Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

04 July 2011

Pertandingan Blog Kreatif

Penulisan blog kini bagaikan sudah menjadi trend di kalangan pelajar dan juga golongan professional. Surirumah juga tidak ketinggalan.


Blog bukan sahaja boleh dijadikan sebagai diari harian, tetapi blog juga mampu menjadi satu medium untuk menyampaikan info kepada orang ramai. Disebabkan itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan satu Pertandingan Blog Kreatif.


Penggunaan blog ini amat berguna dalam menyampaikan info positif Kerajaan Negeri Selangor terus kepada orang ramai secara kreatif dan segar.


Objektif Pertandingan :

  • Membanjiri dunia maya internet dengan imej Negeri Selangor yang positif melalui berita, cerita, nukilan, forum dan sebagainya dengan menggunakan medium blog.
  • Menggunakan blog sebagai alat (tool) untuk capaian kepada seramai mungkin pengguna internet.
  • Menggunakan blog sebagai penyampai informasi Kerajaan Negeri Selangor.
  • Memberi garispanduan yang jelas kepada pengguna internet khususnya remaja berkenaan unsur-unsur positif dalam dunia maya.
  • Mendedahkan remaja kepada dunia ICT secara terkawal melalui etika penggunaan internet yang berlandaskan syariah.


Sesiapa yang berminat boleh la klik Selangor Idamanku. Masa inilah nak serlahkan bakat yang terpendam.


Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai Pertandingan Blog Kreatif Selangor ini. ^_^
Jangan malu jangan segan, masuklah melawat blog saya di mySelangor. Blog mySelangor baru sahaja dibuka kepada umum pagi tadi. Sebelum ini saya privatekan blog sebab blog masih dalam pembinaan. Berteraburan semuanya. Begitulah jadi bila seorang yang tak kreatif berlagak mahu jadi kreatif. -_-







No comments :

Post a Comment

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_