Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

31 May 2011

Terpegun melihat Menara Taming Sari Melaka


Sesiapa yang pernah datang ke Bandar Hilir, Melaka pasti tahu kewujudan Menara Taming Sari. Menara yang sering menjadi destinasi utama pelancong. 

Pertama kali saya melihat Menara Taming Sari, saya terpegun. Berdiri tepi jalan sambil memerhati ia berpusing dengan warna-warni lampunya. Punyalah terpegun sampai kawan panggil pun tak perasan. Nasib baik dia tak tinggal je saya kat situ. Kalau tak mesti terpinga-pinga di situ sambil nanges seperti anak kehilangan mak.




Tower Name: Menara Taming Sari (360 degree viewing tower)

Cost: RM24 million together with support Building (Melaka house)

Height: 110 meter

Passenger capacity:
66 passengers

Made/Technology: Switzerland

Ride Duration: 7 minutes
( sumber dari menaratamingsari )



Saya tak naik pun Menara Taming Sari tu. Malam tu tak berkesempatan. Nak berjalan-jalan di tempat lain pulak. Perlu spend lebih masa dengan 3 orang gadis Melaka. Sebab esoknya saya balik Kuala Selangor.
Maybe next time saya akan cuba rasai pengalaman menaiki Menara Taming Sari sambil memerhati keindahan malam Bandaraya Melaka.

Di sekitar Menara Taming Sari Melaka itu juga ada tempat nak shopping, cam ala ala uptown gitu. Apa tak namanya. Lupa pulak. Salahkan semut yang suka menyemak kat makanan n minuman saya. Hehehe....

Mata saya berpinau-pinau tengok banyak sangat pilihan pakaian yang cantik cantik. Harganya pun berpatutan. Saya sempat rembat sehelai blaus puteh. Rembat??? Beli wokey.


Naik Menara Taming Sari tak sempat. 
Jalan-jalan shopping sempat pulak. Haip! Haip!



Selain pakaian dan cenderahati, ada juga Chocolate Fruit Dip. Ada banyak pilihan di situ. Antaranya, Banana Chocolate Dip, Strawberry Chocolate Dip, dan Marshmallow Chocolate Dip (marshmallow tu buah ke?)



Marshmallow Chocolate Dip yang sangat mengancam.
Memang menggugat keimanan nafsu makan.


Rasanya pun mengancam jugak.
NyumNyum ~



Walaupun Melaka negeri yang kecil, tapi Melaka banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Semua cantik cantik. Kamu pasti teruja melihatnya. Kalau nak p sana boleh la roger roger saya. Bajet cam mahir sangat jalan kat Melaka tu. -_-




9 comments :

  1. pernah pergi .. bersama insan yg tersayang.. hehe

    ReplyDelete
  2. la npa tak naik best taw hehe tak pa next time naik taw!!eh eye on melaka ada lg tak situ??dulu km pi ada lg hehe eh menda alah tu mmg sedap!!

    ReplyDelete
  3. hehehe duk melaka tapi sy xpenah naek kesian...
    jom la naek kalu datang melaka ea..
    kita g sama2

    ReplyDelete
  4. melaka!!! rindu nak balik kampung.. huhuu~~

    pernah naik sekali je menara ni.. serius seronok!! hehe~~

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_