Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

11 May 2013

Ini Kisahku

Alhamdulillah, saya sudah bergelar Jurutera di usia 25. Dua tahun dalam bidang pembinaan masih terlalu mentah untuk berkongsi banyak hal.

Sejak kecil saya bukanlah dikalangan anak yang terlalu bijak dan petah berka-kata. Budak-budak lain sudah mula bercakap ketika mereka berusia 1tahun, tapi saya mula bercakap ketika berusia lima tahun.


Saya mula bersekolah darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat Kuala Selangor. Sekolah yang berbilang kaum. Saya sendiri pun ada kawan baik India ketika itu, dua orang pengawas.

Semasa berusia 12 tahun (tak silap saya la...Almaklumlah, saya pelupa SIKIT. Hee), cikgu minta setiap murid bangun perkenalkan diri dan beritahu cita-cita.
Saya masih ingat ketika itu tidak terkeluar langsung dari mulut saya perkataan Jurutera sebagai cita-cita. Semenjak saya mengenal erti perkataan cita-cita, hanya Pensyarah yang terlintas difikiran. Minat dan kebolehan saya mengajar orang lain terserlah bila saya sangat suka ajar adik-adik mengeja. Abah memahami dan belikan kami papan hitam (papan berwarna hijau) dan kapur. Bila jiran saya dengar suara saya  mengajar adik-adik saya semenjak sekolah rendah lagi, dia pun menghantar anaknya belajar dengan saya bila saya sudah melangkah ke sekolah menengah. 


Selepas mendapat keputusan 5A dalam UPSR, saya mendapat panggilan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor. Pada permulaan saya tidak berapa suka disebabkan impian saya ingin masuk ke Sekolah Menengah Sains. Akan tetapi, suasana persekitaran dan sikap kawan-kawan buat saya suka SMKAKS.
Semenjak sekolah menengah saya mula meminati bidang kejuruteraan kerena terpengaruh dengan drama. Hiks...

Selepas mendapat keputusan PMR, pihak SMKAKS telah menempatkan saya di Kelas Tingkatan 4 Hidayah (kelas yang melibatkan lukisan kejuruteraan). Saya tersenyum gembira bila melihat nama saya di kelas tersebut, tetapi ditentang oleh abah. Sedaya upaya abah mahu saya berpindah ke Kelas Sains Tulen. Saya hanya turuti perintah abah.

Dua tahun saya belajar Sains Tulen. Ujian pertama Matematik Tambahan saya gagal. Saya markah paling rendah dalam kelas. Padahal soalan begitu mudah. Ramai dapat markah tinggi ketika itu. Baru asas Matematik Tambahan saya tak dapat jawab. Saya dipanggil guru ke hadapan kelas. Selepas itu saya berazam untuk berusaha lebih gigih. Setiap hari pun saya buat latihan Matematik Tambahan. Alhamdulillah semakin lama ranking markah Ujian Matematik Tambahan meningkat. 
Di tingkatan lima, saya terlalu selesa dengan Matematik Tambahan sampaikan ada saatnya saya TERtidur ketika guru mengajar. Adik-adik JANGAN CONTOHI tau !
Disebabkan sedikit kecuaian itu, saya hanya dapat B3 sahaja.

Ada banyak lagi subjek yang saya lemah ketika menengah atas, seperti Matematik, Kimia, Fizik dan Biologi.
Dalam Matematik saya lemah subjek yang memerlukan saya untuk berimaginasi. Bersyukur saya diberikan guru Matematik yang gigih nak fahamkan saya sehingga sanggup pinjamkan buku-buku latihan beliau untuk saya belajar. TERIMA KASIH CIKGU.


"Jika kita lemah, kita kena usaha lebih sikit berbanding orang lain."


Saya lemah subjek Kimia di Sekolah Menengah. Akan tetapi bila memasuki Universiti, saya antara yang mendapat pujian pensyarah berkenaan pencapaian saya dalam subjek Kimia. (Perkongsian ini untuk dorongan adik-adik yang rasa putus asa. Harap membantu.)


Selepas saya mendapat keputusan SPM, saya mohon di IPTA. Sebelum borang saya dipos, saya tunjukkan terlebih dahulu senarai pilihan kepada abah. Boleh dikatakan hampir separuh abah saya tolak dan antaranya Kejuruteraan Awam. Tapi dalam diam-diam saya letakkan semula Diploma Kejuruteraan Awam berserta Teknologi di UTHM pada pilihan paling atas. YES! Pilihan pertama.

Pada awal pengajian saya dalam Kejuruteraan Awam di UTHM sememangnya mendapat banyak kritikan dari banyak pihak. Kata mereka saya perempuan tak sesuai untuk bekerja sebagai Jurutera. Banyak kerja memerlukan saya untuk panjat memanjat. Saya diamkan sahaja, hanya mampu senyum.

Saya seronok belajar Kejuruteraan Awam. Banyak ilmu baru yang dipelajari membuatkan saya teruja.

 Saya pelajari ilmu landskap. Belajar bukan setakat teori dalam kelas, tetapi membuat amali di sekolah.


 Semasa praktikal diploma di JKR Kuala Selangor, 
saya diberi peluang melakukan sendiri Proba Mackintosh.


 Saya pelajari ilmu Rekabentuk Struktur.
Ilmu yang sangat berguna untuk kerja saya sekarang.


 Antara subjek yang saya kurang minat tapi tetap gigih buat latihan.
Cuba teka subjek apa ni ? Hiks



 Disebabkan subjek Kejuruteraan Jalanraya, 
saya mempunyai pengalaman duduk di tepi jalan dan kira bilangan kereta.

Model di bawah ini pun kerana subjek Kejuruteraan Awam.




Menguji kekerasan konkrit.

Terlalu banyak pengalaman berharga. Alhamdulillah... Walaupun penat dan sedikit susah, tapi hasilnya berbaloi.


Paling saya suka ketika belajar dahulu adalah autoCAD 
tapi bila dah kerja baru saya tahu bertapa letihnya mengadap autoCAD ni.


Selepas selesai diploma saya terus sambung Ijazah Kejuruteraan Awam di universiti yang sama.

 Tahun 2010 saya konvokesyen. Tarikh yang saya dengan Heliza Helmi. Hee...


Selepas konveksyen, saya mengambil masa hampir setahun untuk dapat kerja saya sekarang ini. Sebelum itu saya melakukan kerja sambilam sebagai pembanci dan juga bekerja sebagai Jurutera Tapak di Melaka.


Ada beberapa cabaran bekerja sebagai Jurutera Rekabentuk. Tipulah jika saya kata 100% menyeronokkan. Adakala saya rasa sangat berat di atas bebanan dan tanggungjawab yang sedang dipikul sehinggakan menitis air mata. Selama ini menjadi rahsia saya, tetapi kini tidak lagi rahsia. Opssss.... Kantoi sudah


Kerja saya melibatkan keselamatan orang lain. Setiap kali saya ada tersalah dalam rekabentuk saya akan rasa gelisah tak menentu, hanya ALLAH sahaja yang tahu debarannya itu... Sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang dan sentiasa membantu hambaNya ini. Alhamdulilllah...



Untuk melihat lebih jelas tentang kerja saya, boleh klik My Work (part1) dan My Work (part2).
Ada video ringkas saya rakamkan. Harap itu dapat memberi sedikit gambaran tentang kerja saya.



Tiada kerja yang mudah di dunia ini. 
Jika mahukan kesenangan,
haruslah bermula dengan kepayahan.

12 comments :

  1. proba mackintosh!! bende yg berat dihentak2,,400 hentakan.. bab kire2 foundation ni terus terang mmg tak brape faham.. hehe.. semangat nak jadi engineer semakin berkobar2..

    zaman sekarang civil engineer dah ramai sgt ke? susah tak nak cari kerja?

    ReplyDelete
  2. Jika mahu kerja di kerajaan memang peluangnya tipis la.
    Tapi swasta banyak je peluang. InshaAllah.... Paling penting usaha cari. Mulakan dengan syarikat kecil pun tak pe. Jangan harapkan syarikat besar je. Good luck !

    ReplyDelete
  3. hi hanim,

    selamat berkenalan...

    akak dulu ambil EE, elektrik elektronik...dulu nak ambil civil engineering..tp xdpt..rezeki bidang lain.

    rase nak pecah kepala bt EE, tp alhamdulillah keje sng dpt lps tu...

    skrg tgh nak pursue study dlm aviation pulak sambil2 keje..masih bidang EE jugak..
    bkn sng nk jd engr..mmg kene kuat n tabah...kdg2 tu menangis jugak...tp thats my dream...

    ReplyDelete
  4. Hi Hanim, salam perkenalan. Seronok baca entry2 hanim ni. Tetiba teringat plak kat kerja masa jd engineer dulu. Tapi mmg betul tiada benda yang tak susah...sama aje kerja apa pun kan??? Jemput dtg blog akak ye....

    ANISVITASHOP

    Jgn lupa follow tau! :)))

    ReplyDelete
  5. xmudah jadi jurutera. anda hebat...

    ReplyDelete
  6. hi hanim....remember me? me la jm[put singgah komen kat blog :)


    http://inibelogcikgusuraya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Terima kasih... Moga perkongsian cerita saya bermanfaat untuk orang lain.

      Delete
  8. aikk, proba mackintosh dngan autocad pa sume tuu sy dh belajar kt sekolh menengah lagi.. zaman dh berubah ka🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Hanim masa sekolah menengah ambil sains tulen. Belajar biology.

      Delete
  9. Saya nak cubaa kejuteraan nie,tapi saya takod sya tak dpat nak bawaa,subjek ape yg paling susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau memang minat, insha'Allah semuanya akan jadi mudah.

      Delete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_