Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

02 November 2014

Harian Metro Padat



Suratkhabar Harian Metro padat dengan pelbagai berita dan cerita menarik. Satu Malaysia pun tahu...

Dicelahan kepadatan berita Harian Metro itu terselit jugalah cerita saya.

Tidak pernah langsung saya terfikir untuk cerita saya keluar di suratkhabar. 
Tegamam seketika bila saya menerima panggilan telefon dari wartawan Harian Metro.


" Betul ke ni wartawan yang telefon ? "
Walaupun ada sedikit keraguan, tetap juga jawab semua soalan beliau.


Gigih jugalah beliau mendapatkan nombor telefon saya.
Terima kasih wartawan Harian Metro, Encik Ikram Ismail.


Biasanya suratkhabar ni saya guna buat bungkus sisa makanan.
Tapi helaian suratkhabar cerita saya sudah simpan awal-awal selepas baca.
Elakkan daripada terguna buat bungkus sisa makanan. Hehehe...


Harapnya cerita saya di Harian Metro ini akan jadi pembakar semangat buat pelajar-pelajar kejuruteraan awam yang bakal menempuh alam pekerjaan di bidang pembinaan.
*Walaupun kadangkala saya juga pernah rasa mahu berhenti*


Biarkan orang kata kita nampak lembut, tapi kita bekerja keras.


Harian Metro 14 Jun 2014

15 June 2014

BERANI atasi ketakutan


Setiap kali saya mengendalikan projek baru, setiap kali itu juga ada pekerja di tapak pembinaan yang 'risau' saya tak mampu panjat naik ke atas bangunan dengan menggunakan tangga sementara. 


" Nak check atas kena panjat. Tak boleh nak naik. "
" Kenapa tak boleh ? Boleh je. "
" Boleh ke ? "
" Boleh je. Dah biasa. "

Ada juga pekerja binaan yang terkejut bila melihat saya boleh memanjat bangunan menggunakan tangga sementara.

Mereka yang baru sahaja mengenali saya mesti tidak menyangka saya seorang yang lasak.
Kebanyakkannya kata saya ayu. Hurm...


"Ayu macam ni boleh ke nak lasak pergi site ?"
(site sama erti dengan tapak pembinaan)

Jika saya tak boleh nak lasak, tak perlulah saya menceburi bidang pembinaan ini.
Saya tidak boleh batasi kerja saya hanya kerana saya perempuan.



Tipulah saya katakan saya tidak ada rasa gayat langsung bila berada di tempat tinggi.
Perasaan takut itu tetap ada walaupun hanya sekelumit.
Saya perlu atasi rasa takut itu dengan memberanikan diri. 
Permulaannya memang susah, tapi lama kelamaan akan jadi kebiasaan.

12 February 2014

Tips Elak Diragut


Saya ada baca beberapa tips untuk elak diri daripada diragut di surat khabar. Harap perkongsian ini memberi manfaat.


1) Jika berjalan kaki ikut arus kenderaan yang bertentangan supaya boleh nampak sebarang keadaan yang mencurigakan.

2) Rapatkan beg ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan sekaligus, menunjukkan tanda dalam keadaan berhati-hati.

3) Bawa dompet kecil yang diletakkan dalam kocek ketika keluar berjalan-jalan.

4) Usah letak dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

5) Elak pakai barang kemas yang boleh dilihat dengan jelas oleh peragut.

6) Tidak sesuai diletakkan beg tangan dalam bakul motosikal.

7) Berjalan di tempat yang cerah dan tidak terlindung daripada pemandangan orang.

8) Berjalan bersama rakan

9) Jerit sekuat hati untuk tarik perhatian orang ramai apabila rasa diri diekori.

10) Bawa barang yang boleh dijadikan senjata seperti penyembur minyak wangi.



Mencegah itu lebih baik...

08 January 2014

Jaga kesihatan untuk Jaga ibadah

Semakin hari semakin berlambak produk makanan penjagaan kesihatan di pasaran. Pelbagai jenis, pelbagai fungsi, pelbagai jenama. 
Cuma diri kita sahaja perlu bijak memilih. Perlu kaji sedikit tentang produk yang hendak membeli sebelum membuat keputusan.
Pastikan produk tersebut mendapat kelulusan tertentu dari pihak yang berkenaan. Jangan main sambar sahaja !


Saya sukakan makanan tambahan (food supplement) yang boleh dikunyah hadam. Jadinya saya tak risau jika makanan tersebut tidak tercerna dengan baik atau akan menjejaskan buah pingggang.
Saya juga lebih suka yang tak perlu dibancuh. Sebab saya MALAS ! Kebiasaannya akan bersemangat wajar pada permulaan penggunaan, rajin sangat bancuh setiap hari untuk minum. Tapi, lama kelamaan akan terlupa dan dilupai.


Ada sesetengah pihak berpendapat pembelian produk penjagaan kesihatan ini adalah suatu pembaziran bukan keperluan.
Ya ! Saya juga pernah di tegur oleh hamba Allah ini kerana saya suka sangat membeli 'food supplement'. Setiap bulan saya mesti akan sediakan stok untuk diri saya. Bagi saya ia merupakan suatu keperluan.

Bukankah menjaga kesihatan penting untuk menjaga ibadah kita juga ?
Boleh jadi menjaga kesihatan adalah pahala buat kita. Belum tentu setiap hari amalan wajib kita seperti solat dan puasa diterima Allah sepenuhnya.


Kadangkala bila badan tak sihat, ibadah wajib juga akan terganggu sedikit.

Contoh paling mudah, cuba bayangkan diri sendiri ketika demam selsema. Adakah anda berasa selesa solat dalam keadaan air dari hidung mengalir laju ? Boleh jadi rukuk tak cukup tomakninah, boleh jadi sujud juga begitu. Bagaimana mahu sempurna solatnya ?

Kadangkala perkara yang kita rasa remeh itu adalah hal penting buat kita.



Dahulu (tahun sebelum ini) saya kerap demam, selsema, batuk, dan sakit situ sana sini. Kerap sahaja cuti sakit. Mudah sahaja terjangkit sakit bila ada orang sekeliling yang demam batuk selsema.
Alhamdulillah sekarang badan bertambah sihat semenjak mengambil 'food supplement' secara istiqamah. Susah untuk terjangkit sakit. Semua berlaku dengan izinNya. Paling penting kita usaha ikhtiar dahulu, barulah doa dan tawakkal.




Kata-kata akhir saya :
"Jika kita suka sakit dan tidak suka membeli supplement, jangan menghalang orang lain membeli supplement untuk menjaga kesihatan."




*Maaf, saya 'pelat'. Tak pandai bicara isu kesihatan seperti kamu, apatah lagi isu agama. Ini sahaja yang saya mampu. Tegurlah jika ada tersalah silap.*


 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_