Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

30 July 2011

Perempuan dan cermin



Jumlah masa yang digunakan oleh perempuan di hadapan cermin adalah lebih banyak berbanding lelaki.


Setuju atau tidak ? (lelaki laju je la kata setuju tu.tau dah.-_-)
Walaupun ia bukanlah fakta yang dibuat berdasarkan analisis statistik atau apa sahaja, tapi itulah realiti. Realiti yang juga menunding jari ke diri sendiri. Hee.


Adakah cermin hanya berguna untuk perempuan bersolek? Sebenarnya cermin boleh jadi lebih dari fungsi itu. Cermin boleh jadi mata kedua perempuan untuk menilai samada diri telah bersiap sempurna dengan pakaian menutup aurat atau tidak.



' Akak buat apa lama-lama dalam bilik bersiap ? Mesti mekap. '



Cheh, pandai-pandai sahaja dia kata saya bersolek. Tak perlu nak bersolek la dah cukup molek. Hee. Ayat perasan di situ. Sila abaikan.



Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh perempuan di hadapan cermin sebelum keluar :


1- Pakaian tidak terlalu singkat dan sendat, terutamanya baju. Sila angkat tangan tinggi-tinggi dan lihat baju kamu, adakah baju itu terangkat sehingga menampakkan bahagian pinggang. Jika ya, lebih baik tukar dengan baju lain supaya nampak lebih sopan. Perhatikan juga, adakah baju itu longgar atau terlalu ketat sehingga melekat di tubuh. Saya tahu ada yang miliki badan slim world. Tapi tak perlu kamu tunjukkan pada satu dunia, kerana ia perhiasan berharga yang harus kamu lindungi dari mata-mata jahat yang memerhati.

2- Pakaian tidak terlalu nipis sehingga menampakkan perhiasan yang berharga pada badan kamu. Perhiasan yang berharga tu maksudnya bahagian tubuh yang tak sepatutnya dilihat oleh lelaki yang bukan muhrim. 

3- Pusing-pusing di hadapan cermin seperti model memperagakan pakaian, perhatikan tudung yang kamu pakai. Adakah tudung kamu cukup lebar dan labuh untuk menutup perhiasan hadapanmu ? Jangan tanya apa perhiasan hadapan bagi seorang perempuan. *tunduk malu*


Boleh la keluar dengan senang hati selepas ketiga-tiga perkara tersebut menepati tuntutan Islam.


Pakaian yang menutup aurat ibarat perisai yang melindungi diri seorang perempuan.


Sahabat di sekeliling kita juga mampu menjadi cermin untuk diri kita.
 Pilih la cermin yang baik supaya dapat memberi gambaran yang baik juga untuk diri kita.




Bicara Hati gadis :
Suka duduk rumah, sebab cermin besar sangat...... Semua pun boleh nampak. Hehehe.




27 July 2011

Hujan air mata di Petaling Jaya



Walaupun engineer, dalam hati ada taman bunga. Tapi bunga semua dah layu. Dah tua. -_-

Disebabkan dalam hati ada taman bunga yang layu, saya telah menyuburkan bunga-bunga tersebut dengan air mata sendiri.Tak paham sila abaikan, sebab saya pun tak paham. lalala.....

Semalam bertimpa-timpa cerita sedih. Waaaaa.... Rasa nak menangis sahaja kat Petaling Jaya ni, tapi saya tahan tangisan tu sampailah KL sentral. (tipu!)

Selepas makan tengahari tetiba saya terperasan kasut saya berlubang. Nampak jari kaki. Eh, salah. Nampak setokin la. Nasib baik setokin sama warna dengan kasut, hitam. Jika tidak malu eden. *tutup muka*

Semangat semalam datang awal sebab nak balik tepat waktu. Tetiba, ada pasar pulak kat depan opis ni. Apa kaitan pasar dengan saya? Yela pasar tu dah blocking kereta saya. Mana boleh keluar. Waaaa......... Tetiba rasa seperti guruh dentum berdentum menimpa. Andai kutahu ada pasar malam hari Selasa, pasti takkan ku park di situ. Pasar Malam ni harus masuk dalam kalender. -.-

Telefon dia ni banyak kali tapi tak angkat. Sekali dapat sms dia kat Melbourne. Masa ni dah rasa macam hujan lebat menimpa diri. Oh tidak!

Nasib saya ada keluarga tersayang yang bantu selesaikan masalah dan seorang kawan yang sanggup dengar luahan masalah saya. Tak mau mention nama dia kat sini sebab dia orang pemes. Nanti kena serbu dengan 'melodi' pulak gosip hangat. Hee.



Bicara Hati gadis :Patutlah semalam masa kat opis hati asyik berdebar-debar. Ingatkan ada orang nak masuk meminang rupanya ada perkara buruk berlaku. T_T





26 July 2011

Kriteria seorang Engineer


Rehat sebentar bersama blog. Ini salah satu treatment untuk mengurangkan kadar kemengantukan melampau. (Bahasa Melayu seorang engineer seperti saya memang agak kureng sikit)


Sepanjang pagi saya sedaya upaya menyiapkan laporan yang perlu dihantar pada Hari Jumaat. Semangat taip laporan menggunakan keyboard yang ketat semacam. Jari jemari saya hampir jadi seketat keyboard tu. -_-


Laporan dah taip tapi pengiraan tak siap lagi. huhuhu. Semoga semuanya dipermudahkan.


Kepada adik-adik atau kakak atau abang-abang yang mahu jadi Engineer, kamu harus tahu kriteria seorang Engineer. ( kriteria yang dicipta sendiri oleh Hanim Mahalli )


  1. Harus tahu mengira. Perkara asas ni. Pengiraan dan Engineer memang sangat berkaitan. Seorang bakal Engineer bukan sahaja perlu tahu mengira tapi perlu mahir mengira. Jika boleh buat pengiraan gunakan kalkulator tu ibarat menaip sms di handphone. Hee
  2. Mahir menggunakan komputer. Engineer memang banyak gunakan masanya di hadapan komputer. Engineer dan komputer ibarat penyanyi dan microphone. Engineer perlu menggunakan pelbagai jenis software untuk menyelesaikan kerjanya. Antaranya AutoCAD, ESTEEM, dan STADpro. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi itu antara yang popular digunakan oleh seorang engineer.
  3. Perlu cekap menaip. Menaip guna keyboard ya, bukan menaip sms atau tweet menggunakan BB. Engineer juga perlu menyiapkan laporan. Nak siapkan kerja menggunakan AutoCAD pun lebih senang guna command pada keyboard berbanding klik klik guna mouse tak berekor tu. ^_^
  4. Mempunyai kenyakinan bercakap di hadapan orang ramai. Tak semua mempunyai kenyakinan yang tinggi untuk bercakap di hadapan orang ramai, lebih-lebih lagi membentangkan suatu tanggungjawab yang besar. Setiap keputusan yang kita buat beri impak kepada orang lain. Kenyakinan saya pun masih tak cukup tinggi. Itu bukan alasan untuk tidak menjadi seorang yang berkenyakinan. Semua itu perlukan latihan. Practice make Perfect.
  5. Harus kemas dan teliti dalam kerja.  Engineer perlu teliti setiap perincian rekabentuk. Tiada prinsip asal siap dalam diri seorang Engineer. Ketelitian Engineer memudahkan semua pihak dan akan melancarkan perjalanan projek. 


Kriteria ni macam khusus pada DESIGN ENGINEER je. hehehe.... Layankan je.





Bicara Hati gadis : Engineer juga manusia biasa. Tiada apa-apa yang istimewa dalam diri kami. Kamu juga boleh jadi seperti kami jika kamu bersungguh-sungguh. Insya'Allah.





Tiada entri bergambar buat masa ini. 
Saya agak sibuk menyiapkan projek. 
Ada dua projek yang perlu diselesaikan. 
Minggu ni kena hantar satu projek.




25 July 2011

First Day work as Design Engineer part II


Dah macam movie pulak ada part II. Hee.


Updated sepantas mungkin. Banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Tadi bukan main jerit dalam hati nak kerja. Sekarang amek kau akak senior bagi kerja. Terus dua projek dia bagi. Mau terlopong mulut terkejut. Akak senior tu engineer jugak. Dia dah kerja 4tahun. Lama kan?


Kali ini saya kena rekabentuk Sistem Retikulasi Air (Water Reticulation)
Memang sesuatu yang asing bagi saya. Sebelum ini saya hanya pernah design struktur bangunan sahaja. Bab rekabentuk infrastruktur memang saya agak lemah sikit. Itu semua bukan alasan untuk saya tidak terima kerja ni. Saya harus belajar. Satu projek saya harus siapkan dalam masa seminggu sahaja. Kena buat report sekali. Mesti kena bertindak cepat. Harus cepat kaji semuanya.



Bicara Hati gadis :
Tak dapat buat pengiraan dengan sempurna hari ini. Lupa bawa kalkulator saintifik. Y_Y





Lepas ni paham sendiri la jika blog ini tak ber'updated'.
Babai semua. *lambai-lambai tangan manja*
Saya nak sambung siapkan kerja.





First Day work as Design Engineer


Orang kata hari pertama kerja tak dapat banyak kerja. Orang lain la yang kata bukan saya. Sebab hari pertama saya kerja sebagai site engineer di Melaka tak macam tu. First day masuk kerja terus kena buat kerja. Semput saya duk ke hulur hilir. Itu cerita lama. Saya sudah berhenti kerja dan bekerja di tempat lain.

Sekarang saya bekerja sebagai design engineer di Petaling Jaya. NO MORE site engineer. NO MORE hitam hitam. Hee. Sukanya saya. *lompat lompat comel* (haruslah lompat lompat comel nanti staf yang duduk sebelah nampak)


Hari ini first day saya kerja di Petaling Jaya. 


First day kerja saya dah datang lambat. Semput saya berlari masuk office. Berlari tu memang tipu sangat. Gadis Melayu haruslah jalan sopan mana boleh lari lari ni. Hee.
Waktu normal kerja 8.30pagi hingga 5.30petang, tapi sebab saya datang lambat kenalah balik lambat. Siapa suruh mai pukul 9 kan dah kena balik pukul 6. Padan muka sendiri. -_-


First day kerja dah lupa nak bawa calculator. Haish... Macam mana nak buat kira-kira tanpa calculator. T_T


First day kerja dah on twitter. (twitter selalu jadi number one)
First day kerja dah pandai updated blog time kerja. Haip! *ketuk tangan*



Sekian sahaja cerita hari pertama saya bekerja di Petaling Jaya.





Bicara Hati gadis : Cepatlah bagi saya kerja nak buat hari ini. Tak mau besok!




24 July 2011

Twitter punca blog terabai ?


Baru sampai rumah terus on twitter. Lepas tu baru on blog. Tettiba blog jadi nombor dua. Tak patut sungguh. Sebagai blogger tegar sepatutnya blog jadi nombor satu. (blogger tegarkah saya???)

Kemalasan nak updated blog semakin menebal bila sudah terlalu rajin updated cerita tentang diri sendiri di twitter. Wokey sila marah twitter bila blog ni tak de cerita baru. lalala *buat muka tak bersalah*


Kenapa saya sudah semakin kurang updated?
  1. Si Black masih tenat. Ini bukan Black artis tu tapi laptop saya la. Sampai sekarang masih tak baiki skrin laptop tu lagi. Kos baikinya agak mahal. Ongkosnya pulak orak eneng. (cam pelik je bahasa jawa tu. bantai saje la peah) -_- Sekarang pun duk menumpang kasih kat komputer orang.
  2. Terlalu rajin updated cerita terhangat dan terkini kat twitter sampai terlupa diri sendiri ada personal blog.
  3. Kutu kerajinan berterbangan menjauhi diri. Mood pulak menghilang sesat tah ke mana.
  4. Konon nak tukar stail blogging. Tak mau cerita pasal personal sangat, takut pembaca kebosanan lalu muntah berbaldi-baldi. Idea terus merajuk bila memaksa diri untuk mengelak dari terlalu banyak cerita pasal personal life.
  5. Otak sudah beku nak fikir apa lagi alasan saya jarang updated. Rasa seperti keempat-empat tu hanya alasan yang direka-reka walaupun itulah hakikatnya.




Jam sudah menunjukkan pukul 2pagi waktu Malaysia.
Hati tak mampu nak berbicara sebab mata dah tersangat mengantuk.
*tarik selimut dan bantal*

.


22 July 2011

Solat Dhuha 'magnet' menarik rezeki kurniaan Allah


" Kakak nak cari kerja tu rajin-rajinlah Solat Dhuha. Insya'Allah rezeki tu akan datang "


Itulah pesan seorang Ibu pada anaknya yang masih tak dapat kerja lagi. Pada saat itu, pesanan mama juga menyedarkan saya yang semakin jauh dengan Allah.




Rasulallah SAW bersabda,
" Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat." 
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW: "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (Riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah) 




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, 'Dhuha'. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." (Riwayat Al-Tabrani)




Bila masa Solat Dhuha patut dilaksanakan?
Dhuha maksudnya pagi. Sesuai dengan itu Solat Dhuha semestinya dilaksanakan pada waktu pagi. Persoalannya, pagi bila? 
Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Akan tetapi lebih afdal jika dilakukan ketika sinar matahari kian panas, berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. 
Rasulullah SAW menjelaskan:  
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


Bagaimana cara melaksanakannya?  
Banyak buku yang boleh dirujuk untuk mengetahui cara menunaikan Solat Dhuha. 
Cuma secara asasnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, Solat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim) 
Walaubagaimanapun, bacaan surah dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Paling penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut. 

Saya biasanya baca Surah Dhuha pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Itu apa yang mama ajarkan pada saya.
  



Niat Solat Dhuha:
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala



Doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu . Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



Sumber : tayibah.com dan nursyirah




Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) 
adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang


Bicara Hati gadis :
Solat Dhuha seharusnya dilakukan kerana Allah SWT bukan kerana mahukan rezeki yang melimpah ruah. Jika niat kita betol hanya kerana Allah SWT, Insya'Allah rezeki itu akan datang dengan sendiri.


Alhamdulillah saya sudah dapat kerja baru di Petaling Jaya. 
Hari Isnin (24 Julai 2011) bakal bermula kehidupan baru sebagai Design Engineer.
Semoga segalanya berjalan lancar. ^_^




21 July 2011

Hanim Mahali setanding dengan Fatin Liyana ???



Saya dikatakan setanding dengan Fatin Liyana ??? *terkedip-kedip mata*

Saya masih tak layak lagi nak dikatakan sebaris dengan Fatin Liyana. Follower dia berpuluh ribu, follower saya tak sampai seribu pun. Nak cecah ratusan pun semput. 
Walaupun follower dan pembaca saya tak seramai Fatin Liyana, saya tetap bersyukur kerana masih ada orang yang menghargai penulisan blog saya. 
Terima Kasih! Arigatou! *tunduk macam orang Jepun*




 
Terima kasih Adik ini kerana kategorikan blog saya sebagai Mereka Best.
Sekali dengan Fatin Liyana pulak tu. Kembang hidung sekejap. Hee



Bicara Hati gadis :
Hati berbunga-bunga mekar. Terima kasih. ^_^





20 July 2011

Contoh Surat Perletakkan Jawatan



Nak masuk kerja ada adab, nak berhenti kerja pun kenalah ada adabnya juga. Mesti mau hantar 'surat cinta' kepada bos dahulu sebelum berhenti. Hee.

Kenapa Surat Perletakkan Jawatan ini penting ? Surat Perletakkan Jawatan penting untuk simpanan majikan. Surat ini mungkin akan jadi rujukan untuk bakal majikan yang menghubungi majikan lama kamu.

Oleh itu, apa juga sebab kamu berhenti kerja, JANGAN membuat sebarang kenyataan negatif mengenai bekas majikan, syarikat, polisi syarikat, jabatan lain atau rakan sekerja dalam surat letak jawatan. Surat perletakkan Jawatan MESTILAH ditulis dengan gaya profesional dan membawa mesej yang positif. 


Memberi notis 1 atau 2 bulan adalah protokol biasa apabila hendak berhenti kerja. Bagi yang bekerja kontrak atau masih dalam tempoh percubaan, notis mungkin lebih pendek. Semak dengan  majikan berkenaan hal itu terlebih dahulu.


Surat letak jawatan yang baik sepatutnya mengandungi 3 komponen:
  1. Tarikh terakhir kerja/ tempoh notis
  2. Sebab mengapa berhenti
  3. Ringkasan (beberapa) aspek positif semasa bekerja dengan majikan sekarang 

credit to Ambang Kerjaya Impian


Sebelum ini saya bekerja sebagai Jurutera di sebuah syarikat kontraktor, tapi kini tidak lagi. Saya akan bagi contoh format Surat Perletakkan Jawatan yang pernah dibuat oleh saya. (maklumat dalam surat bukanlah maklumat asal. Banyak yang telah diubah)



Hanim Binti Mahali,
14, Jalan Kamcah, 
Kampung Solok Lada,
Umbai, 77300 Merlimau
Melaka.
                                                                                                                
Pn. Aimi Binti Adi,
Adi Sdn Bhd,
Lot 2, Plaza Niaga,
Jalan Hang Jebat
75300 Melaka.                                                                                     27 April 2011


Puan,

PERLETAKAN JAWATAN



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Hanim Binti Mahali bertugas sebagai Jurutera Awam ingin memaklumkan kepada pihak puan tentang perletakan jawatan saya pada 29 April 2011.

Untuk makluman pihak puan, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak puan dapat memberi kerjasama.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.



Sekian terima kasih.




Yang benar,
……………………….
( HANIM MAHALI )
Jurutera Awam,
Adi Sdn Bhd.



Bicara Hati gadis:
Harap contoh surat perletakkan jawatan ini akan membantu mereka yang memerlukan.





    14 July 2011

    Saya Nak Menang Tiket Harry Potter Part 2 (3D) daripada Darkbatman






    Rajin bebeno darktbatman ni buat giveaway. Hadiah kali ini adalah tiga (3) tiket wayang HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS PART 2. Bestkan??? Bukan satu atau dua tapi tiga... Tetiba jadi agak tamak tengok perkataan TIGA tu dan jari jemari pun terus laju je menaip nak join giveaway ni. 



    Saya nak ajak tiga orang gadis untuk join giveaway ini jugak => gadis Shah Alam, gadis Bangi, dan juga gadis Kuala Selangor.



    Klik link INI jika mahu join... Cepat-cepat tau klik... Petang esok ( 15 July 2011 ) dah tutup penyertaan.



    Bicara Hati gadis :
    Tak dapat tiket wayang ni, saya tak mau join giveaway darktbatman lagi!!! muhehe... gurau ja...






     

    Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_