Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

14 October 2012

Sikap remeh pemandu punca kemalangan jalan raya.



Setiap hari pasti ada sahaja kita dengar berita mengenai kemalangan jalan raya. Tak kesah la sama ada berita itu kita dengar dari media elektronik, kita baca di media cetak, atau kita lihatnya sendiri.

Dua tahun lepas saya pernah melihat kemalangan jalan raya di simpang bemban, Melaka secara live. Masa itu saya sedang makan di medan selera bemban. Mereka yang tinggal di sekitar bemban pasti tahu mengenai simpang tiga yang berbahaya itu. Menurut peniaga makanan di situ, hampir setiap hari kemalangan berlaku di simpang tersebut. Keluhan mereka menunjukkan mereka sendiri pun sudah fobia melihat kemalangan yang berlaku setiap hari di hadapan mata mereka. Tapi tiada apa-apa tindakan daripada pihak tertentu. Seharusnya di situ diwujudkan lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan seperti itu berlaku berulang kali.


Baru-baru ini juga saya ada ternampak satu situasi yang hampir menyebabkan kemalangan. Kejadiaan berlaku di simpang berhampiran Jaya One, Petaling Jaya. Di simpang tersebut telah diletakkan papan tanda tidak boleh U-turn tapi masih ramai yang U-turn di situ. Kedegilan sesetengah pemandu yang mahu juga U-turn di situ telah menyusahkan ramai pihak, dan kedegilan itu juga sebenarnya akan mengundang kemalangan. Kedegilan mereka juga telah menyusahkan saya untuk melintas jalan.


Negara sudah lama merdeka tapi sikap kita tetap seperti mereka yang tidak merdeka. 
Negara semakin maju tapi sikap kita seperti mereka yang tinggal di negara mundur.
DI MANA SILAPNYA ????



Kadangkala saya rasa sangat geram dengan sikap sesetengah pemandu yang tak reti bagi signal bila hendak tukar laluan pemanduan. Sesuka hati sahaja mahu ke kiri atau ke kanan tanpa memberi isyarat kepada pemandu lain. Dia fikir dia memandu seorang diri di atas jalan tersebut. Haish... Hari Jumaat lepas pun saya hampir sahaja kemalangan gara-gara sikap pemandu yang tahu cara untuk bagi signal. Nasib baik saya sempat mengelakkkan ke kiri dan mujur baik tiada kenderaan lain di situ. Alhamdulillah...

Untuk makluman semua yang sedang membaca, sikap kurang sopan penduduk Makaysia tu sedang berada di ranking 34 antara 36 di seluruh dunia. Dan, ada di antara sikap itu melibatkan sikap penduduk Malaysia di jalan raya. Bagus tak ? Huu... Sedih !


Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat sopan santun ketimuran, tapi berada di atas jalan raya segala kesopanan terus hilang. Termasuk saya mungkin ? Errrr...



Antara sifat kurang sopan penduduk Malaysia di Jalan Raya :
  1.  Pemandu U-turn di tempat yang tidak sepatutnya sehingga membahaya kenderaan lain.
  2. Pejalan kaki bergurau senda ketika di jalan sehingga mengganggu laluan kenderaan lain.
  3. Pemandu tidak memberi signal ketika membelok atau ketika hendak menukar lane.
  4. Berbual ketika di traffic light sehingga tidak sedar lampu merah sudah bertukar warna hijau dan membuatkan pemandu lain tertunggu-tunggu.
  5. Memandu perlahan di lane paling kanan.
  6. Pemandu memotong barisan, terutamanya ketika di lampu isyarat
  7. Memandu dalam keadaan letih dan mengantuk.


7 perkara yang saya senaraikan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pendapat saya sahaja. Lain orang lain pulak katanya.
Sebenarnya perkara nombor 7 tu saya selalu juga saya lakukan. Tak sopannya saya. Gugugu... Kadangkala keadaan dan masa mendesak. (-_-)


Sesiapa ada tips untuk tahan mengantuk ketika memandu waktu malam ? 
Kongsi please.....




2 comments :

  1. dah pernah eksiden kat simpang JayaOne (T_T)

    ReplyDelete
  2. Majoriti womans bawa slow...kadang2 ada yg laju tiba2 slow...wth ? ada juga gurls bawa LC cilok2 masa heavy traffic ..RESPECT !

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_