Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

28 August 2015

Kau atau aku, siapa patut mulakan luahan hati ?



" Aku suka dia. Aku rasa dia pun suka aku. " 
Muhehe... Camne rupanya tu ? Boleh pulak main rasa-rasa.

Ini sudah melibatkan hati dan perasaan. Bagaimana kita nak tahu hati dan perasaan orang jika kita tak tanya ? Boleh main scan macam nak scan barah dalam badan ke ? Kalau boleh nak la juga cuba scan hati orang. Hee...

Bila perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni pastinya sangat rumit. Diri teringin luahkan tapi risau hasrat ditolak. Itulah risikonya. Jangan nak bela kucing jika takut dicakar.


Mama kata;
" Perempuan pun boleh mulakan dulu luahkan rasa hati, jika sudah benar-benar suka pada lelaki tu."



Sebelum ingin meluahkan hasrat hati dengan lebih serius lagi, seharusnya buat beberapa perkara ini terlebih dahulu.

1.   Semak latarbelakang si Dia
Kiranya kita kena jadi spy la. Stalk Facebook, Twitter atau Blog dia. Jangan nak redah je luahkan perasaan tu. Tetiba pulak dia bukan seperti yang kamu sangka. Ingatnya perempuan tulen, sekali kacukan lelaki. Naiyaa...

2.   Merisik
Merisik ni perlu untuk tahu status si Dia. Si Dia single and avaible or single but not available. Hah....
Jangan pula kemudian hari nanti ada tunangan orang p serang awak. Parah ....

3.   Fahami bahasa tubuh ketika berinteraksi
Komunikasi penting untuk kenal dia. Cari peluang untuk bercakap dengan dia agar kita dapat kenali sikap dia dan pastikan dia suka atau tidak pada kita. Sekadar melihat dia dari jauh sahaja belum cukup untuk kita tahu isi hatinya. Awak ingat awak tu ahli nujum pak belalang ?



Kau Atau Aku Lyrics by Elyana ( source :  http://www.lyrics.my/ )

Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua
Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan
Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaanku kepadamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mula dulu
Kau atau aku
Memulanya dulu
Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering
Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucap yang ku cinta padamu
Main tarik tali
Malu mahu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu kita
Kau atau aku
Memulanya dulu



Jangan terlalu lama main tarik tali. 
Sampai suatu saat nanti salah seorang keletihan, pastinya ada yang melepaskannya. 
Siapa pun yang mulakan dulu bukan penentu kebahagiaan.
Mengalah bukan bererti kalah ... Eh? Ada kaitan ke ? Hee


*cerita ni sudah duduk dalam draft sejak tahun 2011 lagi. terlalu lama tersimpan sehingga rasa seperti hampir basi sahaja.*

23 August 2015

Panjat lebih tinggi


Ketinggian dan engineer berpisah tiada.
Tapi tak bermaksud nak jadi engineer perlu cukup ketinggian.
TIDAK tidak TIDAK ...

Ketinggian tu adalah tempat yang tinggi.
Engineer yang terlibat dengan bidang pembinaan memang memerlukan keberanian untuk pergi ke tempat tinggi. NO gayat gayat ok ?

Sebenarnya saya pun bukan berani sangat boleh berada di tempat tinggi.
Tapi kugagahi jua demi kerja. Hehehe...

Keberanian takkan ada tanpa kita usaha. Betul tak ?

Beberapa minggu lepas...boleh jadi beberapa bulan lepas...saya sendiri pun kurang ingat tarikh kejadian.
Apa yang saya pasti, saya diminta untuk pergi ke tapak pembinaan di puchong perdana.
Saya diperlukan untuk memeriksa besi sebelum mereka melakukan kerja konkrit. Salah satu kerja engineer adalah periksa kerja orang. Jangan kata cikgu je kerja memeriksa.

Saya perlu pastikan besi yang dipasang di tapak pembinaan mengikut seperti apa yang ada dalam structural drawing. Jenis besi, saiz besi, jarak antara besi semuanya perlu diperiksa. Saya juga perlu pastikan kawasan tersebut bersih dan sesuai untuk konkrit. Gaya macam saya mahir sangat la kan...
PADAHAL... Saya juga masih dalam proses pembelajaran. Pengalaman masih seperti bayi yang merangkak.

Setibanya saya di tapak pembinaan, saya mencari orang menjaga tapak pembinaan tersebut.

"Bahagian mana yang hendak konkrit ?" Saya bertanya untuk kepastian.
"Atas" Site supervisor tunjuk ke arah tingkat satu.
"Tangga ni ke untuk naik ke atas ?" Saya halakan jari jemari saya ke tangga kayu di tepi bangunan yang tak siap.
"Tak apa la. Tak perlu naik ke atas. Saya berikan gambar sahaja."
Saya dah jangka dah jawapan sepertinya akan keluar dari mulut lelaki di tapak pembinaan.
"Eh, tak pe. Saya naik atas."
"Boleh ke ?"
"Boleh. Kerja saya."

Dengan muka yakin tahap gunung everest, saya terus je ke tangga kayu untuk naik ke atas.
Saya tak pandang belakang dah. Walaupun agak ketaq seluruh kaki untuk melangkah, saya naik juga dengan penuh keyakinan. Terlalu yakin sampai saya tak nampak ada paku. Sekali tersangkut seluar di bahagian lutut. Koyak terus ke kulit. Mujur baik nampak sikit sahaja. Jalan cover ayu tak ingat. Nak tutup koyak punya pasal. Selepas selesai pemeriksaan saya terus p cari seluar baru. Tak pasal-pasal.
Dan sebenarnya ada sedikit luka di lutut. 


Permulaannya memang sukar. Akan tetapi bila kita paksa diri untuk lakukannya, lama kelamaan InshaAllah akan jadi tegar alah biasa.





Gambar bukan gambar saya, tapi gambar kawan yang saya pinjam untuk dijadikan penyeri cerita.
Kebiasaannya saya pergi ke tapak pembinaaan seorang diri, tiada gambar yang ada untuk dijadikan tatapan di sini.



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_