Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

22 May 2011

Ini pancake ke lempeng???


Sekali cuba makan pancake kat mcD terus teringin nak masak sendiri. Bajet pandai sangat la nak masak kan....


Sekarang nak cari resepi tak susah. On laptop, on tenet, terus p kat google and search. Tak perlu nak kecoh kecoh tanya orang. 

Hek Eleh! Pancake pun tak tau buat? 

Serius malu nak tanya orang lagi lagi bila ada respon yang kurang menyenangkan. Tanya google tak de malu sangat. Hehehe...


Dengan konpiden dan penuh kenyakinan saya terus salin resepi yang saya tengok. Tak de pulak nak p godek-godek resepi lain. Memang letak 100% kepercayaan kat resepi tu la..... (Padahal malas)


Dengan penuh kenyakinan juga saya pergi menghuru-harakan dapur.

Dah siap bancuh semua terus masak bancuhan pancake tu. Hati berdebar, menanti penuh harapan. Dah terbayang-terbayang pancake yang sedap lagi gebu dan montok.



Sekali tengok...........Oh tidak!!!!!!!!!!! (menjerit dalam hati je. kalau jerit kuat-kuat kantoi la masak tak menjadi. ngeh)



Konpius je nengok hasilnya... Ni pancake ke lempeng??? Tak gebu pun.... grrrrrrrrrrrrrrr ~


Aiskrim di atas pancake jadi penyeri.
(Nasib baik ada aiskrim. Sedaplah juga makan.)






Pengajaran :

- Jangan letak 100% kepercayaan pada sesiapa atau pada sesuatu perkara. Nahas kamu yang akan kecewa.

- Jangan terlalu malas untuk menyelidik sesuatu perkara. Tanpa penyelidikan yang rapi, hasilnya pasti tidak memuaskan.




Cukuplah sekali saya buat perangai buruk camni. Buangkan sifat malas, tambahkan sifat rajin dalam diri. Semoga kita semua menjadi insan yang rajin, rajin membuat kebaikan. ^_^




4 comments :

  1. sebijikk same mcm lempeng yg aku biasa buat hahah

    ReplyDelete
  2. salu carik resepi dkt kt myresepi..tapi yang byk org komen ckp jadi je..yg xde sape komen..xbrani nak cuba..gugugugu..

    ReplyDelete
  3. hihii akak nampak pancake la hanim hihih berjaya la tuh

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_