Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

27 June 2011

Hikmah disebalik kedukaan



Sudah lama rasanya tak menaip. Baru empat hari tak updated blog dah rasa macam lama sangat. 
Hehehe.... Ada orang rindu blog saya tak??? (bajet artis orang nak rindu-rindu)
Hari ini saya tak ada nak cerita panjang lebar. Hanya ingin berkongsi hadith yang saya baca. 



Daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda,
" Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya. " 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)






Bicara Hati gadis :
Bila rasa sakit dikecewakan pasti akan ada air mata yang mengalir. Berbaloikah air mata itu dibazirkan begitu sahaja??? Adakah segala-galanya akan kembali normal hanya dengan mengalirkan air mata?


23 June 2011

Bangganya aku seorang blogger





Aku memiliki blog, sudah pastinya aku seorang blogger. Semua orang yang baca blog ni pun tahu aku seorang blogger.


Kenapa bangganya aku seorang blogger? Bangganya aku seorang blogger bukan kerana nama atau populariti. Bangganya aku seorang blogger kerana........*teeetttttt bunyi button*
Jika nak tahu kenapa bangganya aku seorang blogger kena baca sampai habis la... Baru boleh tahu. hehehe.... Saje nak suspend... Konon macam dalam drama bersiri.... Hee



' Aku seorang blogger '
(bangga punya pasal tulisan pun jadi besar)



Aku bangga menyatakan aku seorang blogger walaupun aku seorang blogger biasa-biasa sahaja. Boleh dikatakan aku seorang blogger yang suam-suam kuku.

Biarpun apa kata mereka, aku tetap bangga untuk katakan aku seorang blogger.


Pernah ada yang tanya apa pekerjaan aku, secara spontan aku cakap aku seorang engineer (kini bukan lagi engineer) dan juga blogger. Memang aku tak malu untuk mengaku aku seorang blogger.



Dahulu aku menganggap blog hanya sekadar diari harian, tapi fungsi blog sebenarnya lebih dari itu. Baru kini kutahu.


Blog mampu menyatukan dua hati menjadi satu.
Blog mampu mendekatkan yang jauh.
Blog mampu memperbaiki hubungan yang terbelah.
Blog mampu membuat mereka yang sedih tersenyum.
Blog mampu membuatkan mereka pandai bertambah cerdik.

Segala-galanya boleh berlaku hanya kerana sebuah blog. Begitu besarnya kesan blog kepada kehidupan kita.
Semua yang disenaraikan hanyalah kesan positif dari penulisan yang positif. Bagaimana pulak jika kita menulis cerita yang berunsur negatif? Adakah kesannya juga positif? Sama-samalah kita renungkan demi kepentingan semua.



Tugas aku seorang blogger bukan sekadar menaip sebuah cerita di dalam blog, 
tapi lebih dari itu.
Tugas aku seorang blogger seumpama tugas seorang guru. Mendidik jiwa bangsa.  Mengubah kehidupan jadi lebih baik.
Tugas aku seorang blogger seumpama tugas seorang wartawan. Menyampaikan berita kepada umum. Memberi seribu sinar cahaya kepada mereka.
Tugas aku seorang blogger seumpama seorang penghibur. Memberi kegembiraan kepada mereka yang sedang bersedih.



Walaupun aku seorang blogger bukan seorang artis, aku tetap bangga. 
Aku gembira aku seorang blogger.



Aku seorang blogger yang perlu berfikiran matang. Aku seorang blogger yang perlu berfikir sebelum bertindak.
Setiap perkataan yang diungkapkan memberi impak yang besar. Jika tersalah langkah, kata-kata itu boleh mengguris hati yang membaca. Aku seorang blogger yang tak tega menyakitkan mereka, apatah lagi mengguris hati-hati mereka.
Setiap gambar yang dipaparkan mempengaruhi pemikiran yang melihat. Jika baik yang dipaparkan, baik jugalah yang terhasil.



Aku seorang blogger yang hanya ingin menyebarkan benih-benih kebaikan.
Aku seorang blogger yang sentiasa berpegang pada kata-kata ini ;
" Apa yang kita tanam hari ini (dunia), itulah yang bakal kita tuai kelak (akhirat). "



Aku seorang blogger yang turut bersosial. Bukan sekadar hanya duduk berfantasi di alam maya. Aku seorang blogger yang suka berkawan. Berkawan di dunia maya dan juga realiti.
Buktinya, aku sudah jumpa dan berkenalan dengan ramai blogger. Antaranya kawan-kawan baru yang kukenal semenjak aku seorang blogger :

  1. Munira Sajuti
  2. Aizuddin
  3. Nadiah Ayoub
  4. Jaa
  5. Ery Farieha
  6. Eman The Halia
  7. Aslann As
  8. Taufiq Helios
  9. Broframestone
  10. Andyhowtt
Sebenarnya banyak lagi, tapi cukuplah senaraikan 10 orang. Jika mahu senaraikan semua, pengsan orang nak baca. Blogger yang menaip juga boleh pengsan. =.='

Sehingga kini kami masih sentiasa berhubung. Kerana aku seorang blogger, aku dapat berkenalan dengan mereka.


Selain kawan-kawan baru, kawan-kawan yang sudah lama tak jumpa juga berjaya kujejak semenjak aku seorang blogger. Bahagianya hidup aku seorang blogger.


Bangga yang aku nyatakan itu bukanlah bangga riak takabur sampai berterabur. Perasaan bangga aku seorang blogger tidaklah sampai ke tahap bahaya seperti itu. 
Aku seorang blogger yang hanya bangga dengan tugas aku seorang blogger bukan pencapaianku.


Aku seorang blogger yang memandang kehadapan tanpa melupakan yang di belakang. 
Aku seorang blogger yang memandang ke atas tanpa mengabaikan mereka yang di bawah.


Tapi, aku seorang blogger yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Tolong ingatkan aku andai aku seorang blogger yang alpa dan lupa kepada prinsip aku seorang blogger.
Tolong maafkan aku andai aku seorang blogger yang menyentuh perasaan sehingga mengguris hati.


Aku bangga aku seorang blogger
Aku gembira aku seorang blogger.


Banyak perkara yang aku belajar semenjak aku seorang blogger. Banyak kawan yang aku dapat semenjak aku seorang blogger. Hari-hari yang aku lalui penuh sinar harapan semenjak aku seorang blogger. ^_^




Aku seorang blogger.
Aku seorang blogger semenjak oktober 2009.





Sekian sahaja pengakuan dari aku seorang blogger.



Pesanan Penaja :
“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids Dan Muje“.



Sesiapa yang mahu turut serta contest SEO ni, boleh la klik SINI.



22 June 2011

Pertama kali masuk terus jatuh cinta



Bunyi tajuk (tajuk de bunyi ke?) tu cam senang je saya nak jatuh cinta. Hehehe... Tak semudah yang kamu sangka wokey!



Pertama kali masuk blog dia terus saya jatuh cinta 
dengan cara penulisan dia dalam blog tu.



Segalanya bermula dengan komen dia. Memang sudah jadi tabiat luar biasa saya menjejak semula orang-orang yang komen kat entri saya. (time ada kerajinan dan kelapangan luar biasa je la.Hee)



Saya rasa lebih sejam jugak la saya duk baca entri-entri kat blog dia. Sila salahkan dia sebab saya tak dapat melawat blog jiran tetanga... lalala *buat muka tak bersalah*


Tersenyum-senyum saya baca blog dia. Sanggup tu geledah entri-entri lama dia. Tapi tak sanggup nak komen semua entri.
Kalau ikut hati berbunga-bunga (cam jatuh cinta betol pulak haih) memang semua entri saya nak komen. Nampak sangat pulak jatuh cinta kat blog dia. Kalau kantoi dan cinta tak berbalas malu pulak kang. (Sila abaikan statement last tu) Hee


Budak yang buat saya tersenyum sensorang dan buat saya tak lawat blog kamu ialah Nurul Farid. (Nurul tu bukan typo.saje nak bagi tau tu.)
Boleh pukul dia kat SINI sebab telah membuat trafik blog kamu kekurangan satu gara-gara saya tak datang. (bajet de effect tarfik seketoi tu) 
Dia ni budak (budak sebab baru 19) UIA. Dia budak baik, jangan pukul kuat sangat. Kesian. Nangis pulak budak tu kang. Hehehe....


Apa-apa pun, penulisan dia memang best. Sebab apa saya kata best??? Sebab dialog-dialog dia tu. Saya rasa cam saya dalam situasi tu pulak. Rasa cam tengok drama kat TV pulak. (terlebih sudah)
Tapi memang serius best. Saya tak tipu punya la. *buat muka sesuci murni*




Bicara Hati gadis :
Tak mampu nak berbicara lagi. Blog dia sangat best. Hati berbunga-bunga mekar. Wokey, ayat last tu tipu! hehehe...





#4 Wordless Wednesday



Maksud Wordless Wednesday : 
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.







17 June 2011

Tiada lagi kad Hari Bapa



Tarikh Hari Bapa tahun 2011 ni ialah pada 19 Jun. 
(Info dari wiki.answers)




Kamu sudah ada perancangan istimewa untuk menghargai pengorbanan dan kasih bapa kamu? Masih blur atau buntu? Saya ada beberapa cadangan yang mungkin dapat membantu :

  1. Bawa keluarga ke One Utama pada 19 Jun untuk meraikan Hari Bapa. Oreo menyediakan banyak aktiviti untuk meraikan Hari Bapa. Ada banyak games dan juga hadiah bakal diberikan.
  2. Paparkan ucapan Hari Bapa untuk bapa kamu di iklan online. Hanya 3 cara sahaja. Lakukan sebelum 19 Jun. Jom! Ingin turut serta boleh la klik Kad Ucapan Hari Bapa Ekslusif
  3. Kebetulan 19 Jun tu adalah hari ahad, sangatlah sesuai kamu raikannya di rumah. Masakkan masakan istimewa untuk bapa kamu pada hari tersebut. Banyak resepi menarik di DTS, Dari Dapur Azli Razali, dan Dapurku Sayang.


Jika masa saya muda dulu (macam la sekarang ni dah tua sangat), saya suka buat kad. Ingat lagi masa saya sekolah rendah, saya pakat dengan adik beradik saya untuk buat sesuatu pada Hari Bapa. Kami bekerjasama menyiapkan kad Hari Bapa untuk abah. Besar gedabak pulak kad tu, sampai kena buat sampul khas. Hee.

Lepas siap kad tu, adik letak kad tu kad kereta abah. Letak kat tempat duduk pemandu. Konon nak bagi kejutan. 

Punya kecoh sebelum nak letak kad tu. Dah la nak buat big project tu time nak pergi sekolah waktu pagi. Masing-masing berkumpul dalam satu bilik dan tutup pintu. Abah kat luar dah bising. Dia risau sebab tak nampak kami bersiap-siap. 

Sedang abah leka bersiap nak pergi pejabat, adik saya p ambil kunci kereta senyap senyap. Lepas tu, dia loncat (lompat) keluar ikut pintu keluar di bilik. Terpaksa dia keluar ikut pintu yang tak bertangga tu. Nasib baik rumah saya tak tinggi mana. Setakat nak lompat tanpa tangga tu boleh la. Tapi yang kesiannya, dia terpaksa berjalan tanpa kasut pergi ke kereta abah untuk meletakkan kad Hari Bapa tu. Adik saya memang sangat bagus. ^_^



Itu cerita zaman kanak-kanak la. Bukan main kreatif nak buat kad macam-macam bentuk. Bila dah meningkat dewasa, idea kreatif tu hilang tah ke mana (padahal malas nak perah otak). lalala *buat muka tak bersalah*



Bicara Hati gadis :
Hanya mampu laksankan cadangan kedua dan ketiga sahaja. Pertama tu jauh sangat nak pergi. Hehehe. Harap saya akan terpilih untuk Kad Ucapan Hari Bapa Ekslusif tu.




Terkilan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kawan di Melaka




Cerita perkahwinan kawan ni dah hampir dua minggu baru nak rasa terkilan hari ni. huhuhu....
Sebenarnya dah lama rasa terkilan. Lepas tu lupa sekejap, tapi sekarang rasa terkilan tu datang lagi. Semuanya kerana melihat gambar-gambar perkahwinan dia di Facebook la ni. -_-

Saya bukan sengaja tidak mahu menghadirkan diri, tapi keadaan tak mengizinkan. T_T 



 Meriah! Ramainya kawan-kawan universiti yang datang.
Rindu kat mereka. Y_Y
(Ambil dari facebook pengantin)





TAHNIAH HAFSAH !!!
SELAMAT PENGANTIN BARU !
baru nak ucap.lambat betol.-_-





Bicara Hati gadis :
Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya. Harap saya berkesempatan nak pergi melawat dia masa kelahiran baby pertamanya nanti. Bila time saya pulak???



16 June 2011

Penggunaan telefon bimbit penyebab kanser

Melihat dan mendengar rancangan  The Dr. Oz Show di TV Alhijrah membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi maklumat ini dengan pembaca blog.


Bagi sesiapa yang telah menggunakan telefon bimbit lebih dari 10 tahun, keberangkalian untuk mendapat penyakit kanser adalah 30 %. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang selalu bercakap di telefon bimbit, risiko untuk menghidapi kanser otak sangatlah tinggi. Begitu juga kanser mulut.


Bagaimana telefon bimbit boleh menyebabkan kanser???
Mengikut sains, radiasi dari telefon bimbit dapat menembusi sistem otak kita dan boleh menyebabkan kanser.


Penyelidikan di Sweden juga menunjukkan risiko menghidapi kanser bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit selama 10 tahun atau lebih banyak adalah dua kali ganda.


Memang tidak dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit merupakan suatu keperluan. Kita perlukan telefon bimbit untuk menghubungi orang, mesej, ber'tweet', memeriksa akaun Facebook, menyimpan tarikh penting, dan banyak lagi. Jika mahu disenaraikan semua, mahu penuh satu entri. Wokey, hyper sangat tu.


Telefon bimbit umpama ulat dalam buah, merosakkan buah tanpa kita sedari. Sememangnya penggunaan telefon bimbit ni tidak mendatangkan apa-apa masalah untuk jangka masa pendek, tapi jangka masa panjangnya? 

Lebih baik kita mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk menghindari penyakit kanser yang berpunca dari telefon bimbit.



Cara melindungi diri dari bahaya telefon bimbit :

  1. Gunakan loudspeaker untuk meminimumkan radiasi. 
  2. Boleh juga gunakan headset bila hendak bercakap di telefon bimbit.
  3. Elakkan penggunaan headset tanpa wayar. Kesan radiasinya tetap sama seperti penggunaan telefon bimbit tanpa headset
  4. Jauhkan telefon bimbit sejengkal dari badan.
  5. Jangan meletakkan telefon bimbit dalam poket atau tepi pinggang. Tabiat ini akan memberi kesan buruk pada ovari dan kelenjar zakar.
  6. Jangan gunakan telefon bimbit semasa isyaratnya rendah.
  7. Jangan terlalu kerap bercakap di telefon menggunakan telefon bimbit. Menggunakan telefon talian tetap lebih selamat.
  8. Elakkan tidur terlalu hampir dengan telefon bimbit. Letakkan sejengkal jauh dari badan lebih baik.


Sumber : The Dr. Oz Show dan healthylifefriend





15 June 2011

Blog mesra pembaca lebih digemari


Hai semua!


Entri kali ni bukan nak belagak pandai atau belagak otai. Saya hanya ingin meluahkan pendapat yang lama terpendam di benak fikiran ini.
Buah jika disimpan lama-lama dalam plastik akan busuk jua. Lebih baik keluarkan dan kongsi. Tak de faedah pun jadi haji bakhil. Hehehe.

Setelah pemerhatian dilakukan, saya berpendapat yang blog mesra pembaca ni lebih digemari. Blog jenis ni memang tak menyusahkan pembacanya. Suka!




Ciri-ciri blog mesra pembaca :

1- Blog kemas dan susunan widget teratur.

2- Tulisan dalam post senang dibaca. Tulisannya tidak terlalu kecik. Kenalah jugak fikirkan insan yang rabun seperti saya ni. -_- Warna post background juga tidak mengganggu tulisan.

3- Tiada widget yang menghalang pembaca membaca post. Widget yang terapung (pe ke pelik bunyinya) tu cantik. Tapi bila menggangu pemandangan pembaca yang tengah baca post, terus jadi huduh. Saya yang masuk blog camtu pun rasa nak alih je widget tu ke sidebar. -_-

4- Tiada shortform atau bahasa SMS dalam entri. Tak semua orang faham perkataan ringkasan kamu. Kalau aku jadi AQ, memang kiok la eden membacanya.

5- Button komen mudah dijumpai. Bukan sahaja mudah dijumpai, tapi ia juga mesti mudah untuk pembaca klik. Dah la susah nak jumpa, nak klik pulak kena main cak-cak dengan kilauan emas kat blog tu. #sabarjela




5 blog mesra pembaca pilihan gadis hanim (versi blogspot)


5- Farhan

4- Man Yusoef

3- Munira Sajuti

2- Ujang yang tak bujang

1- Hanis Zalikha




Kalau blog je yang mesra pembaca tapi orangnya tak mesra camne pulak??? hoho



Bicara Hati gadis:
Pening juga nak pilih blog mesra pembaca ni. Banyak sangat yang mesra. -_-




14 June 2011

#3 Wordless Wednesday






Kanta lekap penyeri wajah atau perosak mata ?


Bila kata kanta lekap saja, mesti ia akan dikaitkan dengan perempuan.

Terasa ai tau.... Hee


Ada juga lelaki yang memakai kanta lekap. Tapi jumlahnya sedikit.

Saya lebih suka melihat lelaki memakai spek mata berbanding lelaki memakai kanta lekap. Lelaki memakai spek mata nampak lebih educated and bergaya. Hehehe...


Kalau saya yang pakai spek nampak educated tak??? Hee


Memang kamu akan nampak cantik memakai kanta lekap, tapi kecantikan itu akan jadi perosak jika kamu memandang remeh pada pemilihan dan penjagaan kanta lekap ni.


Kata Prof Bariah ; " Kanta lekap memang selamat selagi pengguna mendapat nasihat daripada optometris serta mengamalkan rutin penjagaan yang baik. Bagi yang mempunyai mata yang sihat, tidak ada masalah bagi mereka menggunakan kanta lekap. "
Petikan dari Berita Harian. (credit to 3K )




Ada beberapa perkara yang perlu kamu ambil kira sepanjang penggunaan kanta lekap ni.

  • Kebiasaanya pengguna baru akan keliru dengan bahagian dalam dan luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara. Tetapi jika diteliti, ada perbezaannya di situ. Pastikan ia kelihatan seperti separuh bola sebelum memakainya. 

  • Basuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi sehingga boleh melekat bau pada permukaan kanta lekap. Jika berdiri di depan sinki, pastikan kamu menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.
  • Pemakaian kanta lekap juga ada caranya. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul. 
    • Cara mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata. 
    • Kanta lekap perlulah dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam larutan yang khusus untuk kanta lekap. Penggunaan ubat titis mata juga mesti digunakan mengikut keperluan. Ubat titis mata biasa dan ubat titis mata untuk ketika memakai kanta lekap, berbeza. Perlu diambil perhatian.
    • Bekas simpanan kanta lekap yang kotor juga boleh mengundang jangkitan bakteria. Oleh itu, bekas kanta lekap mesti dicuci setiap minggu dan diganti sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.
    • Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.
      • Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata.
      • Gantikan kanta lekap sebaik mata mulai berasa tidak selesa kerana ia menjadi petanda kanta sudah berada dalam keadaan yang tidak baik untuk membantu penglihatan.
      • Jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya.



        Tip membersihkan kanta lekap:


        1- Cuci tangan bersih-bersih dan keringkan terlebih dahulu sebelum menyentuh kanta lekap.

        2- Jangan menggunakan larutan pembersih sembarangan kerana produk pembersih yang tidak tepat akan membahayakan mata.

        3- Sewaktu membersihkan kanta lekap, gosok dengan hati-hati. Letakkan kanta di telapak tangan anda dan usap secara perlahan-lahan.



        4- Simpan kanta lekap di tempat penyimpanan khusus yang mengandungi agen pembasmi kuman.

        5- Jangan biarkan mulut botol pembersih tersentuh sebarang permukaan lain atau dibiarkan terbuka untuk menghindari pencemaran.

        Chantek tak??? hehehe
        (Bukan main suka lagi dia pakai lens)


        sumber : biovco.com  dan  3K



        Bicara Hati gadis :
        Kanta lekap memang boleh jadi penyeri wajah, tapi ia juga boleh jadi perosak mata jika kita selalu pandang remeh.




        13 June 2011

        You Get what You Give


        Sebagai tanda penghargaan saya kepada penyumbang trafik blog ini, saya telah masukkan mereka ke dalam bloglist saya. Tak perlu kamu nak buat entri kat blog. ^_^


        Bloglist ni saya bahagikan kepada dua, Soleh dan Solehah. Kata-kata itu kan satu doa. Semoga kita semua akan tergolong dalam golongan itu. Doa-doa jugak, usaha pun perlu untuk menuju ke arah itu.  Sama-sama la kita muhasabah diri. Tetiba berlaku lencongan di situ. Hee



        SOLEH
        1. Matjoe
        2. Darkbatman
        3. Hazwan Arif
        4. Sang Drama King
        5. Hafiz Hafizol
        6. Khalish
        7. Daddy Dian
        8. Nuraizuddin
        9. Farhan
        10. Tengkorak Emas
        11. Muzakkir Zamani


        SOLEHAH
        1.  Emymilia
        2. Shahrunnisak
        3. Yuyu Zulaikha
        4. Mama Irfan
        5. Wan Jun
        6. Milah Hasan 
        7. Faziera 193
        8. Atiq Salleh
        9. Munira Sajuti 
        10. Nur Elyani 
        11. Citarasa Rinduan 
        12. Cik Cactus



        Saya tak sangka ada juga yang nak masukkan saya dalam bloglist dia dengan rela hati. Terima Kasih! Arigatou!!! Terharu..... *kesat hingus*


        Jika ada yang masukkan saya dalam bloglist dia tapi saya terlepas pandang, sila bagi tau ya.

        Bicara Hati gadis :
        Rasa macam de yang salah jantina je tu. -_-



        12 June 2011

        Resepi jemput-jemput enak menggunakan roti


        Jemput-jemput salah satu makanan ringan yang biasa dijamah ketika waktu petang. Duk bersantai depan TV menonton TV Alhijarah sambil makan jemput-jemput dengan keluarga memang sangat syiok. Hee.


        Jemput-jemput kali ni saya gunakan roti sebagai bahan utama. Pelik? Pelik tapi sedap. Belum cuba belum tau wokey! Jangan macam budak ni yang belum cuba makan pisang goreng dengan sambal kicap dah kata tak sedap. Hoho...


        Bahan-bahan :
        • 3 keping roti (tak kesah la roti gardenia ke roti high5, yang penting halal)
        • 3 cawan tepung yang telak diayak (malas ayak pun boley)
        • 1/2 sudu kecil garam (garam ni secukup rasa kamu la)
        • ikan bilis yang telah ditumbuk atau blend
        • daun bawang, cili, dan bawang besar.

        • 1/2 cawan air suam (tak perlu air terlalu panas. cukup sekadar suam suam kuku)
        • 1 biji telur (menambahkan rasa lemak pada jemput-jemput)
        • 1 sudu makan minyak panas supaya jemput-jemput lebih lembut. (pastikan minyak benar benar panas)
        • Minyak untuk menggoreng.


        Cara membuatnya :
        • Rendam 3 keping roti dalam besen atau mangkuk yang mengandungi air selama beberapa minit.
        • Buang air dalam mangkuk tadi dan ramas ramas roti sampai hancur.
        • Masukkan 3 cawan tepung, ikan bilis, daun bawang, cili, dan bawang.
        • Masukkan garam dalam air suam dan kacau sampai sebati. Selepas itu masukkan ke dalam mangkuk adunan jemput-jemput tadi.
        • Kacau adunan sebati dan masukkan sebiji telur.
        • Kacau lagi bagi sebati dan masukkan satu sudu minyak panas.
        • Biarkan beberapa minit dan goreng. (gunakan sudu yang dibasahkan untuk hasil jemput-jemput yang comel)
         Adunan jemput-jemput yang sudah siap dibancuh

        Hasilnya :

         Hasil jemput-jemput yang menggunakan sudu.


        Jemput-jemput gebu hasil menggunakan jari-jemari yang lembut.
        Hehehehe....
        (Pastikan kuku jari tu pendek jika mahu menggunakan tangan)





        SELAMAT MENCUBA !!!





        11 June 2011

        Perkara baik seperti inilah yang patut dihebahkan oleh bloggers

        Dia anak Melayu pertama menjadi Felo & Pensyarah Universiti Oxford


        Bangga seketika menjadi warganegara Malaysia. Ada juga rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menjadi pensyarah Universiti Oxford. Perkara baik seperti ini lah yang patut dihebahkan oleh bloggers. Ada yang melihat berita di TV tu mungkin sudah tahu, tapi yang bagi yang tiada TV tu camne pulak???







        Bicara Hati gadis :
        Kalau pasal video lucah atau gambar cium mulut bukan main ramai yang buat cerita kat blog. Siap letak gambar tak se-no-oh tu dan pamer link kat blog lagi. Tapi kalau cerita yang baik seperti ni tak ramai pulak yang nak menghangatkan. Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri.



        10 June 2011

        Terima Kasih bagi 500 ! Kamu buat saya tersenyum ^_^

        Walaupun 500 tu bukanlah satu angka yang besar, tapi ia sudah cukup buat saya tersenyum. Alhamdulillah...

        500 yang saya dapat bukanlah wang ringgit tapi followers. 
        (itu pun nak kecoh, orang lain dah beriban dah. -_-)



        Arigatou!
        Terima Kasih!
         *tunduk hormat cam orang Jepun*





        Ucapan terima kasih buat semua yang followers blog ni. Tak kesah la sama ada kamu follow secara langsung atau tidak. Saya tau ada yang tak tekan pun butang follow tu, tapi masih rajin baca blog saya tanpa meninggalkan apa-apa jejaki kakinya. Terima kasih! ^_^ *senyum seindah suria*



        Kamu tau tak siapa followers ke 500 saya tu??? hehehe....








        Dia ialah Ady Budika



        Blog dia sangatlah mesra pembaca. Nak tau blog yang camne dikatakan mesra pembaca tu, p la terjah blog dia. Hee




        Bicara Hati gadis :
        Suka masuk blog yang macam Ady Budika. Kemas dan tulisan di entri tak terlalu kecik. Senang nak baca. Tak de la sakit mata dan sakit kepala.






        Gunakan serai untuk hidup sihat


        Mee tomyam hasil masakan mama. Hehehe. 
        Harapkan anak gadis mama ni yang nak masak memang lambat la.


        Saya suka sangat makan tomyam. Lebih-lebih lagi masa saya demam selsema. (tak demam selesema pun melantak tomyam sampai tak nampak jodoh lalu kat sebelah.Hee)


        Tetiba ada tomyam. Padahal nak cerita pasal serai. Apa kaitan tomyam dan serai? Mestilah de kaitan. Serai ni kan merupakan bahan utama dalam tomyam. Ia dapat meningkatkan sistem imun badan. Bagi mereka yang rasa-rasa cam nak selsema tu boleh la makan tomyam ni panas panas. Masa nak masak tomyam tu lebihkan kandungan serainya. (masa nak order tomyam pun boleh cakap nak serai lebih)
        Insya'Allah boleh sihat.


        Serai, lemon grass atau citronella, kesemuanya merupakan satu benda yang sama. Apa sahaja nama yang dipanggil, ia tetap sejenis herba yang bermanfaat.


        Antara kebaikan serai:
        • Bau wangi serai boleh menambahkan aroma kepada masakan dan membangkitkan selera makan. (Patutlah selalu berselera je bila makan tomyam. Tomyam lagi. Hee)
        • Serai baik untuk mencegah kanser. Serai yang direbus mempunyai sejenis antioksidan yang sangat kuat. Antioksidan di dalam minyak serai juga mampu menyingkirkan enzim yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser. Sebelum sel kanser menyinggah ke dalam tubuh kita, lebih baik kita hindari dengan amalam pencegahan seperti ini.
        • Serai bersifat diuretik yang dapat meningkat aliran kencing. Kelancaran aliran kencing ni sangat penting kerana pembuangan air kencing yang akan menyingkirkan toksik, dan lemak berlebihan. Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tersekat-sekat (cam pelik je bunyinya) boleh la amalkan minum teh serai setiap hari. 
        • Minyak serai berpotensi mengubati penyakit mata seperti pedih pedih mata dan juga penglihatan kabur.
        • Beberapa kompenan dalam minyak serai mampu membunuh dan mencegah pertumbuhan bakteria di dalam badan. Minyak serai ini berfungsi sebagai anti-bakteria dan juga anti-kulat. Ini amat membantu dalam rawatan luka, usus, pundi kencing, perut, buah pinggang, dan kulat di dalam telinga.
        • Aroma serai dapat menentang depresi atau kemurungan. Aroma serai yang wangi dan segar memberi kelegaan kepada perasaan sedih serta murung. Seterusnya, dapat mencetuskan rasa gembira. Oleh sebab itu, serai banyak digunakan sebagai minyak aromaterapi yang dititik dalam air mandian.
        • Aroma dari serai juga mampu menjadi penghalau serangga seperti nyamuk atau lalat.
         Salah satu produk Hot Perfume yang mengandungi serai 
        dan mampu menjadi penghalau serangga.

        • Serai membantu mengurangkan masalah ketakcernaan dan gastrik.
        • Serai dapat meningkatkan kualiti kulit wajah dengan merawat jerawat dan membersihkan liang-liang kulit. Ciri-ciri antiseptik yang terdapat dalam serai membantu merawat masalah jerawat secara semulajadi tanpa mengeringkan wajah. Caranya??? Ambil uncang teh serai yang telah digunakan, sapu pada keseluruhan wajah. Tak de uncang teh serai, gunakan sahaja air teh serai tu.
        • Serai dapat membantu mencantikkan otot dan tisu-tisu.(bab ni eden tak reti nak explain. Konpius. Hee)


        - Olahan dari artikel dalam majalah ANIS keluaran Mei 2011 -



        Sumber lain :



        Bicara Hati gadis :
        Tetiba rasa nak guna produk-produk kecantikan seperti pencuci muka yang mengandungi unsur serai. Ada ke produk camtu? Penasaran.



        08 June 2011

        #2 Wordless Wednesday













        Cinta datang dan pergi. Fenomena drama bersiri Adamaya dan Nora Elena.


        Sejak mengikuti drama bersiri Nora Elena ni dah pandai nak cerita pasal cinta. Hokhokhok. Terbatuk.
        Kuat betul pengaruh drama Nora Elena. Hehehe. Pengaruh yang baik-baik je ikut. Tak berapa nak baik tu p buang jauh-jauh dalam laut.


        Saya terkadang tersenyum-senyum sendiri menonton drama Nora Elena. Berangan nak dapat suami camtu la tu. Hehehe. Nasib baik tak kantoi dengan keluarga yang turut sama menonton.


        Sebenarnya fenomena camni berlaku sejak drama bersiri Adamaya lagi. Dulu Adamaya, sekarang Nora Elena. Siapa tak tengok drama Adamaya memang agak rugi la.

        Drama Adamaya dan Nora Elena kedua-dua memaparkan cerita cinta selepas kawen. Bertapa manisnya nikmat cinta selepas kawen. Dah pasti cinta selepas kawen takkan mengundang dosa. Dah halal. Kamu nak buat apa sahaja boleh. Nak pegang, peluk cium, semua pun boleh. Time dah halal ni la best nak bercinta.


        Mesti akan ada yang cakap camne nak kawen dengan orang tu jika tiada rasa cinta. Apa yang kamu nak risau jika kamu tak cintakan dia, asalkan dia cinta dan sayangkan kamu sudah. (ayat ni sangat sesuai ditujukan untuk si gadis)


        Cinta akan datang bila-bila masa 
        dan cinta juga boleh pergi begitu sahaja bila-bila masa.


        Apa yang penting bakal suami kamu seorang yang bertanggungjawab. Bertanggungjawab terhadap agamanya, ibu bapanya, dan juga kamu. Eh, kenapa kamu tu jatuh tempat ketiga pulak? Mestilah! Dia perlu utamakan ibu bapa dia dahulu. Tanggungjawab lelaki terhadap ibu bapa takkan putus walaupun dia dah berkahwin. Kamu kena terima hakikat itu wokey?




        Pilihan terletak ditangan anda. Samada kamu mahu mengejar cinta yang belum pasti jadi milik kamu atau menikmati cinta yang sudah tentu diredhai Allah.



         Tergugat nengok kawan saya dah kawen. Nak kawen jugak! Hehehe



        Bicara Hati gadis :
        Tetap setia menanti 'Adam' saya membawa cintanya untuk saya. Hee. Siapalah agaknya gerangan 'Adam' saya tu?





        07 June 2011

        Rendah itu Comel


        " Ni adik ke??? Apesal adik lagi tinggi. "


        Nasib baik orang tu tak cakap apesal kakaknya tak cukup tinggi. Sabar je la....


        Saya dulu tinggi tau!!! Hehehe.... Nak jugak kan bagi tau yang diri ni tinggi sebenarnya dulu. Seriuslah saya tinggi masa sekolah dulu. Tapi makin lama makin rendah pulak. Eh, salah. Bukan makin rendah sebenarnya. Tapi terbantut. -_-


        Inilah padah tak reti bersyukur. Masa tinggi dulu nak jadi rendah. 


        Masa sekolah rendah saya rasa sangat janggal bila berjalan dengan kawan-kawan. Sebab saya tinggi, mereka tak. Bila time perhimpunan, saya kena beratur paling belakang.
        Saya pun mencari ikhtiar untuk menjadikan diri tak tinggi sangat. Bila dengar orang tua cakap jangan tidur meringkuk (cam pelik je istilah ni) nanti ketinggian terbantut saya terus lakukannya setiap malam. Saya akan pastikan kaki saya tak lurus bila tidur. Kejam sungguh. Sanggup seksa kaki gara-gara tak mau nampak terlalu tinggi di kalangan kawan-kawan.



        Tapi bila masuk tingkatan tiga, saya kena beratur kat bahagian depan. Kawan yang sebelum ni beratur kat depan pulak beratur belakang saya. Oh tidak!!! Masa tu baru saya sedar yang ketinggian saya terbantut. Tetiba rasa nak pengsan masa tu. -_- (padan muka sendiri)



         Tapak perhimpunan sekolah rendah saya.
        Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat Kuala Selangor.
         



        Sekarang terasa sangatlah rendah diri bila berjalan dengan orang tinggi tinggi. Terasa cam diri tersangatlah kerdil. (Padahal memang kerdil pun) T_T



        Antara 6 orang adik beradik saya, saya lah paling rendah. Tetiba terasa seperti saya anak bongsu pulak. 
        Time nak bergambar untuk foto kenangan keluarga mesti saya kena berdiri paling tepi. Alolo.... Rendahnya saya dalam gambar tu. Rasa nak sorok je gambar tu. Tak nak bagi abah letak dalam frame kat ruang tamu. Dah letak pun. Tak payah nak kecoh-kecoh lagi. Tengokkan je la gambar saya yang rendah tu.



        Eh, camne adik bongsu boleh lagi tinggi dari kakak sulong dia. -_-



        Lagi satu hal yang buat saya rasa sangatlah kerdil. Time bertukar pemandu. Adik mesti kena adjust kerusi kebelakang, ubah cermin pandang belakang, cermin sisi semua. Lepas tu mula dia kata, kita tinggi....... Dah! Stop!!! Jangan nak teruskan ayat. Grrrrrrrrr ~


        Time nak pinjam baju kurung adik pun susah jugak. Memang nampak sangat la tu baju pinjam. Punyalah labuh baju tu. Lengan baju pun mengelebeh je... -_-


        Saya yang tak suka pakai kasut tumit ni pun terpaksa pakai time keluar dengan adik-adik. (Bajet pakai kasut tumit tu boleh nampak lagi tinggi dari adik-adik la)


        Sebenarnya tak de la teruk sangat jadi orang yang tak cukup tinggi. Hehehe... Saya suka time keluar dengan adik dan orang terkejut bila adik kenalkan ni kakak aku. Dah terserlah kecomelan saya di situ. (mau muntah hijau kalau adik saya baca ni.Hee)


        Baju pun tak susah nak cari wokey.... Dah la senang nak cari baju, lepas tu senang pulak orang nak bagi baju. Fatin (satu-satunya adik perempuan) selalu bagi baju kat saya bila dia salah beli. Baju tu pendek kat dia tapi sangat sesuai untuk saya. Sangat beruntung wokey!


        Lepas tu perempuan rendah ni tak susah nak cari pasangan. (tak susah ke? Errkk... Ayat cam dah jumpa pasangan.) Perempuan rendah takkan over shadow pasangan dia. Dia akan nampak sentiasa comel di sisi pasangannya walaupun pasangannya tu tak la tinggi mana pun. Hee


        Masih rasa rendah diri sebab rendah??? Kamu boleh baca penyelesaian terbaik yang diberi oleh seorang perempuan yang rasa dia rendah jugak. Baca SINI.


        Rasa nak tengok benda-benda yang comel cam saya (chet! comel la sangat) boleh la tengok kat SINI.




        Bicara Hati gadis
        Rendah itu comel kan??? Nampak cute je.... Always nampak cam budak sekolah. hehehe





        06 June 2011

        Kuala Selangor tiada tempat menarik untuk dikunjungi??? Haip!



        Siapa kata Kuala Selangor tak de tempat menarik untuk dikunjungi??? 

        Meh sini saya nak bagi makan pisang goreng dengan sambal kicap. Hehehe... Helah camni hanya sesuai untuk budak kecik ni. Sebab dia je yang kata makan pisang goreng dengan sambal kicap sangat pelik dan tak sedap. Pandai je dia kata tak sedap. Belum cuba belum tau wokey.

        Macam la Kuala Selangor ni, belum datang belum tau best ke tak. Dah datang baru la kamu tau bertapa bestnya datang jalan-jalan ke Kuala Selangor.


        Kuala Selangor banyak tempat menarik nak dilawati. Antaranya Bukit Melawati. Yeah! Ada lotong yang sangat peramah. Hee
        Nak tau apa yang menarik di Bukit Melawati??? Klik SINI atau video di bawah.






        Menarik bukan??? Banyak tempat boleh dilawati. 


        Selain berjalan-jalan, kita juga dapat exercise meningkatkan stamina badan. Memang baik untuk kesihatan.


        Buat pertama kalinya hanim katering menjadi penaja untuk penggambaran di Bukit Melawati Kuala Selangor. Eh, hanim katering tu sejak bila pulak wujud? ahaha... Entahlah.... Tuan punya nama pun tak tau. Ni semua angkara pakcik ni. Sabar je la kan.... Nasib baik dia tak letak my number kat situ. Tak pasal-pasal telefon bunyi tak henti... lalala ~



        05 June 2011

        TV Alhijrah hiburan mendidik jiwa




        Segalanya bermula di sini
          (Tagline TV Alhijrah)




        Sejak ada channel TV Alhijrah ni rasa cam tak nak keluar rumah je. Hehehe...



        TV Alijrah menyajikan program terbaik dalam pelbagai 'genre' demi memenuhi selera penonton dengan kandungan ISLAM yang kreatif lagi menarik.




        Antara yang menarik untuk ditonton :


        KITAB CINTA

        Kitab Cinta sebuah drama yang diinspirasi dari Kisah Nabi Yusuf. Dimana penggambaran dilakukan di Malaysia dan Acheh, Indonesia. 
        Seorang gadis bernama Mustika seorang pelajar di Universiti Islam Malaysia yang cantik dan sosial. Dia sememangnya tidak berminat belajar disitu apatah lagi terpaksa untuk memakai tudung. Dia sering ditegur kerana pemakaiannya yang melanggar etika Universiti. Satu hari Mustika telah di pilih oleh pihak Universiti untuk dihantar membuat tesisi semesta akhir mengenai pembagunan manusia di Acheh dan menetap di kampung Cot, Meulaboh Acheh selama 3 bulan. Di kampung itu tinggalnya seorang jejaka tampan bernama Wali Hanafi bersama ayahnya. Berbagai peristiwa yang menarik berlaku sepanjang berada disana yang membuatkan secara tidak langsung Mustika mempelajarinya sehingga tanpa disedari dia banyak berubah dan menyukai Wali.


        NOTA AL-ZAHRA
        Program ini mengupas tentang keunikan bidang yang diceburi, halangan yang ditempuhi dan menjalani kehidupan sebagai muslimah yang sejati dalam keluarga. Wanita-wanita yang bakal ditonjolkan mampu menjadi inspirasi kepada wanita kerana kecekalan mereka melaksanakan tugas


        MENU ALAM
        Menu Alam musim baru bakal membawa penonton ke seluruh pelusuk Malaysia di dalam mencari variasi makanan tempatan. Menu Alam bakal mendedahkan sejarah dan asal usul masakan-masakan tersebut.


        MISTERI ALAM MELAYU
        Misteri Alam Melayu memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang Islam mengenai punca terjebak amalan khurafat dan syirik kerana kecetekan kesedaran kita mengenai sains. Menyedarkan masyarakat yang mereka mudah terpengaruh dengan kepercayaan tahyul dan akhirnya wujudnya khurafat dan membawa kepada syirik (menyekutukan Allah).
        Gabungan antara aspek logik sains, ilmiah serta psikologi dalam memerangi isu khurafat ini akan didokong oleh hujah Al-Quran dan Hadis. Setiap isu juga akan dikupas bersama pakar-pakar yang berkaitan antaranya pakar perundangan, pengamal perubatan islam, pakar motivasi dan ramai lagi. 


        TAREQ WA SHIREEN
        Tareq wa Shireen adalah satu siri animasi yang istimewa, ianya sesuai untuk tontonan kanak-kanak yang ingin belajar asas Bahasa Arab. Mengandungi 13 tema berbeza dan dalam setiap episod, Tareq dan Shireen serta rakan-rakan mereka akan belajar pelbagai subjek sambil menyanyi dan mengunakan imaginasi



        TV Alhijrah juga akan memperkenalkan satu program realiti yang diberi nama SOLEHAH. Program mengenai pencarian bakat pendakwah dikalangan wanita dengan tujuan untuk melahirkan generasi baru pendakwah wanita. Pemilihan peserta berdasarkan kepada pengetahuan dalam bidang agama, pengetahuan am, kepetahan bercakap, ketajaman fikiran, dan tinggi budi bahasa. Sesi uji bakat akan diadakan pertengahan Jun ini, terbuka kepada penuntut di Institusi pengajian tinggi awam dan swasta. (penuntut universiti je ke boleh???-_- ) Sumber : www.bharian.com.my




        Berhibur sambil belajar. Itu yang perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan TV Alhijrah. TV Alhijrah bukan sahaja memberi kita hiburan yang menarik, tetapi juga ilmu. Saya paling suka bila TV Alhijrah memaparkan hadith time commercial breaks. TV Alhijrah tiada iklan yang mengghairahkan, memang sangat sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Tak perlu nak tutup mata mereka or tukar channel time iklan.



        Untuk mengetahui liputan frekuensi TV Alhijrah, boleh layari www.tvalhijrah.com. Bagi pengguna Astro, TV Alhijrah ada di saluran 114.







        03 June 2011

        Bergosip-gosip di Pizza Hut

        Eat.Laugh.Share. Itulah yang kami buat di Pizza Hut. Makan, ketawa, dan berkongsi. Bukan sahaja berkongsi makanan, kegembiraan, tapi berkongsi cerita jugak. Bergosip la senang ceritanya. Hee


        Makan sambil bergosip sangat seronok. Lebih-lebih lagi setelah sekian lama tak jumpa. Echeh, gaya macam bertahun dah tak jumpa budak ni.


        Saya dah tak perlu nak pergi jauh-jauh bila rasa mengidam nak makan pizza itu datang. Sebab, Kuala Selangor pun dah cawangan Pizza Hut. Sayang Pizza Hut!!! Muahaha....


        Order sampai penuh meja.
        Sebenarnya ni order untuk 3 orang makan, tapi sorang tu tak jadi datang pulak.
        (ayat cover dari seorang yang memang banyak makan)



        Meh saya nak close up gambar-gambar makanan yang bakal menggugatkan nafsu makan kamu semua. Hee


         
        SUPER SUPREME 


         
        CREAMY CARBONARA
        (betol ke nama makanan ni.Erkkk)


         
        HONEY BBQ WINGS


        Duduk kat Pizza Hut tu punyalah lama nak habiskan semua makanan ni. Pelanggan yang duk sebelah meja kami dah bertukar dua kali, tapi kami masih di situ. Tetiba rasa malu. Tutup muka kejap.


        Nyum Nyum... Sedapnya...


        Dipaksa makan oleh budak ni. Sup pun tak habis lagi.
        Memang susah jadi seorang yang makan banyak tapi lambat. -_-



        Dari tadi duk cerita budak ni, budak ni je. Tak mention nama pun. Hehehe... Bukan tak mau mention nama. Tapi saje nak suprise. Hee




        SUPRISE!!!!
        Tolonglah buat muka terkejut bila tengok gambar kat bawah ni. *buat muka minta simpati*


        Inilah budak yang temankan saya makan tengahari kat Pizza Hut.
        (Nak kenal siapa dia, klik lah link saya bagi tu. lalala)







         

        Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_