Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

17 March 2012

Solat Sunat Istikharah


Hidup terlalu banyak pilihan sehingga kadangkala kita buntu untuk membuat keputusan. Tidak tahu pilihan yang mana lebih baik untuk kita. Kita rasa semua pilihan yang ada adalah terbaik. Baik pada pandangan kita belum tentu baik pada pandangan Allah.



Penyelesaian terbaik di kala kebuntuan sebenarnya adalah menunaikan solat sunat Istikharah. Insya'Allah, Allah akan menggerakkan hati kita untuk membuat sesuatu keputusan dengan benar sebenar-benarnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.




Rasulullah s.a.w bersabda,
Maksudnya : " Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya: dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."
(Sumber : Buku Amalan & Ibadah Seharian hasil penulisan Hj. Johari Hj Alias)




Lafaz dan niat :


أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
"Sahaja aku Solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala"






Doa selepas Solat Sunat Istikharah :

" Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku, dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."
(HR At-Tirmizi dan Bukhari)





Cara menunaikan Solat Sunat Istikharah


Rakaat Pertama
  1. Niat Solat Sunat Istikharah
  2. Takbiratul Ihram
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah Al-Kafirun 1 kali
  5. Rukuk
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Sujud kali kedua
  10. Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
  1. Membaca surah al-Fatihah
  2. Membaca ayat Al-Ikhlas 1 kali
  3. Rukuk
  4. Iktidal
  5. Sujud
  6. Duduk antara dua sujud
  7. Sujud kali kedua
  8. Duduk tahiyyat akhir
  9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri
  10. Membaca doa selepas Solat Sunat Istikharah



Kaedah menunaikan Solat Sunat Istikharah ada banyak cara. Saya kongsikan apa yang saya biasa lakukan. Cara yang mudah untuk semua.


Solat sunat Istikharah ini bolah dilakukan bila-bila masa sahaja, tidak kira waktu siang atau malam. 
Solat sunat Istikharah ini bukan sahaja perlu dilakukan ketika membuat pilihan jodoh, namun ia juga boleh dilakukan ketika membuat pilihan untuk membeli barang atau ketika memilih sesuatu pekerjaan.





Bicara Hati gadis : Semoga sahaja setiap pilihan yang kita buat tidak akan memesongkan kita ke jalan yang tidak sepatutnya. Selamat berbahagia semua !






2 comments :

  1. Setelah mendirikan solat istikharah samada utk memilih/menolak A or B or C lalu berdoa maka bertawakkallah , itu jalan terbaik. kadang2 kita mohon tapi Allah swt Maha mengetahui dia menjauhkan lagi org yg kita telah pilih... ada hikmah sebenarnya.

    Selepas istikharah..tabahkanlah hatimu.

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk perkongsian saudara..saya akan cuba lakukan.diri ini jahil.saya berharap akan ada jalan penyelesaian..insyaallah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_