Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

03 June 2016

Pilih Jurutera : minat atau duit ?



" best la sebab bukan kerja engineer nie adventure ke...
​kalau nak kata stress tu memang la..kerja mana yg tak stress kan...
tapi betul ke kawan saya kata....tahap gaji engineer​ hari ini dan 10 tahun yang lepas...tiada banyak beza....sebab tu jugak la ramai kawan saya benti...
​menjadi pelik pada saya."

Luahan dari seorang senior di dalam kotak email saya.
Saya yang junior ni mana nampak beza gaji jurutera 10 tahun yang lepas dan sekarang.
Ayat bajet muda remaja sangat. Padahal... dah mencecah umur 30.



                    
                      Antara tugas saya sebagai seorang jurutera.
                      Di atas kertas adalah pelan bangunan daripada arkitek,
                      dan di komputer adalah software kejuruteraan (Esteem)
                      yang digunakan untuk merekabentuk struktur bangunan.




Dan sebenarnyaaa ...

Berketoi-ketoi juga soalan masuk dalam kotak email saya.


Kebanyakkan soalan mesti ada tersepit soalan tentang gaji.
Alahai cik adik ...
Akak ni segan silu tersipu malu nak bagi tau gaji sebenar seorang Jurutera.
Gaji Jurutera ni bukanlah semegah yang awak sangka.

Apa sebab utama awak nak masuk bidang kejuruteraan ?
Adakah semata-mata pasal gaji besau yang digembar-gemburkan ?
Hahaha....
Silalah hapuskan niat suci murni awak nak jadi jurututera kalau hanya tergoda dengan gajinya.
Kemudian hari nanti awak akan kecewa.

Besar atau tidak gaji seorang jurutera bergantung kepada rezeki awak. 
Jika dapat kerja di syarikat besar dengan tanggungjawab yang besar, dapatlah gaji besar. 
Jangan lupa, tekanannya juga akan besar.


Saya masih ingat pertama kali kerja jurutera di Melaka, gaji saya ketika itu RM1800.
Di zaman itu juga ada kawan saya yang bekerja sebagai jurutera dengan gaji RM1500.
Tapi gigihlah kami terima demi sebuah pengalaman.


Saya ada satu kisah untuk dikongsi sebagai renungan bersama ;
Dahulu kala ada seorang yang muda remeja lepasan SPM membuat pilihan untuk masuk ke universiti. Kunci utama kepada bidang yang dipilih adalah gaji yang lumayan. Mengimpikan gaji setinggi gunung everest selepas tamat pengajian. Dia belajar bukan atas dasar minat dan kecintaan sehingga menyebabkan ada subjek yang perlu diulang semula.
Dan selepas tamat pengajian, dia tak dapat pun kerja dibidang yang dipilih atas dasar gaji.
Bukan kerana tiada pilihan kerja masa itu, tapi ...
tiada minat yang mendorong diri untuk bersungguh-sungguh mencari peluang dalam bidang tersebut.



KESIMPULANNYA,
                              Sila delete anggapanmu tentang banyaknya gaji jurutera.
Eh?
Pilihlah sesuatu bidang yang ingin diceburi kerana minat bukan gaji semata.


7 comments :

  1. haah dah macam mindset kerja jurutera ni adalah salah satu daripada keja yang dapat gaji sedap and senang nak hidup kat muka bumi ni. cuba kalau sebut keje promoter/clerk mesti orang tanya "okay ke gaji?"

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. padahal promoter/clerk ada juga yang gajinya lumayan

      Delete
  2. ya benar tu.. kalau kita pilih kerana nak gaji besar tetapi bukan kerana niat utk rejeki maka memang susah kita nak dapat yg lebih baik. insyaAllah senantiasa jaga waktu solat.. sabar ikhlas dan amanah.. ada rejeki lebih luas Allah tetapkan

    ReplyDelete
  3. Saya suka perkongsian sis hanim ni.. Walupun dah 10 tahun lebih keja tak pernah tulis pasal pengalaman sendiri... inshaAllah saya pun akan cuba menulis untuk berkongsi cerita sebagai seorang Engineer mama.. :)

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum..boleh tak saya nak interview sis hanim mengenai bidang kerja sis untuk assignment sy. by email or phone pun boleh.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum..boleh tak saya nak interview sis tentang kerjaya sis dalam bidang engineering ni untuk assignment saya. IV by email/phone/whatsapp pun boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm. segala soalan boleh email terus ke hanim.mahali@gmail.com

      Delete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_