

    Terima Kasih cikgu! Kerana cikgu saya dapat merasa jadi jurutera.



    Start mula bercakap masa berumur 5 tahun. Lambat kan? T_T


    Bila masuk tadika 6 tahun saya masih pelat dalam pertuturan. Tak lancar. Selalu saja digelak dengan kawan-kawan. Tapi cikgu tadika saya tetap kata saya bagus. Dia kata saya sangat berani jawab soalan even cakap pelat. Cikgu layankan je apa saya cakap even dia tak berapa nak paham. Sayang cikgu!!! Cikgu pun masih ingat saya sampai sekarang. Terima kasih... ^_^


    Masa darjah tiga saya pernah diketok dengan buku teks matematik yang tebal berpuluh-puluh helai sebab salah jawab soalan dalam buku latihan. Pasai ni la kot ketinggian saya terbantut je. Hee...
    Lepas diketok tu terus saya marah marah. Mana tak marahnya, sakit tau! Bukannya sekali je kena ketok. Banyak kali. Kalau satu soalan salah 3 kali kena ketok. 5 soalan dah berapa.... Sakitnya kepala... Tetiba terasa sakitnya sekarang.
    Tapi bila saya tengok diri saya sekarang, saya berterima kasih sangat pada cikgu yang ketok kepala saya tu. Terima kasih cikgu! Kerana cikgu lah saya sangat pandai dalam matematik. Pandai ke? Hehehe... Pandai la jugak....


    Masa darjah enam pun saya pernah diketok. Ketok lagi.... T_T
    Saya diketok di dahi dengan bola pingpong yang dibalut lapisan aluminium. Kali ini bukan kerana saya salah jawab. Semua sebab budak belakang saya salah jawab soalan Sains yang cikgu tanya. Tak pasal pasal saya yang kena. Sabar je la....
    Sejak dari saat itu, saya belajar subjek Sains bersungguh-sungguh. Saya belajar dan belajar sampai lah saya boleh dapat markah hampir penuh untuk setiap kertas soalan yang cikgu beri. Saya nak buktikan pada cikgu yang saya bagus. Bagus kan cikgu ketok kepala saya? Jika tidak mesti saya akan terus leka dan tak berjaya cam sekarang. Terima kasih cikgu!


    Masa tingkatan dua saya pernah ternampak kakak and abang tingkatan tiga didenda berjemur kat dataran perhimpunan sebab dapat markah rendah dalam subjek kemahiran hidup. Saya tengok cikgunya pun garang je. Bila saya masuk tingkatan tiga cikgu yang garang tu jugak ajar saya subjek kemahiran hidup. Sebab cikgu garang saya belajar bersungguh-sungguh. Saya berjaya dapat 90% ++ masa ujian pertama. Sepanjang tahun saya belajar bersungguh-sungguh untuk subjek tu. Saya tak mau kena denda dengan cikgu. Cikgu garang. Alhamdulillah saya dapat A untuk subjek kemahiran hidup. Terima kasih cikgu sebab garang dengan saya masa mengajar. Jika cikgu tak garang mesti saya malas belajar.


    Masa tingkatan empat saya dapat cikgu yang baik sangat. Cikgu mengajar subjek kimia masa tu. Tingkatan lima pun cikgu tu ajar saya jugak. Cikgu ajar subjek matematik dan kimia. Cikgu jugak guru kelas kami. Cikgu saya sangat amek berat pasal anak-anak muridnya. Cikgu bagi saya pinjam buku-buku latihan yang cikgu ada supaya saya boleh belajar. Cikgu layankan aje saya bila saya tak paham. Saya tau cikgu amat susah nak pahamkan saya masa tu. Terima kasih cikgu! Kerana kesabaran dan keprihatinan cikgu saya minat subjek kimia. Masuk universiti pun saya masih minat subjek kimia ni. Saya jadi bahan rujukan rakan-rakan kelas untuk subjek ni. Terima kasih lagi sekali. Terima kasih cikgu.




    Terima kasih buat semua guru dan pensyarah yang pernah mengajar saya. Tanpa semua pendidik ni mesti saya takkan mampu capai cita cita saya untuk jadi seorang jurutera.





    Dedikasi khas untuk :
    Guru Tadika Tanjung Keramat (1992)
    Guru-guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat (1993-1998)
    Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor (1999-2003)
    Pensyarah-pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (2004-2010)





    TERIMA KASIH
    SELAMAT HARI GURU







    Rasa cam saya dah mula jatuh cinta dengan kerjaya guru ni je sejak tonton Gemilang di TV3 setiap hari Isnin.





    15 May 2011

    Lelaki mesti baca ni !!! Lelaki tamak tak boleh berpoligami.


    Tetiba pulak nak bincang pasal isu poligami. Letak tapak tangan atas dahi. Suhu badan ok. Tak panas. Wokey, saya sememangnya tengah normal sekarang ni. Hee


    Isu poligami ni memang agak sensitif bagi sesetengah pihak, especially perempuan la......


    Kamu mesti dah baca dan dah tau pasal Salleh Yacob bakal berkahwin lagi untuk mengisi kekosongan kuota nombor 4. 
    Pasal isu jugak la saya dengan mama tetiba buat forum perdana kat rumah. Cheh, gaya forum perdana tu macam ramai panel n ramai penonton je. Padahal hanya kami berdua je duk berbalas pendapat. Hee


    Saya sebenarnya tak de la terlalu membantah lelaki berpoligami. Tapi, tak terlalu menyokong jugak! Senang cerita neutral la....

    Lelaki ni boleh kalau mereka mau memiliki isteri lebih dari satu. Tapi.... Dia mestilah mampu bersikap adil. 

    Adil merangkumi nafkah zahir dan batin. Jangan ingat yang batin je. Kalau bab batin batin ni bukan main laju erk kamu. Tepuk dahi masing-masing.



    Tak kesah lelaki nak kawen lebih dari satu. Tapi dia mesti adil terutama dalam penyediaan keperluan semua isteri-isterinya. Jika isteri pertama diberi rumah bernilai hampir setengah juta, isteri-isteri yang lain pun mesti diberi rumah yang mempunyai nilai sama. Kereta pun begitu juga. Biarpun jenisnya berbeza, tapi nilainya mesti sama. Barulah dikatakan adil.
     Kata-kata luahan seorang yang bernama isteri, dan orang tu pastinya bukan saya.
    Saya masih bujang la. Hee



    Wahai lelaki yang ingin berpoligami, mampukah kamu nak menjaga segala keperluan isteri-isteri kamu tu nanti? Keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal, dan paling utama, bab agama. Memberi didikan agama yang mencukupi pada semua isteri-isteri. Mampu?
    Jika tak, kuburkan sahaja hasrat kamu bawah pokok kepala. 


    Lagi satu, lelaki berpoligami ni seharusnya mempunyai sifat pemurah. Tidak tamak. Kenapa saya kata begitu?
    Sebab, dia perlu berkongsi segala-galanya dengan ramai isteri. Bila dia dapat gaji, dia kena bahagikan gaji dia tu. Dia tak boleh nak bolot semua sorang.

    Dia juga perlu sediakan rumah untuk semua isteri dia. Dia tak perlu ada rumah pun tak pe. Kan nanti dia bergili-gilir setiap rumah. Hee...

    Lelaki jenis ini juga seharusnya mampu bekerja kuat untuk menyara semua isterinya. Tak boleh la nak harapkan hasil duit isteri ja. Itu kan tangunggjawab kamu wahai lelaki. Betol tak?




    Semua ini hanya berpendapat saya sahaja. 
    Jika kamu ada pendapat lain, boleh luahkan diruangan komen. ^_^




    14 May 2011

    5 orang artis yang ingin jumpa

    Antara 5 orang artis yang saya teringin sangat nak jumpa adalah ;


    1.  HELIZA HELMI
    Siapa yang tak kenal Heliza Helmi meh saya tolong bulatkan mata dia bagi kenal. Hehehe... Masih ada orang tak kenal Heliza Helmi si comel lote ni ke? Hish, takkan la ada. Dia ni dah la putih, comel, ayu, sopan lagik. Hamboi! Bukan main lagi puji. Hee...
    Saya teringin nak jumpa Heliza dan bergambar dengan dia. Nak buat pose mata bulat besar. Pose comei gitu. Euw, comei ke pose saya buat tu nanti. T_T
    Saje nak buat pose camtu. Nak tengok sama tak kami bila buat pose camtu. Sebab ada yang kata kami sama. Hee...

    Ce tengok ce tengok gambar kami, Sama tak? Hehehe... Bab warna kulit tu abaikan saja. Heliza Helmi sememangnya lagi putih dari saya.

     Abaikan yang bertudung hijau tu jugak. Hee...
    Jangan marah Munira. Gurau jerk.


     Gambar Heliza ni ambil dari beautifulnara.com



    2.  AIDA GADIS MELAYU
    Saya kenal kak Aida ni masa dia jadi peserta gadis melayu lagi. Mula-mula saya ingat dia sebaya saya. Rupanya dia setahun lagi tua. Kenalah panggil kakak.
    Saya suka dengar kak Aida berpantun. Spontan saja dia. Teringin gak nak dengar dia berpantun secara real, face to face. Boleh berbalas pantun. Bajet pandai pantun sangat... Hee...
    Bila agaknya boleh jumpa kak Aida?


    3.  AZNIL HJ. NAWAWI
    Saya teringin nak jumpa Aznil Hj. Nawawi! Tengok dia nampak muda je kat dalam tv, padahal dia sebaya mama. Awet muda kan dia? Jeles tau saya Pak Nil. Nak panggil Pak Nil pun segan. Nampak muda. Hee...
    Nanti bila jumpa dia saya nak tanya rahsia awet muda lah. Hehehe.


    4.  IRINE NADIA MARCELLO
    Artis yang keempat saya nak jumpa ni merupakan seorang blogger.  Blogger pemes lagik. Ramai orang kenal. Boleh dikatakan sebagai public figure la.
    Saya tengok dia dalam picture comei. Tengok dia ni baik je. Teringin pulak nak jumpa real. Hee... Nak sangat jumpa Irine Nadia Marcello


    5.  ZUHRY DARKBATMAN
    Artis kelima ni seorang blogger jugak! Blogger pun artis jugak lah. Blogger pun orang seni. Seni penulisan. Hee....
    Kenapa saya nak jumpa dia? Sebab dia hensem? Bukanlah!
    Saya teringin nak jumpa dia sebab nak dengar dia gelak kehkehkeh. Kalau kamu baca blog dia mesti kamu tau sebab apa saya nak dengar dia gelak kehkehkeh. darkbatman.com

     




     

    Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_