Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.
10 November 2015
Panggil Namaku
29 October 2015
29 Oktober 2015 genap 29 Tahun
Sememangnya setiap tahun, bulan oktober bulan yang saya nantikan. Itu semua poyo ....
Bermula oktober 1986, Allah memberi saya peluang bernafas dan hidup di bumiNya.
Pada oktober 2009 saya mula berjinak-jinak menulis blog dengan sangat serius. Kata je serius, padahal acah-acah serius. Alhamdulillah blog tersebut masih wujud sehingga kini (oktober 2015).
Masih ada yang nak membacanya, dan masih bermanfaat untuk pembaca.
Oktober 2010 merupakan majlis konvokesyen saya setelah bertahun-tahun saya belajar di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. 6 tahun saya bertapa di UTHM, Akhirnya saya berjaya memperolehi Ijazah Kejuruteraan Awam. Alhamdulillah...
Setahun saya terumbang-ambing dengan pelbagai jenis pekerjaan. Setahun itu jugalah saya mencari pekerjaan yang saya inginkan tanpa kenal putus asa. Sepanjang tempoh itu juga saya terpaksa pekakkkan sahaja telinga mendengar pelbagi kritikan dari bermacam jenis manusia.
Alhamdulillah...Oktober 2011 saya dapat juga bekerja sebagai Jurutera Rekabentuk di salah sebuah syarikat di Petaling Jaya setelah 3 bulan tempoh percubaan.
Alhamdulillah sekali lagi... Saya masih mampu bertahan bekerja di syarikat yang sama sehingga oktober 2015. InshaAllah akan terus bertahan bekerja sebagai Jurutera sehingga saya masih mampu nak bertahan. Impian saya nak merekabentuk mahligai untuk mama abah. Impian kemaen nak atas kayangan aje...
Pengalaman 4 tahun bekerja di syarikat yang sama telah membuatkan saya menjadi insan yang penyabar dan setia. EhYeke?
Setelah bertahun menceburi bidang pembinaan, oktober 2014 saya terjebak dengan perniagaan emas secara separuh masa. Separuh masa sahaja ya. Kerja tetap Jurutera tetap saya teruskan. Errr..macam tamak je. Pada permulaan cerita, saya bukan spesies manusia yang tergila-gilakan emas sebenarnya. Tapi bila tak tersengaja join berniaga, macam dah mula jatuh cinta dengan emas pula. Perlahan-lahan saya mula mengenali emas. Romantik tak ? Hehehe...
17 October 2015
5 sebab kenapa kurus
28 August 2015
Kau atau aku, siapa patut mulakan luahan hati ?
Ini sudah melibatkan hati dan perasaan. Bagaimana kita nak tahu hati dan perasaan orang jika kita tak tanya ? Boleh main scan macam nak scan barah dalam badan ke ? Kalau boleh nak la juga cuba scan hati orang. Hee...
Sebelum ingin meluahkan hasrat hati dengan lebih serius lagi, seharusnya buat beberapa perkara ini terlebih dahulu.
1. Semak latarbelakang si Dia
Kiranya kita kena jadi spy la. Stalk Facebook, Twitter atau Blog dia. Jangan nak redah je luahkan perasaan tu. Tetiba pulak dia bukan seperti yang kamu sangka. Ingatnya perempuan tulen, sekali kacukan lelaki. Naiyaa...
2. Merisik
Merisik ni perlu untuk tahu status si Dia. Si Dia single and avaible or single but not available. Hah....
3. Fahami bahasa tubuh ketika berinteraksi
Komunikasi penting untuk kenal dia. Cari peluang untuk bercakap dengan dia agar kita dapat kenali sikap dia dan pastikan dia suka atau tidak pada kita. Sekadar melihat dia dari jauh sahaja belum cukup untuk kita tahu isi hatinya. Awak ingat awak tu ahli nujum pak belalang ?
Kau Atau Aku Lyrics by Elyana ( source : http://www.lyrics.my/ )
Berlindung disebalik wajah selambaBagai tiada apa perasaanDi antara kita berduaLucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupaMain tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan duluDilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
TertekanLakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaanku kepadamuMain tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mula duluKau atau akuMemulanya duluRuangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
BerderingMengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucap yang ku cinta padamuMain tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu kitaKau atau aku
Memulanya dulu
23 August 2015
Panjat lebih tinggi
11 May 2015
Freelance Engineer bebas memilih
08 May 2015
Solekan Seindah Wajah
12 April 2015
Ayam Goreng Butter Menggamit Memori
26 March 2015
Miss Engineer bukan Tomboy
Situasi 1 :
13 March 2015
Demi sebuah pengalaman
05 March 2015
Arkitek dan Jurutera Awam (pembinaan bangunan) sama tapi tak serupa
Kekeliruan orang ramai terhadap kerja ARKITEK dan JURUTERA AWAM (pembinaan bangunan) memang dah jadi kebiasaan bagi saya. Sedangkan mama saya yang mempunyai anak seorang Jurutera pun masih keliru dengan peranan antara jurutera awam dan arkitek.
" Siapalah jurutera yang buat ni. Letak kedudukan pintu tak strategik. "
" Mama, yang tentukan kedudukan pintu tu bukan jurutera tapi arkitek."
Penuh keyakinan mama mempersalahkan jurutera.
Saya tak salahkan mereka yang selalu salah tanggap.
Masih ada yang keliru antara kerja Arkitek dan Jurutera Awam (pembinaan bangunan).
Makna kata lain, bayaran Arkitek lagi tinggi daripada Jurutera Awam. Ops! Kalau nak tahu bayaran tinggi atau tidak, tanyalah Arkitek. Hehehe ...