Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

15 May 2011

Lelaki mesti baca ni !!! Lelaki tamak tak boleh berpoligami.


Tetiba pulak nak bincang pasal isu poligami. Letak tapak tangan atas dahi. Suhu badan ok. Tak panas. Wokey, saya sememangnya tengah normal sekarang ni. Hee


Isu poligami ni memang agak sensitif bagi sesetengah pihak, especially perempuan la......


Kamu mesti dah baca dan dah tau pasal Salleh Yacob bakal berkahwin lagi untuk mengisi kekosongan kuota nombor 4. 
Pasal isu jugak la saya dengan mama tetiba buat forum perdana kat rumah. Cheh, gaya forum perdana tu macam ramai panel n ramai penonton je. Padahal hanya kami berdua je duk berbalas pendapat. Hee


Saya sebenarnya tak de la terlalu membantah lelaki berpoligami. Tapi, tak terlalu menyokong jugak! Senang cerita neutral la....

Lelaki ni boleh kalau mereka mau memiliki isteri lebih dari satu. Tapi.... Dia mestilah mampu bersikap adil. 

Adil merangkumi nafkah zahir dan batin. Jangan ingat yang batin je. Kalau bab batin batin ni bukan main laju erk kamu. Tepuk dahi masing-masing.



Tak kesah lelaki nak kawen lebih dari satu. Tapi dia mesti adil terutama dalam penyediaan keperluan semua isteri-isterinya. Jika isteri pertama diberi rumah bernilai hampir setengah juta, isteri-isteri yang lain pun mesti diberi rumah yang mempunyai nilai sama. Kereta pun begitu juga. Biarpun jenisnya berbeza, tapi nilainya mesti sama. Barulah dikatakan adil.
 Kata-kata luahan seorang yang bernama isteri, dan orang tu pastinya bukan saya.
Saya masih bujang la. Hee



Wahai lelaki yang ingin berpoligami, mampukah kamu nak menjaga segala keperluan isteri-isteri kamu tu nanti? Keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal, dan paling utama, bab agama. Memberi didikan agama yang mencukupi pada semua isteri-isteri. Mampu?
Jika tak, kuburkan sahaja hasrat kamu bawah pokok kepala. 


Lagi satu, lelaki berpoligami ni seharusnya mempunyai sifat pemurah. Tidak tamak. Kenapa saya kata begitu?
Sebab, dia perlu berkongsi segala-galanya dengan ramai isteri. Bila dia dapat gaji, dia kena bahagikan gaji dia tu. Dia tak boleh nak bolot semua sorang.

Dia juga perlu sediakan rumah untuk semua isteri dia. Dia tak perlu ada rumah pun tak pe. Kan nanti dia bergili-gilir setiap rumah. Hee...

Lelaki jenis ini juga seharusnya mampu bekerja kuat untuk menyara semua isterinya. Tak boleh la nak harapkan hasil duit isteri ja. Itu kan tangunggjawab kamu wahai lelaki. Betol tak?




Semua ini hanya berpendapat saya sahaja. 
Jika kamu ada pendapat lain, boleh luahkan diruangan komen. ^_^




13 comments :

  1. yeah.. nak berpoligami kena adil..
    kalau kerana nafsu semata-mata, baik tak payah..
    sbb kalau sbb nafsu, mesti nk lebihkan bini muda je..

    ReplyDelete
  2. harap2 bakal laki ku nanti tak tamak dan hanya chenta ku sorang.whahhaha.

    takmo la poligami.kang kesian dia.tak adil ke nanti,susaahhh.haha

    ReplyDelete
  3. biasa lah lelaki bab batin batin mesti la laju. n n tamak tu perkara normal ;p

    ReplyDelete
  4. aku xtamak~hehe~
    nway,,BW here..kaLu sudi2,jenguk la sini.
    http://simpleasfiq.blogspot.com/
    kaLu nak foLLow 2, diaLu2kan~

    ReplyDelete
  5. Bukan senang nak jumpa lelaki berpoligami yang adil. Bila nak berpoligami, time tu la nak cerita pasal agama, sunnah nabi katanya. Pada hal, hari-hari takde pulak nak ambil berat tentang agama. Itu majoriti la. Kalau ada yang betul-betul adil tu, Alhamdulillah. Terselamat golongan isteri ni.

    Apa-apa pun, saya tak sanggup kot kalau husband kahwin lagi satu. Hukhuk. Takmo la!

    ReplyDelete
  6. ada lgi ke org yang adil nk berpoligami ni?

    ReplyDelete
  7. tamo...tamo di madukan or dimadui.........fullstop!..:(

    ReplyDelete
  8. tak sanggup rasanye nk bermadu..
    harap di jauhkan..

    ReplyDelete
  9. kalau si isteri yang tamak macam mana.. mau banckrap si suami..

    ReplyDelete
  10. lelaki yg berpoligami ni sbnrnya disebabkan oleh sindrom andropous

    ReplyDelete
  11. @Ujang9897
    hahaha... bagi tau yana.... report report...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_